Wahai saudara se-ISLAMku,
aku menyapamu bukan kerana kita se-MELAYU atau se-bangsa.
Tapi atas dasar Aqidah yang muncul daripada diriku,
Bukan dari sifat emosi menggejolak untuk mempertahankan bangsa semata-mata..
Telah aku alihkan semangat mempertahankan bangsa itu kepada perjuangan mempertahankan ummat dan menerapkan Syariah!
MENGAPA???
Kenapa sampai aku harus mempertaruhkan nyawa, jiwa dan raga aku semata-mata untuk Islam dan meninggalkan perjuangan selainnya yang bathil???
Kenapa kita harus memilih salah satu perjuangan antara dua: ISLAM atau MELAYU???
Kerana dalam hidup manusia ini, kita hanya diberi dua pilihan. Konsekuensinya, kita akan memilih hanya satu diantara dua. Ada kebaikan dan kejahatan, kemuliaan dan kehinaan, cantik atau hodoh, hidup atau mati, halal atau haram, dosa atau pahala, syurga atau neraka dan lain-lain. Maka diatas segala pilihan yang kita buat, maka kita akan mendapat hasilnya. Segala perbuatan kita terikat kepada hukum halal dan haram. Sekiranya kita memilih yang halal, maka kita pasti akan mendapat pahala, sesuai apa yang kita buat. Maka akhirnya, kita akan menghadap Allah dengan perasaan yang penuh dengan sukacita! Walaubagaimanapun, jika pilihan kita adalah yang haram, maka keadaannya pasti sangat memedihkan.
Kamu boleh bagi dalih apa sahaja untuk membenarkan perjuangan kamu.
Tetapi kamu harus akui bahawa Rasulullah, sepanjang hidupnya, baginda tidak pernah menyerukan kepada perjuangan BANGSA ARAB walaupun baginda sendiri adalah bangsa Arab! Rasulullah berjuang bermati-matian sepanjang hidupnya untuk apa kalau bukan semata-mata untuk Islam sahaja??? Allah telah mengutuskan Rasulullah untuk membawa Islam kepada seluruh manusia tanpa mengira bangsa, asal-usulnya, keturunannya, kerana semua manusia itu sama. Manusia itu tidak akan menjadi mulia semata-mata kerana dia dilahirkan sebagai bangsa Arab. Begitu juga sekiranya dia dilahirkan sebagai seorang yang berkulita sawo matang, yang bergelar sebagai Melayu. bangsa Melayu itu juga tidak akan menjadi lebih mulia dari bangsa Bangladesh, atau bangsa Indonesia, semata-mata hanya kerana mereka dilahirkan di Malaysia!
Berfikirlah sejenak wahai kawan,
Setiap perbuatan kita akan menghasilkan kesannya. Maka disini aku sebagai seorang muslim, bertanya kepada anda semua bahawa apakah yang dijanjikan oleh Melayu??? Apakah matlamat kamu memperjuangkan Melayu? Kenapakah kamu begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan Melayu? Apakah kebaikan yang dijanjikan oleh Melayu? Apakah untungnya menjadi Melayu? Apakah akibatnya berjuang berhabis-habisan mendukung perjuangan perkauman? Apakah kemenangan yang dijanjikan kepada Melayu? Apakah akibatnya jika memperjuangkan Melayu? Apakah sebenarnya yang ditawarkan oleh Melayu???
Sungguh, perjuangan sebenar hanyalah ISLAM semata-mata, tiada penambahan, tiada pengurangan. Tiada penambahan idea Nasionalisme, Patriotisme, atau idea-idea sesat yang lain. Tiada juga pengurangan sehingga menjadikannya sekular, liberal, kompromi dan lain-lain lagi pemikiran yang rosak dan lemah.
Baca baik-baik!
Aku memperjuangkan Islam kerana Islam menawarkan SYARIAH, Hukum serta perundangan terbaik yang tiada bandingannya di dunia ini kerana ianya datangnya dari Maha Pencipta, iaitu Allah swt.
Adapun seruan untuk memperjuangkan Melayu itu datangnya dari siapa??? Dari Pak Abdul Rahman? Pak Lah? Pak Najib? Yang pasti, ianya terbit daripada naluri manusia yang hendak mempertahankan bangsa semata-mata tanpa dipimpin oleh jalan yang benar.
Islam adalah agama yang lengkap. Ianya menjawab segala persoalan yang ada dalam kehidupan termasuk masalah kenegaraan, ekonomi, undang-undang, dan sebagainya.
Manakala idea Nasionalisme ini tidak mempunyai apa-apa, melainkan emosi sahaja.
Akibatnya, orang yang berpegang kepada nasionalisme melayu, akan mengambil sistem ekonomi kapitalis, sistem pemerintahan demokrasi, sistem undang-undang english law, yang mana tidak ada satu pun yang dari Islam!
Pilihan hanya ada dua kawan!
Perjuangan menegakkan Syariah yang akan menghasilkan kesejahteraan abadi ataupun perjuangan perkauman Melayu yang pastinya akan menghasilkan pergaduhan, malah peperangan antara kaum!
Categories
- Anti-Demokrasi (2)
- Anti-Feminisme (2)
- Anti-PTPTN (1)
- Anti-Sekularisme (2)
- Aqidah (4)
- Ayat-Ayat Revolusi (7)
- Contra Culture (3)
- Khilafah (1)
- mahasiswa ideologis (4)
- Motivasi Dakwah (3)
- Musuh Islam (2)
- Nafsiyah Islamiyah (4)
- Opini Ideologis (4)
- Palestin dan Khilafah (1)
- Perwira Umat (1)
- Politik Kampus (4)
- Prolematika ummah (10)
- Puisi Revolusi (1)
- Seminar Ideologis (5)
- Sistem Pendidikan Khilafah (3)
- Wanita dan Khilafah (6)
0 Responses