Pencuri Dan Dicuri; Siapa Yang Salah?

    Tertarik dengan satu soalan yang diajukan oleh seorang muslimah ketika menonton alkuliyyah di TV3, mengenai keadaan rumah yang tidak lagi menjadi selamat kerana ancaman jenayah sekarang. Amat terkilan dengan jawapan daripada ustaz yang menjawab, iaitu kembali menyalahkan umat, iaitu CUAI. Persoalannya, benarkah cuai menjadi sebab utama ancaman jenayah masuk ke dalam rumah? Atau kelemahan sistem kehidupan yang diterapkan? Itulah jawapan (cuai) bagi mereka yang tak mahu berfikir, yang telah dikurniakan aqal lalu aqal itu diletakkan di kepala lutut. Mari kita buat perbandingan antara kecuaian manusia ataupun sistem yang bobrok menyebabkan ancaman jenayah menerjah masuk ke dalam rumah.

    Adapun cuai itu adalah sifat manusia yang fitrah, yang kadang kala terlepas pandang dalam sesuatu perkara. Cuai dalam erti kata menjaga rumah ini adalah seperti terlupa kunci pintu jika meninggalkan rumah, terlupa menutup tingkap ketika meninggalkan suatu ruang atau yang sewaktu dengannya. Bagi sesetengah pihak yang mudah menyalahkan umat kerana cuai, mereka berpendapat penjenayah mengambil kesempatan ke atas kecuaian manusia ini. Lalu jika kes sebegini di bawa ke pihak polis pun, penghuni rumah tetap disalahkan kerana CUAI! Apa ini? Pihak polis sepatutnya membela atau menyalahkan dan menuding jari ke arah orang lain dan tak mahu membela? Ini adalah pandangan bagi mereka yang menyalahkan kecuaian manusia.

    Apabila kita meneliti pula kelemahan sistem yang melahirkan banyak penyangak dan penyamun, aqal yang rasional akan turut mengatakan, hati-hati macam mana pun, klu dah penyamun dilahirkan setiap hari, mau tak kena rompak rumah? Alih2 mereka berdalih dengan mengatakan cukuplah tawakkal setelah berusaha. Ya, azam tawakkal dan usaha itu mmg perlu, tp adakah cukup dengan sebegini menyebabkan kita sekaligus memandang suci sistem kehidupan yang diterapkan sekarang? Tidakkah mereka selalu dengar mencegah lebih baik dari merawat?

    Jadi jika dibandingkan antara kecuaian manusia dan kelemahan sistem kehidupan, pastinya kita boleh nampak yang menggalakkan jenayah itu adalah berpunca daripada sistem yang bobrok lagi busuk! Sistem yang teruk ini menyebabkan manusia hidup kerana materi, kerana wang, kerana ingin mengejar kekayaan dan kesenangan dunia. Ya, inilah yang diajar oleh kapitalism dan sekularism, di mana hidup ini hanya sekali, jadi kejarlah segala kemewahan dunia. Manusia diajar bahawa kehidupan ini tiada kena mengena dengan kehidupan akhirat. Akhirat, tu lain cerita. Yang kaya terus kaya dan yang miskin bertambah miskin kerana hak pemilikan itu bebas! Dan kapitalism juga mengajar bahawa materi itu penyelesai segalanya, lalu mereka yang hidup di bawah sistem ini bersegera mendapatkan harta, termasuklah dengan cara jenayah sekalipun. Jadi, pantang saja ada kecuaian, habis disapunya. Tetapi, hampir sama saja cuai atau tidak, rompak tetap rompak dan jika melawan, bunuh saja! Masih relevankah kita menyalahkan kecuaian manusia dalam hal ini?

    Lain pula keadaannya, bilamana Islam itu menjadi cara hidup, dan penerapannya adalah secara kaffah oleh negara. Manusia tidak lagi memandang materi itu adalah segalanya, malahan mereka terus menerus ditarbiyah dengan biah solehah dan punca kepada jenayah itu dapat dicantas sebersih2nya. Jika ada yang cuba, hukuman yang berbentuk pencegahan (zawajir) dan pemaksaan penyesalan (jawabir) menanti mereka jika sabit kesalahan. Mereka yang menyaksikan hukuman dijalankan pasti terkesan dan tidak berani melakukan jenayah. Hak pemilikan itu ada batasnya yang dihadkan kepada pemilikan awam, pemilikan individu dan pemilikan negara. Segalanya jelas. Malahan kemiskinan dapat dibanteras dan kehidupan juga insyaAllah tidak akan susah. Yang kaya tidak dibenarkan menimbun harta mereka tanpa tujuan manakala yang miskin mendapat hak mereka. Zakat beredar sepantas kilat kepada asnafnya. Itulah negara Islam, keamanannya Islam dan undang2nya adalah Quran dan Sunnah.

    Jadi, adakah manusia yang normal akan sibuk mengejar kehidupan dunia semata padahal kebutuhan hidup mereka telah dipenuhi dan mereka berasa sejahtera? Adakah kecuaian manusia itu akan jadi sebab utama lagi kepada jenayah sedangkan manusia takut kepada hukum Allah dan pandangan hidup mereka tentang kehidupan ini juga sudah berubah? Adapun kes2 jenayah tetap saja boleh berlaku, kerana tetap akan ada manusia yang tamak dan berfikiran singkat tp fikirkanlah, adakah kesemuanya sanggup tangan mereka dipotong? Manusia normal pasti akan insaf dan begitulah Islam mentarbiyah umat yang hidup di bawah naungan Quran dan Sunnah. Maka, jika tercuai lagi, insyaAllah harta anda akan selamat kerana tiada orang berani rompak atau curi lagi. Tentang azam, tawakkal dan usaha menjaganya, itu adalah wajib dalam pandangan Islam, jadi jalankanlah kerana itu termasuk dalam hukum sebab dan akibat, lain pula halnya.

    Tidak mahukah lagi aqal yang waras untuk berfikir, tiba masanya utk kita membuat revolusi dalam sistem kehidupan ini? Khilafah adalah solusinya.

    0 Responses

Blog Widget by LinkWithin