TERDAMPAR DI ‘DARUL TAQWA’


    Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.
    "Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar dalam negara ini. benak hatinya. "Erm tak pelah Pakcik, biarlah saya tolong kutipkan, sebelum orang-orang Diwan ud-Daulah An Nadzhifah datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Tercengang Datuk Dr Johar dengan apa yang dikatakan budak tuh dalam hatinya berkata "apa benda tuh". Tetapi dia tidak panik, Datuk Dr. Johar terus membetulkan tali lehernya. "Ah,kalau apa yang kau crita nih budak, apa aku nak risau aku ada segalanya, nanti kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini" . Benar manusia mana yang tak kelabu mata tengok duit merah, biru berlapis-lapis dilambai-lambaikan (ukuran kapitalis sememangnya duit adalah segalanya, bukan lagi halal dan haram). Si Budak kecil itu, menggeleng-gelengkan kepala lalu pergi.

    Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter ala-ala AW129 Multi-Role Combat Helicopter malah lebih hebat lagi dengan gaya lebih ergonomik bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka... Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar. "Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" tanya Datuk Dr. Johar kepada seorang budak yang berlalu di hadapannya. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat menjawab, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Lamborghini model Gallardo version ke berapapun Datuk Dr Johar tak dapat pastikan kerana terlalu canggih, merah dan bercahaya berkilat, solid molid. Lantas keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Pakaian mereka berwarna hitam berjalur biru.
    "Assalamualaikum ya akhi....Asif, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di dalam Daulah Khilafah ni. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itukan lambang iman. Negara ini menitikberatkan ketakwaan, keharmonian, keimanan dan keadilan.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?
    " Nah ni duit lima ratus. Aku tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan? " tanyanya angkuh. "Pakcik, kami bekerja kerana Allah, Ijarah yang kami terima itu pun dah tersangat cukup buat kami. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Takkan pak cik tak tahu, Kitakan telah di urusi kembali oleh Daulah, Hari ini islam TELAH BUKTIKAN KEMBALI UPAYANYA TIADA SEORANG PUN YANG LAYAK MENERIMA ZAKAT MALAH BUKAN SAHAJA DI SINI PAKCIK DI SELURUH TANAH DAULAH KHILAFAH INI. Lagipula hari ini benda tuh hanya dipandang sebagai alat, sebatas sebagai material, dan bukan matlamat hidup kami Pak Cik untuk mengejar Material," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang sambil senyum sinis. "Eh, Eh .... asif pakcik. Bisa kami nak bertanya, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. "Aku yang gila, atau dia yang gila? dahlah sikit-sikit cakap arab, buat-buat tahu jelah" Detik hati Datuk Dr. Johar.
    Dia berjalan ke arah kereta Gallardo merah yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, dan Tuxedonya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Padinni. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. "Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman." bentak Datuk Dr Johar "Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. " "Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Sewaktu kehidupan di telanjangi dengan Kapitalis, Waktu tuh Daulah Khilafah belum tertegak lagi. ISLAM BELUM MENDOMINASI DUNIA KEMBALI pakcik. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Modernistik Kot Kami nih, dan kadang kala mereka (orang barat) juga berserban. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang di jamin kebebasannya dalam sebuah DAULAH ISLAMIYAH dan orang-orang yang support old school brandy. Walaupun dalam Islam tidak ada masalah pakcik, tapi kami heran dengan tingkah laku pakcik nih." panjang jawapan anak muda itu
    Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, jalan yang dia berdiri itu iras-iras Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada. "Subhanallah, Ya akhi, Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Wali Muhtasib cabang dalam departemen Diwan ud-Daulah An Nadzhifah. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandaraya ini." Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa benda bahasa-bahasa Arab yang kau cakap dari tadi nih? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar. "Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat... Dan ini kesalahan pertama pakcik saya rasa dengan denda seperti itu sudah cukup tapi pak cik perlu ingat sekiranya berulang perkara ini akan di bawa kepada pengadilan yang lebih tinggi!." Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang dan mengambil aduan tersebut untuk diadukan kepada mereka yang selayaknya, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Datuk Dr Johar terlupa bahawa dia berada dalam dunia yang jauh lebih tinggi teknologinya, kot-kot pakaian mereka telah tersiap dengan sensor-sensor yang bisa membuatkan mereka ketahui Butiran seperti nama, gambar, tarikh dan terus sahaja di masukkan Online kedalam server pendaftaran kes di jabatan Qadhi. Lagi pula kes yang di buatnya kes-kes kecil yang dihukumi dengan hukuman mukhalafat yang sgt kecil iaitu dengan hanya bertasbih bertahmid dan berselawat, dia melanggar perintah untuk tidak melaksanakannya itu adalah tanggung jawabnya tidak akur terhadap perintah khalifah yang pasti di dunia dia terlepas tidak di akhirat. Dan mungkin kali ini dia terlepas namun sekiranya berulang dia akan tahu nasibnya.
    "Fuh.. Lega.Dahaga , lapar pulak perut aku nih" kata hati kecil Datuk Dr Johar. Sejurus kehausan dan kelaparan mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan : Ping Pong!! "Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syeikh Al Syahran, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu dengan sebenar-benar rayuan agar siapa yang lapar, siapa yang merasa dirinya dalam kekurangan atau yang sudi menerima sumbangan agar sudi menerima hibahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!" suara komputer itu di laungkan 2 kali dengan suara yang amat jelas dalam dua bahasa iaitu arab dan bahasa yang dipahaminya. Namun Datuk Dr. Johar dengan berlagaknya meninggi dada dan mendengus yalah orang besar Ibu Kota itu dia tidak akan mencemar duli mendapat saguhati nasi. Ibarat pengemis pula. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri.

    2 Responses

    1. Mantap habis cerita ni. nanti boleh keluar novel Darul Taqwa.

    2. INSYA'ALLAH INILAH EPISOD YANG BAKAL TERJADI, INILAH PERISTIWA YANG AKAN MENGAKHIRI EPISOD SEBUAH PERJUANGAN PEMBEBASAN,

      MASANYA SEMAKIN HAMPIR
      MASANYA SEMAKIN HAMPIR

      ALLAHUAKBAR

Blog Widget by LinkWithin