Apa ditunggu lagi Bang! Revolusi!


    kalau seseorang sudah disibukkan dengan ibadah, mana mungkin dia boleh sibuk dengan perkara-perkara ma'siat???

    Mana mungkin seseorang yang sudah dicerahkan (direvolusikan) pemikirannya, masih lagi mampu untuk duduk senyap bertenggek tak buat apa-apa???

    Allah berfirman:

    “Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum kecuali mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” (Surah Ar-Ra’d, 11)

    yang dimaksudkan “diri mereka” itu ialah “pemikiran”. kalau diubah “pemikiran”, InsyaALLAH, maka akan berubahlah orang itu.

    Pertama-tamanya, harus dibincang dengan dia soal Aqidah terlebih dahulu. Setiap manusia pasti akan bertanya kepada diri mereka sendiri, sepanjang mereka hidup dalam dunia ini samada merek sedar atau tidak, pasti akan terdetik dalam diri mereka tentang:

    1. Aku ni datang dari mana sebenarnya???

    2. Untuk apa aku duduk kat dunia ni???

    3. mana aku nak pergi lepas aku mati???

    Jadi, kalau dijawab 3 persoalan ni, jawapan itulah yang akan membentuk “Aqidah”. “Aqidah” bermaksud “Ikatan”. Ikatan itulah yang akn mengarahkan tingkah lakunya, dan membendung tindak-tinduknya. Aqidah itulah yang akan membangkitakan sesiapa sahaja sehingga menghasilkan umat yang terbaik! Aqidah itu, boleh jadi benar, boleh juga jadi salah. Di zaman sekarang ni, banyak manusia yang menjadi sesat, bahkan lebih teruk lagi, menjadi binatang! Semua ini berpunca dari Aqidah mereka. Samada mereka sedar atau tidak Aqidah mereka itu salah, harus ada usaha untuk dibetulkan Aqidah mereka.

    Ada 3 Aqidah yang dominan dalam dunia hari ini. Aqidah inilah yang akhirnya akan berkembang menghasilkan cara hidup.

    1. Aqidah Sekular

    2. Aqidah Komunis

    dan

    3. Aqidah Islam

    Untuk Komunis, mereka tidak percaya akan adanya kehidupan sebelum mereka hidup di dunia ini, dan juga kehidupan selepas mereka mati. Mereka mengatakan bahawa mereka ini terjadi hasil dari evolusi beruk kepada manusia. Alam ini juga terjadi dengan sendirinya secara “kebetulan”. Oleh itu, mereka membuat kesimpulan bahawa mereka tidak datang dari mana-mana Tuhan pon, sekaligus menafikan kewujudan Tuhan (Allah).

    Adapun Aqidah Sekular inilah yang menguasai majoriti Umat Islam pada hari ini

    kenapa????

    Kerana orang sekular tidak menafikan kewujudan dan keberadaan Tuhan.

    Tapi, mereka mengatakan,

    “samada kamu mahu percaya atau tidak Tuhan itu ada, terpulang, kalau nak percaya boleh, kalau tak nak percaya pon tak apa!”

    Kenapa mereka berpemikiran sebegini???

    Kerana mereka mengakui bahawa Alam, Manusia, Langit, Bumi dan seisinya diciptakan oleh Tuhan (Bagi orang Islam, Allah). Tetapi mereka mengatakan bahawa Tuhan itu menciptakan dunia ini, kemudiannya membiarkan manusia kekuasaan untuk mengatur hidupnya, dan melakukan apa saja di dunia ini.

    haa…

    inilah yang menyebabkan terhasilnya pemikiran “freedom”!

    BEBAS!

    KEBEBASAN!

    Inilah perkataan keramat pemuja2 nafsu!

    Inilah yg menyebebkan mereka bebas untuk berbuat apa saja! Tambahan lagi, mereka tidak mempercayai adanya kehidupan selepas mati!

    Mereka tidak percaya adanya Kiamat,

    Hisab,

    Syurga,

    mahupun Neraka!

    Jadi kalau dah begitu

    apa lagi yang perlu ditakutkan dalam hidup ni????

    Untuk apa aku hidup didunia???

    yaaa…..

    apa lagi kalau bukan untuk

    ENJOYYY!!!!!

    buat apa saja, tak ada yang salah.

    coz

    “in the end, it doesn’t even matter!”

    Inilah Aqidah Sekular, “Memisahkan antara Kehidupan dan Agama”. Mereka ini percaya bahawa Tuhan (Allah) hanya ada di Masjid/Gereja. Tuhan hanya ada ketika mereka solat atau ketika mereka masuk ke tempat ibadat.

    buktinya,

    mereka kan mengakui adanya Allah,

    jadi,

    mereka pon bersolat kerana mereka menganggap Tuhan hanya tahu soal agama, tetapi Tuhan tidak pernah tahu soal bagaimana hendak mengatur kehidupan!

    Makanya,

    ketika solat, mereka akan tutup aurat mereka,

    mereka pon akan jaga pandangan mereka,

    mereka jaga diri mereka dari melakukan ma’siat,

    tapi,

    sebaik saja mereka selesai solat,

    mereka akan membuka aurat,

    mereka akan gunakan mata mereka untuk melihat macam-macam tanpa menepisnya,

    mereka ambil riba,

    mereka buat ma’siat,

    semua ini berlaku apabila mereka masuk dalm urusan kehidupan (mengikut anggapan mereka)…..

    tapi bila masuk bab AGAMA je,

    iaitu ketika solat,

    mereka pon solat jugak

    malah ada yang tak tinggal pon solat,

    tetapi bila nak mengatur soal Sosial,

    soal Ekonomi,

    soal Pemerintahan,

    soal Undang-Undang,

    mereka akan kata, Tuhan tak pandai tentang hal ni!

    Merekalah sendirlah yang menentukan apa yang mereka nak!

    jadi,

    mereka pon brpakaianlah sesuka hati, berkawanlah sesuka hati tanpa mengira laki perempuan, melihatlah semua benda tanpa menjaga mata , mereka juga bersosial sepuas-puas hati,

    sebab pe?

    sebab Tuhan tak tau pasal ni!

    Tuhan hanya tahu pasal Agama!

    Tuhan tak jaga dan tak atur pasal macam mana nak bersosial!

    Inilah Aqidah yang mendominasi manusia saat ini, samada dia Islam, Kristian, Buddha, Hindu, dll

    hal ini berlaku samada mereka menyedari mereka membawa pemikiran sebegini

    ataupun tidak

    Jika mereka tida menyedari, maka mereka sebenarnya melakukan perbuatan mereka tanpa menyedari perbuatan yang mereka lakukan itu sebenarnya datang dari aqidah mereka yang sebegitu....Aqidah yang merosakkan sesiapa sahaja...sayang sekali...

    Adapun Aqidah Islam

    Islam menjawab ketiga-tiga soalan tersebut dengan sempurna,

    dengan jawapan yang meyakinkan

    dengan jawapan yang memuaskan pemikiran

    kerana apa?

    Islam membahaskan bahawa Tuhan itu sememangnya wujud kerana segala yang ada di alam ini, di langit, bulan, bintang, matahari, gunung, bumi, haiwan, dan manusia tidak akan ada,

    kecuali dengan adanya Pencipta!

    tidak mungkin tapak kaki kucing itu ada,

    kecuali dengan adanya kucing itu!

    walaupun kita hanya nampak tapak kaki kucing..

    begitulah Allah..

    Allah menyuruh kita berfikir tentang kejadian Nya

    dengan memikirkan tentang diri kita, begitu kompleksnya biologi diri kita,

    bagaimana proses peredaran darah,

    sel,

    proses fotosintesis,

    pertukaran siang dan malam,

    turunnya hujan,

    sangat mustahil untuk segala ini tejadi dengan sendirinya

    kecuali

    pasti ada Pencipta yang menciptakan!

    walaupun kita tidak melihat

    Islam menjawab persoalan

    bahawa Tuhan itu mesti satu

    kerana

    kalau Tuhan itu ramai,

    pasti hancur dunia ini

    kerana semua tuhan nak ikut kepala otak die

    bila tuhan-tuhan gaduh

    hancur la dunia ni! betul tak?

    Islam juga menjawab bahawa Tuhan itu adalah Allah!

    kenapa?

    Kerana bagaimana untuk manusia itu tahu akan keberadaan Allah sekiranya tidak ada mesej yang disampaikan kepadanya?

    haa…

    disinilah relevannya adanya Rasul

    sebab itulah, Tuhan tidak akan datang kepada manusia dan menyuruh manusia menyembah Nya!

    jatuh la standard Tuhan!

    itulah gunanya Rasul

    Islam menjawab,

    Nabi Muhammad diutuskan sbg manusia pilihan

    dengan perantaraan Jibril

    untuk memberitahu manusia

    bahawa Allah adalah Tuhan mereka!

    khabar baik dan buruk

    bahawa selepas mereka mati,

    akan ada kehidupan selepas mati!

    akan ada syurga dan neraka!

    akan ada hisab

    perhitungan amal baik dan buruk!

    Allah Maha Melihat segala yang mereka lakukan

    Allah juga mnyuruh manusia untuk BERIBADAH kpd-Nya!

    inilah tujuan hidup kita didunia ini!

    dengan ini

    terjawablah segala persoalan yang bergelumang dalam hidup manusia selama ni!

    Kita datang dari Allah!

    Kita diciptakan oleh Nya

    dia telah memberikan segala ni’mat kepada kita

    maka selayaknyalah

    kita menjadi Hamba-Nya

    dan beribadah kpd-Nya

    mentaati-Nya

    dan

    sesuai dengan apa yang kta lakukan,

    dengan keadilan Allah

    kita akan menuju ke Syurga atau Neraka selepas Mati!

    Bergantung kepada pilihan kita!

    kerana hidup kita

    adalah persoalan Pilihan

    Baik atau Buruk

    Baik atau Jahat

    pahala atau dosa

    ma'ruf atau ma’siat

    syurga atau neraka?????

    Islam atau Kafir???

    taat atau membelakangi????

    tidak ada pilihan ketiga!

    dan

    kita hanya boleh memilih satu sahaja pilihan

    oleh itu

    adakah hidup kita BEBAS?????

    haa…

    inilah yang mengikat perbuatan kita

    seorang muslim

    sebelum melakukan apa jua perbuatan,

    mereka akan BERFIKIR

    terlebih dahulu

    apakah ini halal atau haram?

    kalau aku buat ni, dapat dosa ke pahala?

    tapi kalau aku buat bende ni, nnt aku akan jadi ape?

    jadi ahli syurga atau ahli neraka???

    jadi Islam atau kapir???

    itulah dia…

    berbeza dgn org Sekular!

    Suke ati mak bapak die je!

    hehe

    jadi,

    dengan memahami Aqidah inilah

    kita akan bermotivasi

    untuk bertindak.

    Tindak-tanduk kita

    semuanya

    menjurus kepada

    untuk menjadi hamba yang taat

    kerana kita tak ada alasan langsung

    kenapa kita harus menjadi ingkar?

    sedangkan kita ini diciptakan,

    datang dari Allah.

    Jadi kenapa kita harus sombong

    dengan membuat apa saja

    dengan membelakangi perintah-Nya???

    dengan Aqidah inilah

    kita menyedari tentang Maha Berkuasanya Allah

    menciptakan segala-Nya

    oleh itu pastinya Dia sangat mudah melihat segala gerak geri kita walaupun ianya tersembunyi dalam kegelapan malam yang hitam lagi kelam

    Aqidah inilah yg mengawal sgl perbuatan kita

    kerana kita percaya bahawa kita adalah hamba Allah, dan Allah telah memerintahkan kita untuk menjadi hamba-Nya yang taat

    dan bahawa adanya Hisab

    bahawa segala perbuatan kita samada kecil ataupun besar, pasti akan disoal

    dan kita pastinya perlu menyediakan jawapan untuk segala perbuatan

    kerana ianya akan dipertanggungjawabkan!

    Itulah yang menjadikan Umat islam itu orang yang bertanggungjawab!

    dan mereka juga memahami bahawa setiap pilihan mereka itu,

    ada konsekuensinya,

    Syurga

    ataupun Neraka

    jadi

    seorg yang bijak

    mereka pasti akan berfikir

    mengapa perlu neraka, sedangkan kita sudah boleh memilih Syurga???

    seorg yang bijak juga pasti akan memahami

    bahawa yang abadi itu hanyalah Allah

    maka manusia yang serba-serbi lemah ini

    pasti akan mati

    sekiranya mereka sedar bahawa mereka akan mati,

    maka kita tanya kepada mereka

    apakah mereka bersedia untuk mati????

    Apakah mereka takut untuk mati????

    Atau mereka sememangnya mahu mati???

    kalau mereka itu takut mati…..

    itu tandanya ,

    mereka telah dijatuhi penyakit wahn

    iaitu

    “cinta dunia dan takutkan mati”

    seperti yang digambarkan oleh Rasulullah dalam hadithnya

    jadi,

    bersiaplah untuk mati!

    hehe

    inilah Aqidah Islam….

    Aqidah Islam akan menjadikan sesakai-sakai manusia bertukar menjadi semulia-mulia makhluk!

    Tebarkan Revolusi Pemikiran dengan Aqidah islam!

    ~~ku mahu bertemu kekasih-Ku dalam keadaan suci berseri~~

    0 Responses

Blog Widget by LinkWithin