Pernyataan Sikap Jundu Syabab
(edisi 1)
SHAH ALAM 27 Sept. - Walaupun pemimpin ajaran sesat 'Rasul Melayu,' Abdul Kahar Ahmad berjaya diberkas baru-baru ini, tetapi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendedahkan masih terdapat enam atau tujuh lagi ajaran sesat di negeri ini. Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, antaranya ialah ajaran Qardiani, Rufaqa dan tarikat Islam Jemaah 11 yang sedang dikesan dipantau dengan teliti para pegawai di jabatan tersebut. Bagaimanapun, jelasnya, jumlah yang sedang dikesan itu adalah jauh berkurangan berbanding terdapat 22 kumpulan ajaran sesat di Selangor pada suatu ketika dulu.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info
Nau'dzubillah!!! Sedih, hiba dan pilu mendengarkan, dewasa ini terlalu banyak ajaran-ajaran aneh terdampar di hadapan ummat islam. Di kala ummat islam, hari ini mula mencari sebuah penyelesaian terhadap kehidupan, mencari sebuah jawapan bagi ketidak adilan, bagi keterpurukan bagi kehancuran agama yang mereka anuti, ketika itu jugalah mereka terpaksa memilih hamparan ajaran-ajaran yang ada di Malaysia ini, termasuk di dalamnya ajaran yang sama sekali menyelewengi aqidah kepada Allah.
Ajaran sesat bukanlah ajaran yang remeh yang perlu didiamkan oleh ummat islam, apatahlagi seorang pemimpin, kerana sejarah (sirah) telah membuktikan kepada kita di mana pada zaman Khalifah Abu Bakar, beliau telah melancarkan kempen menangani golongan Riddah (orang yang telah murtad) dan nabi palsu dalam siri Peperangan Islam-Riddah (Perang Yamamah). Pada ketika itu, kita bisa melihat bagaimana Wahsyi membunuh Musailamah Al-Kazzab didalam perang tersebut. Kini, kita dapati berbagai-bagai aliran yang menyimpang dari ajaran Islam telah muncul kembali, di zaman serba moden dan effisyen ini. Ajaran-ajaran ini telah kembali menodai dan terdampar di hadapan ummat di kala ummat terkapai-kapai tanpa ada benteng aqidah, tanpa ada "Perisai" ajaran ini telah mulai kembali beraksi ganas.
Mari kita lihat satu persatu di antara ajaran sesat yang telah wujud di tanah air ini,
Pertama, ajaran ayah Pin, ayah pin mengaku dia tidak pernah belajar agama, Dia juga ada menyatakan " Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad saw yang berguru dengan Jibril". Dalam penyelewengannya yang lain dia membuahkan pandangan bahawa "Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segal kunci-kunci akhirat". Tiga dakwaan ini sahaja telah cukup membuktikan penyelewengan aqidah yang beliau bawakan kepada jemaah diakui adalah ahli syurga ini. Yang peliknya di mana letaknya akal manusia dan fitrah yang telah dipelajari oleh ummat islam, bukankah sedari sekolah telah di ajarkan kepada kita bahawa Muhammad Saw adalah satu-satunya khatamul nabiyyin (nabi terakhir), dimana pula letaknya ayat dalam quran menyatakan adanya keberwujudan ayah pin yang bisa berguru dengan Nabi Muhammad Saw dengan jibril. Bukankah secara logik akal yang waras kita bisa mengklasifikasikan bahawa apa yang di bawanya langsung tidak sesuai dengan fitrah manusia, tidak memuaskan akal dan tidak menenangkan jiwa. Namun tidak bisa di sini kita hanya menyalahkan pengikut atau penganut ajaran ayah Pin ini sahaja semata. Kerana kita perlu menilai kesalahan ini dari semua sudut dan aspek dari yang membenarkan keberwujudannya, yang menerima atau menganutnya, diamnya dan peluk tubuhnya seorang yang dinamakan pemimpin juga orang yang di segani di masyarakat seperti para ulama, faktor keadaan juga mempengaruhinya.
Kedua kita bedah kumpulan qadiani pula, atau ahmadiya / Ahmadi / Mirzai / Lahori /Muslim Ahmadi kesemuanya merujuk jemaah yang sama. Gerakan ini lebih merbahaya, kerana mereka bertopengkan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, tatkala semua orang berebut menyatakan diri mereka jemaah mereka adalah dari cabang Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ahmadiyya juga menyatakan perkara yang sama. Mirza Ghulam Ahmad dilahirkan di sebuah kampung bernama Qadian di utara India pada tahun 1839 dan berasal dari keluarga Islam. Dia merupakan seorang yang mempunyai penyakit jiwa dan mengubati dirinya dengan candu dan tonik arak anggur. Pemerintah Inggeris Indua mempengaruhinya menjual iman-nya bagi mendapat ganjaran dunia, mengakui dirinya adalah Nabi Isa Al masih, Imam Mahadi, seorang nabi dan bahkan mengaku dia mengaku bahawa dirinya merupakan jelmaan semula Nabi Muhammad Saw dalam bentuk dirinya untuk mengembang Islam. Kitabnya berjumlah 80 buah. Di antara dakwaannya dalam kitabnya "Ia merupakan kedatangan Nabi Muhammad SAW yang kedua kalinya bahkan lebih sempurna dan lebih berdarjat dari pengutusannya yang pertama (Roohani Khazain jilid 16 ms 272) Selain itu penganut Ahmadiyya tidak harus membezakan antara Mirza Ghulam dengan Nabi Muhammad kerana" sesiapa yang membezakan antara aku dan Mustafa (Nabi Muhammad) tidak pernah melihat dan mengenalku" (Roohani Khazain jilid 16 ms 171). Dia juga mengaku telah menerima wahyu "Muhammad Rasulullah wallazeena ashiddaohuu ala al kuffar rohamao bainahum" dalam mana tuhan telah menamakan aku Muhammad dan Rasulullah (Roohan Khazain jilid 18 ms 207). Nau'dzubillah... Kenyataannya amat merosakkan aqidah dan lebih parah pengikutnya diseluruh dunia telah mencecah 200 juta orang. Ini mungkin sekali adalah kerana mereka amat sukar di bezakan antara ummat islam yang bersaksikan pada Nabi yang satu Iaitu Muhammad Saw dan mereka. Perbualan mereka penuh dengan hikmah dan kasih sayang mudah di dekati dan bisa menarik hati ummat agar berpegang pada aqidah mereka. Mereka juga bisa solat di sekitar kita bisa berpuasa di ramadhan yang sama. Nau'dzubillah.
Ketiga kemaraan syiah. Syiah seperti mana yang kita ketahui ada diantara mereka yang mengkafirkan sahabat, meratapi kematian dan sebagai lainnya, namun di sini ada juga di antara mereka yang masih diterima, kerana hanya bercanggahan dalam pendapat yang tidak membawa kepada kekufuran atau penyelewengan aqidah. contohnya seperti zaidiyah dan ja'fariyah.
Ini juga termasuk tariqat muhammadiyah, al-arqam, ajaran ustaz Kahar, Ustaz Zul, dan lain-lainnya yang mencanggahi aqidah menyelewenginya hingga ada yang tidak mewajibkan solat (solat berdasarkan kepada niat semata), membakar al-quran melumuri kebadan, meminum darah, menghina rasul, pertapaan semata, dan sebagainya. Sungguh menyedihkan situasi yang terjadi ini.
Namun bukan sekadar itu yang kita bisa lihat dan ketahui, Terdapat lagi jemaah-jemaah lain yang juga merbahayakan, lebih mengharukan mereka ini bergerak dalam diam, semakin hari semakin menghakis dan merosakkan contohnya Jemaah islam Liberal. Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya apa itu Islam Liberal. Menurut Alonzo L. Hamby, PhD, Profesor Sejarah di Universitas Ohio, liberalisme adalah pahaman ekonomi dan politik yang menekankan pada kebebasan (freedom), persamaan (equality), dan kesempatan (opportunity). Keadaan ini sangat bercanggahan dengan doktrin-doktrin agama Islam itu sendiri. Mereka menyatakan mereka berpegang kepada Al-Quran namun berpendapat bahawa Al-Quran, Sunnah, malah Islam secara keseluruhannya perlu diinterpretasi semula agar sesuai dengan perjalanan kehidupan moden zaman ini (yang sekular).
Dalam menginterpretasi semula Islam, mereka dengan sengaja menggunakan istilah seperti Islah untuk merujuk kepada perubahan tersebut, sedangkan apa yang mereka maksudkan bukannya Islah tetapi merombak semula ‘dogma Islam’ yang membawa maksud merombak kepercayaan asas kaum muslimin dalam memegang Al-Quran dan Sunnah sebagai asas akidah. Mereka secara umum akan menekankan sifat manusia yang akan berbeza pendapat didalam menginterpretasi nas. Dengan justifikasi ini, mereka dengan sewenang-wenangnya menolak interpretasi imam-imam besar – mengatakan bahawa tafsiran imam-imam ini sudah lapuk dan tidak lagi relevan dengan kehidupan moden, tanpa memahami batasan-batasan usul didalam mengistinbath hukum dari Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan tanggapan ini, mereka dengan tanpa segan silu menolak hadis-hadis sahih dan ‘mencairkan’ isi Al-Quran dengan menolak ayat-ayat yang dianggap tidak relevan kepada realiti kontemporari.
Mereka ini, yang terus menuduh kaum muslimin yang berpegang kepada Islam yang haq dengan ‘radikal’, terlalu agressif, tidak memahami islam yang juga pentingkan kehidupan di dunia dan mendakwa juga sebagai 'terrorist'. Apa yang mereka perbuat adalah menginterpretasi Al-Quran secara literal hakikatnya berusaha untuk memperoleh pengertian yang sesuai dengan tanggapan mereka tanpa sebarang asas dari nas yang diinterpretasi. Mereka sebenarnya melakukan interpretasi yang hanya menekankan perbezaan yang merosakkan pemahaman hakiki Islam dan akan memecahbelahkan lagi kaum muslimin.
Seorang aktivis Islam Liberal Malaysia (Sister in Islam) pernah ditanya, tentang pakaiannya tidak menutup aurat, maka dia menjawab, “Yang penting pakaian taqwa”. Peristiwa ini berlaku di Hotel Selesa Indraloka, Pasir Gudang, Johor.
“Secara pribadi, saya selalu merasa berhubung terus dengan Tuhan ketika sedang menjalankan ibadah tertentu. Jadi benar dan salahnya biar Tuhan yang menilai. Misalnya, saya berpendapat bahwa minum Ubat ketika puasa tidak akan membatalkan puasa saya, dan itu saya berunding langsung kepada Allah. Sebab, saya menganggap yang membatalkan puasa adalah makan yang mengenyangkan. Kerana itu, hukumnya langsung saja saya serahkan kepada Tuhan.” - Ustaz Roy, aktivis Jaringan Liberal Islam (JIL), Indonesia
Dua peristiwa ini cukup menerangkan kepada kita tentang sikap mereka, yang sering memandang remeh kepada hukum syarak. Ini adalah kerana kelemahan ketara dalam kaedah istinbath hukum dan mereka membicarakan hukum syara’ mengikut apa-apa sahaja yang terhasil dari pemikiran mereka, dan hakikatnya mereka sendiri tidak mempunyai kaedah berfikir perundangan Islam yang benar. Kerana konsepsi sekularisma ini yang mereka bawakan yang dengan terang dan jelas "fashl ud-din anil hayat" memisahkan agama dari kehidupan maka akan lahirlah generasi akan datang sebuah generasi yang mungkin bukan sekadar menggugurkan bayi, berzina, merompak, membunuh, malah lebih teruk lagi. Hari ini sahaja kita lihat dengan realitinya semakin hari ummat islam semakin jauh dari islam, kalau dahulu tahun 1990-an sukar untuk kita fikirkan akan ada remaja berusia 7 tahun menjadi penjual dadah. Namun hari ini kita bisa lihat seorang imam juga bisa menjadi 'Bapak makan anak' apatahlagi menjual dadah. Kami bermohon kepadamu Ya Allah agar kau jauhkanlah situasi ini terhadap generasi kami akan datang!!! Amin!!
Setelah banyak kesesatan yang di rungkai, timbul persoalannya di sini, bagaimana mengenalpasti sesebuah ajaran itu merupakan ajaran sesat? Terpanggil bagi kami di sini di medan dakwah islam Mahasiswa dan mahasiswi semalaysia (Jundu asy-Syabab) untuk mengajak para pembaca yang budiman, para pembaca yang punyai ketulusan hati dan keikhlasan untuk mencari sebuah kebenaran demi mendapatkan erti sebuah kehidupan yang lebih baik untuk menelusuri dan menjelaskan pandangan berkaitan dengan melabelkan sesuatu gerakan itu membawa ajaran sesat atau tidak.
Bagi tujuan ini, kita perlulah mengunakan prosedur tertentu yang hanya didasarkan kepada pemikiran Islam yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Syariah Islam akan memastikan bahawa sebarang keputusan yang dibuat tidak dipengaruhi oleh mana-mana kepentingan atau motif tertentu. Penentuan sesat keatas seseorang atau sesebuah gerakan perlulah dilihat berdasarkan aspek aqidahnya semata-mata dan tidak dipengaruhi, seperti yang disebutkan, oleh motif-motif dan kepentingan tertentu.
Seperti mana yang telah kita ketahui, islam merupakan agama yang lengkap dan menyeluruh, iaitu deen yang telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW yang mengatur hubungan manusia dengan Allah dalam konteks ibadah dan Aqidah, mengatur hubungan manusia dengan manusia dalam konteks muamalat mahupun uqubat, dan mengatur hubungan manusia dengan dirinya dalam konteks akhlak, pakaian dan pemakanan. Dengan definisi ini kita bisa merumuskan bahawa islam itu sendiri adalah sebuah deen yang bisa menjadi penyelesai atau pengatur segala masalah urusan penganutnya, dalam segala hal.
Termasuk dalam permasalahan penentuan ajaran sesat islam punya jawapannya, ini bisa kita lihat dari bentangan seorang tokoh cendekiawan Islam dari Al Azhar yang menyatakan "Aqidah adalah seluruh pemikiran yang dibenarkan (mesti sampai kepada peringkat tashdiqul jazim) iaitu pembenaran secara pasti sebulat tanpa ada keraguan, sementara hukum syarak adalah seruan Allah (khitab syari'e) yang berkenaan dengan perbuatan manusia yang bertujuan untuk menyelesaikan seluruh permasalahan manusia (pemerintahan, penghukuman, sistem sosial, pendidikan dan ekonomi) "[Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani, Nizhamul Islam, Al-Quds, 1953].
Dalam prosedur untuk mengambil hukum syarak pengambilan hukumnya boleh qat’i atau ghalabatuz dzann (dugaan kuat yang tidak sampai kepada yakin atau pasti). Menolak hukum syara’ yang qat’i adalah termasuk perkara aqidah dan boleh menjadikan seseorang itu kafir atau sesat tetapi menolak hukum syara’ yang dzanni bukanlah termasuk didalam masalah aqidah dan tidak membawa kepada kekafiran atau kesesatan secara langsung.
Contohnya apabila seseorang ingkar dalam melaksanakan solat subuh dua rakaat akan merosakkan solat sama seperti meninggalkan solat dan ia adalah maksiat (derhaka) kepada Allah yang membawa kepada pelakunya mendapat dosa. Ingkar untuk membenarkan kaifiyat solat subuh dua rakaat adalah dari Allah akan merosakkan aqidah yang membawa kepada pelakunya dianggap kafir kerana hukum tersebut adalah berdasarkan kepada riwayat yang mutawatir dan jelas maknanya. Riwayat mutawatir akan menutup kemungkinan bahawa berita yang dibawa adalah salah kerana ia dibawa oleh banyak jalur perawi (lima jalur berlainan sebagai contoh) yang membawa kepada keadaan qat’i tsubut (kepastian datangnya berita). Kejelasan makna akan menutup kebarangkalian ia membawa lebih dari satu makna dan ini membawa kepada keadaan qat’i dilalah (kepastian makna). Apabila makna dan cara datang berita bersifat pasti ia akan menerbitkan tashdiqul jazim (pembenaran yang pasti) – dan ini adalah bahagian dari aqidah.
Manakala, solat dua rakaat sebelum solat maghrib adalah termasuk ibadat sunat (dianjurkan); ia termasuk hukum syara’ yang tidak berdosa jika ditinggalkan. Pengingkaran terhadap hukum solat tersebut tidak dianggap kafir kerana hukum itu ditetapkan berdasarkan dalil dzanni - bukan hadis mutawatir.
Selain itu, Hukuman potong tangan terhadap pencuri adalah hukum syara’ yang wajib dilakukan, meninggalkannya adalah berdosa dan mempercayai bahawa ia datang dari Allah adalah termasuk aqidah kerana hukum ini termasuk tashdiqul jazim - ia ditetapkan secara qat’i tsubut dan qat’i dilalah. Pengharaman riba adalah hukum syara’, mengambilnya adalah haram dan berdosa dan mempercayai bahawa ia datang dari Allah adalah termasuk aqidah kerana penetapan hukum ini juga termasuk tashdiqul jazim. Inilah perbezaan diantara aspek aqidah dan aspek hukum syara’.
Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. (Qs. al-Baqarah [2]: 85)
Ayat di atas ini sudah cukup jelas untuk kita sama-sama renungkan dan fikirkan di manakah kita yang ada pada hari ini.
Khatimah
Akhir kalam, sebagai umat yang telah dinobatkan oleh Allah SWT sebagai umat yang terbaik, kaum muslimin seharusnya menyediakan diri untuk menghadapi cabaran dan tentangan yang datang dari golongan seperti ini. Umat Islam perlu menyediakan diri melalui pemantapan pemikiran tasyri’ (hukum) yang hanya akan di perolehi dari tsaqafah islam yang benar yang mendasar kepada Aqidah islam yang benar yang bertauhidkan tuhan yang satu. Berbekalkan pemikiran ini, umat dapat melihat dengan jelas dan membezakan antara yang haq dan yang batil, yang benar dan yang keliru, yang sesat mahupun . Namun usaha ini hanya sebatas terhadap individu semata, apalah daya seorang manusia untuk menghadapi tentangan dan cabaran yang terhampar dengan luas di hadapan kita pada hari ini. Kerana itulah dalam masa yang sama kita perlulah berganding bahu bersatu padu bersama-sama berusaha untuk mengembalikan dominasi Islam di dunia ini. Hanya dengan penerapan Islam yang menyeluruh melalui penegakkan Khilafah ‘ala minhaj nubuwwahlah peristiwa kesesatan ini akan berakahir.
WAHAI KAUM MUSLIMIN!
Kami menyeru kepada anda semua, agar perteguhkanlah diri anda dengan pemahaman Islam yang secukupnya supaya jelas bagi anda bahawa hukum syara’ yang anda ikuti adalah hukum yang benar-benar dari Islam. Perkara-perkara yang anda yakini atau imani juga mestilah yang sampai kepada peringkat yakin atau tashdiqul jazim. Berwaspadalah dari terjebak kedalam kancah ajaran-ajaran sesat kerana ianya boleh menjerumuskan kita kepada kekufuran dan menyumbatkan pelakunya ke dalam neraka - na’uzubillahi min zalik (semoga kita dijauhkan darinya).
Marilah kita berdoa dan terus berusaha agar Daulah Khilafah Islamiyah akan berdiri dan menerapkan hukum syara’ yang benar secara kaffah, menjaga aqidah kita dari kesesatan dan berhukum hanya menurut piawaian syara’. Khilafah juga akan menasihati individu atau kelompok tertentu yang sesat untuk kembali kepada ajaran Islam yang lurus dengan cara dan niat yang benar tanpa ada maksud politik yang tidak Islami.
Wallahua’lam
Kami menyeru kepada anda semua, agar perteguhkanlah diri anda dengan pemahaman Islam yang secukupnya supaya jelas bagi anda bahawa hukum syara’ yang anda ikuti adalah hukum yang benar-benar dari Islam. Perkara-perkara yang anda yakini atau imani juga mestilah yang sampai kepada peringkat yakin atau tashdiqul jazim. Berwaspadalah dari terjebak kedalam kancah ajaran-ajaran sesat kerana ianya boleh menjerumuskan kita kepada kekufuran dan menyumbatkan pelakunya ke dalam neraka - na’uzubillahi min zalik (semoga kita dijauhkan darinya).
Marilah kita berdoa dan terus berusaha agar Daulah Khilafah Islamiyah akan berdiri dan menerapkan hukum syara’ yang benar secara kaffah, menjaga aqidah kita dari kesesatan dan berhukum hanya menurut piawaian syara’. Khilafah juga akan menasihati individu atau kelompok tertentu yang sesat untuk kembali kepada ajaran Islam yang lurus dengan cara dan niat yang benar tanpa ada maksud politik yang tidak Islami.
Wallahua’lam
0 Responses