Laporan CIA: Israel Akan Lenyap dalam 20 tahun

    Sebuah kajian yang dilakukan oleh badan risikan Amerika (CIA) mengatakan, CIA meragui Israel dapat bertahan selama 20 tahun lagi, menurut laporan dari Press TV. Pengacara antarabangsa, Franklin Lamb mengatakan bahawa laporan CIA tersebut telah menjangkakan sesuatu yang tidak dapat dihindari lagi tentang "penyelesaian satu negara" yang asal sebelumnya "dua-negara" , iaitu suatu usaha yang dilakukan oleh Washington dan Barat untuk melihat warga Palestin dan Israel tinggal bersama dalam satu tempat.

    Laporan tersebut meramalkan akan kembalinya para pelarian Palestin ke kawasan-kawasan asal penempatan mereka seta dijangka berlaku pula pemindahan sebanyak dua juta penduduk Israel yang akan menuju ke Amerika Syarikat dalam tempoh lima belas tahun akan datang.

    "Di sana (Amerika) ada lebih dari 500,000 warga Israel dengan pasport Amerika dan lebih dari 300,000 orang Israel yang tinggal di kawasan seperti California", kata Lamb dalam suatu temu ramah yang disiarkan oleh Press TV pada hari Jumaat. Ia menambah lagi bahawa mereka yang tidak mempunyai pasport Amerika akan diberi layanan yang sama oleh Barat.

    "Jadi saya merasakan, kelak akan ada tulisan di antara tembok-tembok umum Israel (yang berisi), sejarah akan menolak perusahaan kolonial, baik cepat atau lambat", kata Lamb.

    Ia mengatakan, laporan CIA itu juga menyentuh tentang tidak terduganya kejatuhan pemerintahan apartheid (perkauman) di Afrika Selatan dan kehancuran Kesatuan Soviet pada awal 1990-an. Kemungkinan tersebut boleh terjadi, sekaligus akan mengakhiri mimpi (cita-cita) tentang "Tanah Israel" atau impian itu akan "berakhir secepatnya".

    Kajian itu juga menjangkakan tentang akan kembalinya lebih dari satu setengah juta warga Israel ke Rusia dan ke beberapa negara Eropah, dan ini merupakan satu kemunduran bagi Israel. Ia dapat dilihat dari jumlah kelahiran dan populasi warga Palestin yang semakin meningkat berbanding warga Israel.

    Beberapa anggota Jawatankuasa Senat Risikan Amerika telah diberi informasi berkenaan laporan tersebut, namun masih belum ada sebarang maklumbalas. Tel Aviv sendiri belum memberi apa-apa reaksi tentang kajian ini.
    ____________________________________________________________

    Komen:

    Impaknya laporan CIA ini pada dunia Islam memang sangat besar dan boleh dibahagikan kepada 2.. Berita baik dan berita buruk..
    Anda mahu mendengar yang mana dulu?

    Berita baik - Laporan ini pastinya merupakan kemenangan moral untuk seluruh umat Islam.. Bagi pejuang-pejuang Islam, pastinya laporan ini akan membangkitkan semangat mereka untuk terus lebih berjuang.

    Berita Buruk - Biasanya laporan daripada CIA adalah bertujuan untuk menyedarkan dan mempersiap golongan pemerintah US dan Yahudi untuk menghadapi ancaman-ancaman yang berbahaya pada mereka. Ancaman mereka yang paling besar semestinya kebangkitan Islam. Pastinya selepas ini Yahudi dan Barat akan menyusun strategi lebih tersusun dan pastinya lebih ganas terhadap umat Islam terutamanya di Palestin..

    Sebelum ini, CIA juga pernah membentangkan ramalan mereka bahawa Khilafah, negara yang menyatukan seluruh umat Islam di dunia akan didirikan pada tahun 2020. Mungkin ramalan ini ada kaitannya dengan laporan ini..

    Yang pastinya, jelas terbukti bahawa kaum kuffar bekerja keras siang malam untuk memastikan Islam tidak kembali berkuasa..

    Jadi, selaku mahasiswa Islam, apakah reaksi anda selepas mengetahui berita ini?

    1 Response

    1. ganyang israel!!!

Blog Widget by LinkWithin