Pada hari ahad, 4 Oktober 2009, Team Jundu Syabab (JS) telah bertandang ke 'Open House' (Rumah Terbuka) Hari Raya Aidilfitri dan Perasmian Pejabat Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) yang bertempat di Khilafah Center, seksyen 7, Bandar Baru Bangi.
Kami begitu berbesar hati kerana telah dijemput oleh sebuah gerakan Islam Internasional, begitu juga HTM telah menjemput tokoh-tokoh masyarakat, para imam masjid dan Surau, para aktivis-aktivis NGO Islam, pemimpin-pemimpin jemaah Islam yang lain, dan masyarakat sekitar secara umumnya.
Program bermula pada jam 12 tengah hari, dimana pengerusi majlis, Abu Syahid telah menjemput Al-Hafidz Latif untuk mengalunkan tilawah Al-Qur'an sebagai pembuka majlis, manakala Abu Irsyad menjadi penterjemah akan maksud yang dibacakan. Ayat Qur'an yang dibaca itu benar-benar menyentap jiwa dimana Allah memerintahkan umat Islam untuk mentaati-Nya, Rasul-Nya, dan Ulil Amri yang menerapkan hukum Allah dan Rasul. Mendengar ayat-ayat Allah ini, berderau jiwa kami melihatkan realiti hari ini dimana umat Islam sudah kehilangan pemimpin yang satu untuk meninggikan kalimat Allah dimuka bumi ini. Kemudian Al-Hafidz Latif terus mengalunkan bacaannya yang merdu dengan membacakan mengenai janji Allah kepada orang-orang yang benar-benar beriman, bahawa Allah pasti akan mengubah kedudukan mereka yang sedang ketakutan dan lemah, kepada kedudukan yang tinggi kembali! Bahawa inilah janji Allah yang pasti akan ditunaikan! Kelihatan hadirin yang menitiskan air matanya, kerana begitu gembira mendengarkan khabar gembira yang datangnya dari Allah! Allahu Akbar!
Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan Naqib Mahaliyah Bangi, Ustaz Hafiz Ismail. Beliau mula menceritakan tentang aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan di Khilafah Center (KC), dimana KC telah dijadikan tempat pengajian Tafsir Al-Qur'an secara harfiyah, sebuah kaedah pembelajaran memahami Al-Qur'an yang baru dan sangat mudah untuk difahami. KC juga telah menyediakan unit pameran telah banyak membuat pameran di berbagai masjid dan surau mengenai Bagaimana Khilafah diruntuhkan oleh pengkhianat Kamal Ataturk, hubungan antara Khilafah dengan alam Melayu, Janji Allah bahawa Khilafah akan ditegakkan, Kebangkitan umat Islam diseluruh dunia, termasuk membuat tayangan video Rintihan Umat Islam yang dibantai diseluruh dunia dan Kebangkitan Khilafah yang sangat hampir, link movie ini boleh dilihat disini,
http://www.youtube.com/watch?v=_k2aX-9j6H8&feature=PlayList&p=684A0636C28A78F6&index=0
Ustaz Hafiz Ismail juga menaikkan semangat para hadirin dengan menggambarkan tentang kejayaan umat Islam ketika di zaman Khilafah memerintah. Umat Islam adalah umat yang lebih awal mendirikan perpustakaan, dan universiti berbanding masyarakat Eropah yang sangat jauh ketinggalan. Didalam sebuah perpustakaan, bilangan bukunya melebihi 700,000 buah buku, sedangkan Daulah Khilafah telah mendirikan beratus-ratus perpustakaan. Hal ini membuktikan betapa pesatnya perkembangan ilmu ketika zaman kegemilangan umat Islam. Ketika itu, Khalifah telah menyediakan kemudahan kepada para ilmuawan dan cendekiawan untuk tujuan penyelidikan. Makanya, tidak dapat dinafikan akan besarnya perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Khilafah dalam bidang keilmuan. Malah, bagi sesiapa yang menulis sebuah buku, dia akan diganjarkan emas dinar seberat buku yang ditulis. Semakin berat dan banyak buku yang ditulis, maka semakin banyaklah habuan yang menanti. Hal ini tidak mungkin berlaku sekiranya tidak ada galakan dari pemerintah.
Kemudian majlis diserikan lagi dengan ucapan Amir Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Abdul Hakim Othman. Beliau telah memberikan ucapan yang benar-benar memberikan inspirasi kepada pendamba Khilafah, yang mahu melihat kebangkitan Islam di muka bumi ini, dimana beliau telah menggambarkan bahawa umat Islam telah mencapai kedudukan yang tidak terhingga mulianya, iaitu Daulah Khilafah yang dipimpin oleh Khulafa' Ar-Rasyidin, Khilafah Umaiyah, Khilafah Abbasiyah, dan Khilafah Uthmaniyah telah menjadi sebuah kuasa besar yang benar-benar memimpin dunia dan umat Islam menjadi begitu lemah, sehingga diinjak-injak pada hari ini juga berlaku kerana kehilangannya Daulah Khilafah.
Beliau kemudiannya memperkenalkan Hizbut Tahrir iaitu sebuah gerakan Islam global yang didirikan oleh Syeikh Taqiuddin an-Nabhani pada tahun 1953 di Al-Quds, Baitul Maqdis yang kini telah bergerak melebihi 40 buah negara samada di tanah-tanah muslim dan juga tanah-tanah yang majoritinya orang kafir termasuk di tanah arab, tanah afrika, nusantara, dan eropah. Tujuan Hizbut Tahrir didirikan adalah untuk "Mengambalikan kehidupan Islam" dimana kehidupan Islam itu hanya boleh menjadi realiti apabila Syariah diterapkan secara keseluruhan yang mana hal itu tidak mungkin terjadi sekiranya Daulah Khilafah itu tidak didirikan. Daulah Khilafah inilah yang akan menyelamatkan Umat Islam yang ditindas, dibantai, dibunuh, kebuluran, kemiskinan, masalah sosial, masalah pemurtadan, penjajahan kerana Khilafah adalah perisai bagi umat Islam.
Selepas itu, Ustaz Abdul Hakim memperkenalkan barisan kepimpinan Hizbut Tahrir Malaysia di negeri Johor, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan negeri-negeri yang lain. Kemudian beliau menyudahi ucapannya dengan merasmikan pejabat urusan Hizbut Tahrir Malaysia iaitu Khilafah Center yang bertempat di Bangi. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Abu Irsyad dan para hadirin kemudiannya dijemput untuk makan.
0 Responses