Di Manakah Ketaqwaan Itu Harus Diletakkan?

    Secara ringkas, ketaqwaan bermaksud melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangannya sama ada tersembunyi atau terang-terangan. Namun nafsu kepada keduniaan kadangkala memadam ketaqwaan menyebabkan kita terasa seperti diri terhijab dari pandangan Allah, padahal itu hanyalah tipu daya syaitan. Akan tetapi, bukan hal ini yang ingin dikupas penulis dalam tajuk ini, tapi penulis ingin menyeru kepada orang-orang yang sudah merasakan diri mereka cukup bertaqwa.

    WAHAI ORANG-ORANG YANG MERASAKAN DIRI MEREKA BERTAQWA

    Ketika anda orang-orang yang sudah merasakan diri sudah bertaqwa, di manakah tindakan anda apabila melihat para pejuang bangsa Melayu hanyut dengan perjuangan mereka? Sudahkan anda melakukan usaha untuk memadam api asobiyah mereka dan memberitakan perkhabaran Rasulullah SAW bahawa kelak nabi tidak akan mengaku mereka yang sebagai pejuang bangsa itu sebagai di kalangan umat baginda?

    Ketika anda melihat rancangan di TV penuh dengan kekotoran dan kemaksiatan, anda yang selaku orang yang merasakan diri sudah bertqwa adakah hanya bertindak dengan menutup TV di rumah anda saja? Kalau begitu bagaimana dengan ahli keluarga yang mempunyai TV sendiri? Bagaimana dengan sahabat-sahabat anda? Jiran-jiran? Dan seluruh kaum muslimin yang menonton kemaksiatan itu ketika anda menutup TV anda? Tidakkah dengan ketaqwaan yang anda ada akan memaksa anda melakukan 'sesuatu' untuk membendung masalah ini? Anda akan mengatakan anda tidak berkuasa. YA, anda memang tidak berkuasa untuk menutup TV-TV mereka, tapi anda mampu untuk berdakwah kepada orang yang berkuasa untuk menukar isi kandungan TV tersebut. Sudahkah anda bergerak kepada itu wahai orang-orang yang merasakan diri mereka sudah bertaqwa?


    WAHAI ORANG-ORANG YANG MERASAKAN DIRI MEREKA BERTAQWA

    Ketika anda melihat anak-anak gadis muslimah berpakaian tetapi telanjang semakin bersepah di sana sini, adakah anda telah bergerak untuk menyalut tubuh mereka dengan jilbab dan tudung? YA, anda memang tidak berkuasa untuk melakukan perkara tersebut. Tetapi anda mampu untuk mengajak umat paling tidak pun seorang untuk bersama anda untuk dakwah kepada orang yang berkuasa MEMAKSA muslimah menutup batang tubuh mereka dengan jilbab dan tudung. Sudahkah ketaqwaan dalam diri anda mengarahkan anda berbuat demikian?

    Ketika anda melihat umat Islam menghadiri majlis-majlis kekufuran sambutan kaum kaafiruun di tanah anda demi menyambut baik gagasan 1Malaysia, tidak tergerakkah dengan dorongan ketaqwaan dalam diri anda untuk memberitahu kepada mereka (kaum muslim yang turut hadir bersama) bahawa Allah dan Rasul-Nya tidak sesekali redho dengan kekufuran kaum kaafirrun itu apatah lagi untuk menghadiri majlis sambutan sempena kekufuran dan kesyirikan mereka kepada Allah yang menciptakan mereka daripada air mani yang hina?

    WAHAI ORANG-ORANG YANG MERASAKAN DIRI MEREKA BERTAQWA

    Dengarkanlah firman Allah ini;

    "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (3: 104)

    dan hadith ini;

    Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”

    diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang disebut oleh Ibnu Majah di dalam kitabnya bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud;

    Suruhlah kamu kepada yang baik dan cegahlah kamu daripada kemungkaran, sebelum berlaku bahawa kamu berdoa, tetapi tidak diperkenankan kepada kamu.

    dan pelbagai lagi dalil yang sepatutnya menggerakkan anda melakukan perubahan kerana didorong ketaqwaan anda yang tinggi kepada Allah wahai orang-orang yang merasakan diri mereka sudah bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa.

    WAHAI ORANG-ORANG BIASA

    meskipun kita tidak punya ketaqwaan seperti ketaqwaan orang-orang yang soleh, namun ini tidak bermakna kita tidak punya kewajipan melakukan tugas yang sama. Kita juga kena berusaha dengan apa yang kita mampu untuk perubahan (taghyir) daripada kemaksiatan dan kekufuran kepada keimanan dan keberlaksanaan biah solehah (persekitaran yang berlangsung mengikut hukum syara'). Jangan memberi alasan kerana masih tidak mencapai ketaqwaan seperti para solehin atau 'tak sampai seru'. Malaikat maut tidak menunggu kita untuk berubah baru nak cabut nyawa kita. Ayuh mari kita menjalankan usaha taghyir ini bersama-sama dengan bergerak mengikut thoriqoh Rasulullah SAW supaya satu hari nanti akan benar-benar dizahirkan oleh Allah SWT seorang yang berkuasa menerapkan undang-undang-Nya untuk menghapuskan kebathilan dan menegakkan yang haq, dan kita akan memberi bai'at kepada beliau dan dialah yang akan menjadi perisai kepada kaum Muslimin. YA, ITULAH SANG KHALIFAH, wira dambaan yang diperlukan!

    0 Responses

Blog Widget by LinkWithin