Demokrasi terkenal dengan idea kebebasan yang sering dilaungkan oleh kuffar barat, lebih-lebih lagi bapak demokrasi moden, USA. Peranan negara dalam demokrasi hanyalah untuk menjaga individu-individu, atau boleh dikatakan menjaga hak individu kerana demokrasi mendukung 4 prinsip liberal utamanya iaitu kebebasan berpendapat, kebebasan beraqidah, kebebasan memiliki dan kebebasan bertingkah laku.Oleh kerana negara menjamin kebebasan individu dalam hal aqidah, hal ini menyebabkan umat semakin rapuh aqidahnya. Lebih teruk dan mengelirukan lagi apabila racun pluralisme (all religions are the same) semkin tersebar di kalangan umat Islam dan mengakibatkan kecelaruan aqidah dan kelemahan berfikir seterusnya membantutkan perkembangan dakwah dan penerapan syariah. Antara impak-impak yang berlaku apabila kebebasan beraqidah dijamin dan racun pluralisme pula semakin tersebar ialah;
1) Merasakan orang selain muslim tidak boleh dihukum dengan hukum syariah kerana tidak ada hak untuk menghukum manusia yang beragama lain dengan agama lain, mengakibatkan hukum sivil dijadikan standard ukur perbuatan.
2) Disebabkan idea no truth claim between religion yang dibawa pluralist, muslim telah terkeliru dengan aqidah mereka dan sewenang-wenangnya menukar aqidah mereka kepada aiqdah kufur kerana tuhan yang disembah adalah sama, cuma cara dan pendekatan yang berbeza.
3) Mahkhamah syariah pula tidak mampu membendung hal ini kerana hukum Islam (bunuh bagi murtad) bertentangan dengan perkara 11 Perlembagaan Persekutuan (kebebasan beragama). Malahan perkara 4(1) menetapkan bahawa Perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi persekutuan.
4) Penggesaan pengesahan penubuhan IFC (Interfaith Commision) yang mencabar undang-undang syariah dan inginkan hak manusia diberi sama tanpa membezakan agama.
ini adalah sebahagian di antara akibat-akibat yang terjadi apabila kaum pluralist mula menyebarkan dakyah mereka dikuatkan lagi dengan hujah mereka yang berstandardkan perlembagaan kufur (perkara 11).
Sesungguhnya Allah SWT berfirman;
"Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya." (QS. 3:19)
"Sesungguhnya orang-orang kafir dan mereka mati dalam keadaan kafir, mereka itu mendapati la'nat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya". (2: 161)
"Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi". (QS. 3:85)
"Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam" ....(QS. 5:72)
Ini adalah sebahagian daripada dalil yang jelas menolak aqidah selain Islam dan mengkafirkan sesiapa saja yang tidak beraqidahkan aqidah Islam.
Maka dengan jelas di sini adalah prinsip kebebasan beragama yang dijamin oleh demokrasi telah membantu perkembangan idea pluralism kufur ini. Apakah dengan akibat yang sedemikian rupa ini tidak cukup lagi untuk kita mengatakan sistem demokrasi ini adalah sistem yang membawa kehancuran manusia umumnya kaum muslimin dan menyebarkan kekufuran atau pendek kata sistem demokrasi ini adalah sistem kufur? akan tetapi wahai saudara-saudaraku, janganlah kalian khuwatir kerana khilafah yang sedang bangkit kembali akan menghapuskan segala kemaksiatan ini dan seluruh manusia akan tunduk kepada hukum Yang Maha Kuasa yang memerintah alam ini. Marilah bersama-sama menjadikan khilafah dan syariah tujuan utama yang perlu dicapai dalam hidup ini demi memperoleh redha dan rahmat-Nya.
Wallahua'lam.
0 Responses