No Compromise!


    hmm... bila masuk tang ni la, yang kebanyakan orang tak mampu nak handle.. Mungkin inilah cara Allah membezakan antara hamba-Nya yang begitu mudah cair dengan keadaan yang rosak, ataupun hamba-Nya yang benar-benar berpegang teguh di jalan-Nya. Dalam hidup kita sehari-hari, pastinya kita menghadapi keadaan dimana kita perlu membuat keputusan. Malah setiap saat dari hidup kita, adalah waktu dimana kita membuat pilihan di antara dua persimpangan. Pilihannya ternyata cuma ada 2, iaitu baik atau jahat, pahala atau dosa, syurga atau neraka. Tetapi, ada segolongan manusia, yang meletakkan diri mereka didalam keadaan "dilema". Mereka ini adalah golongan yang mempunyai "penyakit dilema". Kenapa dilema? Kerana mereka ini sangat-sangat mencintai Islam, tetapi pada masa yang sama mereka mencintai kema'siatan, Na'udzubillahi min dzalik!

    Inilah virus yang paling dahsyat menimpa umat Islam pada hari ini! Jauh lebih merbahaya dari H1N1, denggi, daebetis, sakit jantung, darah tinggi! Apakah simptomnya???

    "Cinta akan Dunia dan Takut akan Kematian"

    Mungkin anda akan berkata dalam hati,

    "alah, aku mana ada macam ni!"

    Tunggu! Anda dah melakukan kesilapan yang besar! Ini bukanlah hal yang boleh dipandang enteng, dengan sebelah mata sahaja! Ini adalah persoalan agama! Persoalan Hidup dan Mati!

    Jadi, mari kita check diri kita.

    Cuba kita tanyakan kepada diri kita seikhlas mungkin. "Adakah kita sanggup menghadapi Mati pada esok hari???" Jika tidak, maka jelaslah, bahawa kita mempunyai penyakit ini! Sesiapa yang takut untuk mati adalah mereka yang tahu bahawa diri mereka itu banyak melakukan dosa, malah masih belum bertaubat lagi, maka fakta inilah yang menyebabkan mereka takut kepada kematian!

    Sesungguhnya umat Islam adalah umat yang benar-benar melakukan revolusi sekiranya dia memahami perintah Islam. Kerana seorang muslim pastinya menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini!

    0 Responses

Blog Widget by LinkWithin