
Undang-undang kontroversi itu diluluskan di Aceh hanya beberapa minggu sebelum satu perhimpunan dikuasai bekas pejuang pemisah Aceh, Gerakan Aceh Merdeka (GAM) sepatutnya mengambil alih kuasa. Pentadbiran Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf sendiri adalah bekas pejuang GAM menentang keras undang-undang syariah. Ia menggesa penangguhan kelulusan rang undang-undang berkenaan.
Ketua Majlis Ulama Indonesia, Ma'ruf Amin, menyambut baik undang-undang baru berkenaan. - AFP
Komentar :
Sesungguhnya orang yang menolak hukum Allah adalah orang-orang yang ingin berhukumkan taghut dan hukum jahiliyyah;
Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ al-Ma’idah (5):50].
Dan sesungguhnya mereka (Muslim) yang menolak hukum Allah, di dalam hati mereka tidak ada iman, kerana orang yang beriman tidak layak memutuskan sesuatu perkara itu mengikut ketetapan dan kehendak mereka sendiri, malahan golongan yang menolak itu adalah sesat dengan kesesatan yang nyata;
“Dan tidaklah layak bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya memutuskan sesuatu perkara - (tidaklah layak mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata” [TMQ al-Ahzab(33):36]
malahan Allah mengancam keadaan mereka yang enggan berhukum dengan hukum Allah dan mengkategorikan mereka dengan jelas;
“dan sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir” [TMQ al-Ma’idah (5):44],
“dan sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45],
“dan sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):47].
Wahai kaum Muslimin yang mulia yang ingin menegakkan hukum Allah di Acheh, janganlah kamu lemah dengan sikap orang-orang yang Allah murkai ini. Ingatlah Allah berfirman;
Wahai orang-orang yang ingin menjalankan syariah Allah, yakinlah bahawa bantuan Allah pasti akan tiba membantumu dan kemenangan akan berpihak kepadamu.
Wahai orang-orang yang menentang hukum Allah, suka aku di sini untuk meyampaikan berita gembira buat kamu, iaitu azab yang maha berat yang dijanjikan Allah;
mereka mengatakan hukum Allah itu menghinakan dan zalim, padahal tidaklah sesekali Allah menzalimi hamba-hambaNya, malahan manusialah sendiri yang menzalimi dirinya dengan melupakan ayat-ayat Allah dan melakukan maksiat. Boleh juga kita lihat di sini bahawa ketakutan mereka pada hukum Allah jelas menunjukkan betapa berkesannya hukum Allah dalam membasmi segala jenis kemungkaran sehingga belum diterapkan lagi tetapi ancamnnya telah dirasai golongan yang ingkar kepada Allah. Ya, HUKUM ALLAH AKAN MENGHINAKAN SESIAPA YANG INGKAR KEPADA ALLAH! supaya kamu lebih takut, supaya kamu lebih menjaga diri, supaya kamu ingat bahawa hanya kepada Allahlah tempat kamu kembali, supaya kamu ingat dan sedar bahawa Allahlah yang berkuasa, bukan kamu wahai orang-orang yang berpaling dari kebenaran! Di akhirat nanti, saksikanlah wahai orang yang berpaling dari kebenaran, bahawa Kasih dan Rahmat Allah kepada orang yang telah menerima hukuman-Nya di dunia ini akan dimasukkan ke syurga, tatkala kamu menggigil dan menggigit hancur jari jemari kamu kerana di dunia ini kamu ingar kepada ketetapan-Nya!
Takbir!
0 Responses