Rata-rata mahasiswa pada hakikatnya telah muak dengan politik Malaysia yang penuh dengan konspirasi dan penipuan. Cuma...rakyat Malaysia ini kelihatannya masih boleh hidup selesa di Malaysia walaupun mereka sebenarnya tidak setuju dengan kerajaan yang memerintah. Kini, Pak Najib begitu ghairah mengasak rakyat dengan visinya iaitu, "one Malaysia"!
Tahniah kepada perdana-perdana menteri Malaysia terdahulu, dan tahniah juga kepada Pak Najib yang telah menghasilkan rakyat Malaysia yang berpemikiran sekular. Akhirnya, segala jenis perayaan Hari Raya Cina, Deepavali, Krismas, dan apa jua perayaan kuffar pasti akan disambut dengan rumah terbuka dengan begitu meriah sekali oleh para menteri dan pengikut-pengikut setianya walaupun mereka mengaku beragama Islam! Alasan mereka mudah, untuk mengeratkan perpaduan antara kaum...toleransi antara agama....mungkin inilah yang dimaksudkan dengan 1 Malaysia! Bukankah dengan meraikan perayaan kuffar, secara automatinya kita telah meredhai agama mereka??? Alangkah suburnya pluralisme di Malaysia! Sampai bilakah Islam akan disamakan tarafnya dengan agama-gama kuffar yang lain, malah boleh diinjak-injak lagi???
Kajian terbaru di Selangor menunjukkan bahawa Secara keseluruhannya, penduduk di Selangor berjumlah 4.8 juta orang. Orang Buddha yang hanya berjumlah 1.3 juta orang(jauh lebih sedikit daripada orang Islam) mempunyai 1,015 tokong, manakala orang Hindu yang minoriti berjumlah 647,000 orang mempunyai 810 kuil berdaftar! Bilangan ini belum lagi dicampurkan tokong dan kuil yang tidak berdaftar. Sedangkan orang Islam mewakili 2.5 juta, iaitu majoriti terbesar hanya mempunyai 259 masjid dan 939 surau! Sungguh, bilangan ini masih lagi belum termasuk statistik seluruh negeri di Malaysia! Alangkah mengejutkan fakta ini!
Sebenarnya hal ini tidak menjadi suatu perkara yang pelik di dalam sebuah negara sekular seperti Malaysia. Kerana apa? Sekular di Malaysia bermakna memisahkan antara agama dan kehidupan, iaitu negara tidak akan masuk campur urusan agama rakyat, walaubagaimanapun, negara akan memastikan setiap individu dapat mengekspresikan kebebasannya dengan sebebas-bebasnya!
jadi tidak hairanlah bilangan masjid dan surau sangat sedikit kerana umat Islam di Malaysia, majoritinya bukanlah dari golongan kaya-raya, mereka hanyalah terdiri dari golongan berpendapatan sederhana. Maka sekiranya duit belanja untuk membina masjid dan surau hanya mengharap kepada belas ihsan orang kaya dan sedikit sedekah pada hari jumaat, maka hasilnya apa yang ada pada hari ini, bilangan yang sangat sedikit untuk menampung umat Islam yang begitu ramai!
Negara Malaysia memang ada membina masjid-masjid. Tetapi, majoriti surau-surau kecil di Selangor itu dibina oleh penduduk Islam itu sendiri dengan kutipan derma yang bertahun-tahun yang akhirnya didirikan di padang tempat anak-anak bermain! Itu pun nasib baik kalau dapat duit lebih, dapatlah beli tanah kecil untuk tapak surau. Malah, surau yang berubah menjadi masjid besar setelah renovate pun disupport sepenuhnya oleh penduduk sendiri! Disini, dapat kita bandingkan betapa kerajaan yang dikatakan "Islamik" ini memandang enteng kepada maslahat umat Islam yang berada dibawah pertanggungan mereka.
Saya tidak menafikan amal jariah yang telah dibuat oleh kerajaan dengan membina beberapa masjid-masjid yang hanya penuh ketika solat jumaat, tetapi apa yang harus difahami disini ialah persoalan membina masjid, hospital, sekolah, dan lain-lain, semuanya adalah tanggungjawab negara! Islam di Malaysia kelihatan seperti 'anak tiri' dibandingkan dengan agama-agama kuffar yang lain sedangkan bilangan mereka jauh lebih sedikit dari Umat Islam.
Adalah menjadi suatu yang sangat menyakitkan hati, apabila saya memandang berhala-berhala besar terpegun 'indah' di tanah saya sendiri, tanah umat Islam. Malah, berhala-berhala Hindu di Batu Caves, Gombak itu boleh dikatakan antara berhala terbesar di Asia Tenggara! Pelancong yang datang ke Malaysia pon boleh terkejut melihatnya, mereka mungkin menyoal, "Bukankah Malaysia sebuah 'Negara Islam'???" Pastinya mereka menjadi lebih terkejut apabila melihat berhala-berhala Buddha di Kelantan yang begitu banyak di sebuah negeri yang dikatakan "Serambi Mekah"!
Nabi Muhammad saw, ketika melakukan futuhat ke atas kota Mekah, baginda telah menghancurkan segala berhala-berhala yang ada di sekeliling ka'bah, yang beratusan jumlahnya.......
Secara ringkasnya, gagasan 1 Malaysia yang dibawa oleh Pak Najib diharapkan untuk menyatu-padukan kaum Melayu, Cina, India dan kaum-kaum yang lain dengan 'menghormati' agama masing-masing, yang kononnya akan menjadi Malaysia sebuah negara bangsa yang lebih maju...
Dengarlah Pak Najib! bahawa retorik engkau untuk Malaysia ini akan terkubur dalam masa yang singkat, tidak lama lagi setelah berdirinya sebuah Daulah Khilafah yang bukan sahaja mahu menyatukan kaum Melayu, Cina, dan India. Malah mahu menyatukan seluruh tanah-tanah umat Islam didunia ini menjadi sebuah gergasi yang pasti akan melenyapkan segala diktator dan penghalang tertegaknya hukum Allah termasuk engkau, wahai Pak Najib!
Ketahuilah bahawa Khilafah ini akan berdiri dan akan memberikan saingan yang kuat terhadap negara-negara kuasa besar seperti Amerika dan konco-konconya!
Negara Khilafah ini akan membebaskan umat Islam yang kini ditindas dan dibantai di Al-Aqsa, Afghanistan, Iraq, Kashmir, termasuk Thailand juga yang hanya bersempadan dengan Malaysia tetapi sehingga kini tidak mampu dilakukan oleh Malaysia!
Khilafah yang dijanjikan ini pasti akan menjunjung setinggi-tingginya Syariah, tidak seperti Malaysia yang dengan kerasnya menolak segala bentuk penerapan hukum Islam secara kaffah termasuk hukum hudud potong tangan(kes kartika)!
Daulah Khilafah Ar-Rasyidah ini akan menyelamatkan Aqidah umat Islam yang telah dilarikan oleh para missionaris kristian, sami Buddha, Hindu dan para pemuja kebebasan dan Atheis. Ribuan anak-anak umat Islam yang tergadai Aqidahnya, dimurtadkan angkara Malaysia yang menerapkan hukum sekular dan freedom!
Apakah ini "one Malaysia" yang diidam-idamkan???!
atau....
"ONE KHILAFAH"!
”Gerakkan kekudamu, Mulakan Revolusi!”
Categories
- Anti-Demokrasi (2)
- Anti-Feminisme (2)
- Anti-PTPTN (1)
- Anti-Sekularisme (2)
- Aqidah (4)
- Ayat-Ayat Revolusi (7)
- Contra Culture (3)
- Khilafah (1)
- mahasiswa ideologis (4)
- Motivasi Dakwah (3)
- Musuh Islam (2)
- Nafsiyah Islamiyah (4)
- Opini Ideologis (4)
- Palestin dan Khilafah (1)
- Perwira Umat (1)
- Politik Kampus (4)
- Prolematika ummah (10)
- Puisi Revolusi (1)
- Seminar Ideologis (5)
- Sistem Pendidikan Khilafah (3)
- Wanita dan Khilafah (6)
0 Responses