Lagu itu...


    Lagu ini telah menghidupkan jiwaku
    Lagu ini telah menggetarkan hatiku
    Lagu ini telah menggerakkan diriku
    rentak hidupku berubah kerana lagu itu
    aku menjadi seorang yang hidup
    menggempur segala halangan
    berjuang kerana sebab yang SATU

    Aku sentiasa mengalunkan lagu itu
    ketika ku merasa jauh
    jauh dari Kekasih pujaanku..
    menjadikan rinduku semakin kuat pada Nya..
    keana lagu itu telah mengubah segalanya!
    begitu membekas pada sanubariku..

    Lagu itu adalah hidupku
    aku bergerak dan terus bergerak tanpa henti
    kerana lagu itu
    penangannya sangat hebat
    pasti menjatuhkan siapapun dia..
    kerana lagu inilah yang memutikkan rasa cinta
    menjadikan cintaku berbunga-bunga kepada Nya
    kerana lagu itu adalah Aqidah!

    Aqidah Islam yang pasti ku pegang erat
    Aqidah inilah yang menembungkan aku dengan aqidah yang lain
    membuatkan aku mempertahankannya
    sehingga menjadikan aku semakin yakin
    bahawa inilah pegangan yang sebenar
    inilah yang ku cari selama ini...
    kebenaran yang hakiki
    janjiku pada Mu,
    Aqidah ini adalah HIDUP dan MATI ku!

    by:pain_arrow

    0 Responses

Blog Widget by LinkWithin