Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang
Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman
Lagu ini amat menyentuh perasaan, bagi mereka yang bergelar seorang wanita,
mahupun seorang lelaki. Liriknya amat mendalam, yalah sebagai seorang wanita muslim, itulah yang pantas baginya.
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri.
Sebagai seorang muslim yang beriman kita telah ketahui, bahawa tiada tuhan yang wajib disembah melainkan Allah, kalimah ini sentiasa tercalit di dada kita, di pemikiran kita, didokongi pula dengan keimanan kita yang sedia maklum bahawasanya Allah maha segalanya, tiada cacat celanya, makanya mustahil bagi Allah menciptakan kita, tanpa melihat tujuan kita diciptakan, tanpa ada aturan yang sentiasa sesuai untuk setiap zaman masa dan tempat, dimana dengannya kita hidup dalam keteraturan, selamat, dan barkah. Mustahil juga bagi Allah menciptakan peraturan tersebut tanpa menilai akan maslahat tanpa menilai waqiy yang akan dihadapi oleh hambanya.
Allah juga telah menciptakan antara manusia, terdapat perbezaan antara satu sama lainnya, ada yang berkulit hitam ada berkulit putih, ada yang gemuk ada yang kurus,
dan ada yang perempuan dan yang lelaki, perbezaan yang ketara ini tidaklah lain, bagi kita sebagai hambanya untuk saling memerlukan antara satu sama lain. Mustahil bagi Allah menciptakan manusia melebihkan seseorang dan mengurangi seseorang tanpa ada keadilan yang dizahirkan, sejak kita islam telah kita ketahui, bahawa Allah itu maha adil, lantas kerana apa kita berjuang hingga sanggup merosakkan Aqidah kita kepada tuhan.?
baru-baru ini contohnya telah di adakan seminar sister in islam, pembela atau perosak wanita?. dihadiri oleh kami jundusyabab juga syabab-uridu-khilafah yang dianjurkan oleh HIZBUT TAHRIR MALAYSIA usahasama IKATAN INTELEKTUAL NUSANTARA sungguh jelas dan rincih (mendtail) penerangan oleh 3 ahli panel tersebut. di antara isinya:
1. Dr M panelis pertama mengungkapkan tentang maslaah ummat pada hari ini.
di mana isu kartika di bangkitkan, isu poligami di bangkitkan, penjelasan dari sis yang menolak hukum Allah, menolak khitab syarie dengan tanpa memikirkan lagi Aqidah mereka, contohnya, menyatakan hukum syariat ke atas kartika melanggari hak asasi manusia, pakaian islami tiada yang ada adalah pakaian takwa (bermaksud tidak perlunya menutup aurat, memakai khimar, memakai jilbab.). mengharamkan poligami, lebih sedih lagi ada di antara mereka menyatakan para mufassirin menafsirkan quran dengan diskriminasi gender. dan lain-lain problematika yang mereka lahirkan
2. Ustaz Ahmad merincihkan tafsiran songsang yang dibawakan SIS
tafsiran yang dinyatakan dan digunakan mereka merupakan tafsiran yang songsang, mereka menghina para mufassirin, seperti mana jemaah islam liberal, menyatakan bahawa para mufassirin menafsir ayat dengan akal yang dipengaruhi diskriminasi gender, menerangkan tentang thariqah yang benar untuk mengisthinbat hukum, menafsir, dan pandangan dan hujah yang dikeluarkan adalah hujah yang qatie, bersumberkan nas-nas yang qatie.
3. Ustazah Ummu panelis yang terakhir menyentuh hal ehwal wanita
menerangkan berkenaan wanita, kemuliaan dan keadilan dari islam, islam tidak pernah mendiskriminasikan wanita, malah islam amat memuliakan wanita, pakaian wanita apabila diluar rumah iaitu hanya jilbab dan khimar. dan pandangan yang sewajarnya bagi muslimat dalam mengharungi kehidupan di dunia untuk mendapatkan kebahagiaan yang kekal di akhirat.
seminar ini mendapat sambutan yang menggalakkan di hadhiri oleh ratusan orang, walaupun keadaan dewan agak panas dan bergema para pencinta kebenaran yang menhadhirkan diri tidak berpatah arah terus mendengarkan diskusi sehingga akhir, dan majlis ditutup dengan bacaan doa oleh Ustaz Farkhan, dan laungan keramat takbir!!!
______________________________________________________________
terpanggil ana untuk membawakan sebuah hadith dari Rasulullah:
Dari Hudzaifah Ibnul Yaman Radhiyallahu Anhu berkata
Manusia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang kebaikan, sedangkan aku bertanya kepada beliau tentang keburukan karena khawatir jangan-jangan menimpaku. Maka aku bertanya ;
Wahai Rosulullah, sebelumnya kita berada di zaman Jahiliyyah dan keburukan, kemudian Allah mendatangkan kebaikan ini. Apakah setelah ini ada keburukan ?
Beliau bersabda : ‘Ada ’.
Manusia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang kebaikan, sedangkan aku bertanya kepada beliau tentang keburukan karena khawatir jangan-jangan menimpaku. Maka aku bertanya ;
Wahai Rosulullah, sebelumnya kita berada di zaman Jahiliyyah dan keburukan, kemudian Allah mendatangkan kebaikan ini. Apakah setelah ini ada keburukan ?
Beliau bersabda : ‘
Aku bertanya : Apakah setelah keburukan itu akan datang kebaikan ?
Beliau bersabda : Ya, akan tetapi di dalamnya ada dakhanun.
Aku bertanya : Apakah dakhanun itu ?
Beliau menjawab : Suatu kaum yang mensunnahkan selain sunnahku dan memberi petunjuk dengan selain petunjukku. Jika engkau menemui mereka maka ingkarilah.
Beliau bersabda : Ya, akan tetapi di dalamnya ada dakhanun.
Aku bertanya : Apakah dakhanun itu ?
Beliau menjawab : Suatu kaum yang mensunnahkan selain sunnahku dan memberi petunjuk dengan selain petunjukku. Jika engkau menemui mereka maka ingkarilah.
Aku bertanya : Apakah setelah kebaikan itu ada keburukan ?.
Beliau bersabda : Ya, Du’atun ala abwabi jahannam (Para Penyeru ke Pintu-Pintu Neraka Jahannam). Barang siapa yang mengijabahinya (mengikutinya), maka akan dilemparkan ke dalamnya.
Beliau bersabda : Ya, Du’atun ala abwabi jahannam (Para Penyeru ke Pintu-Pintu Neraka Jahannam). Barang siapa yang mengijabahinya (mengikutinya), maka akan dilemparkan ke dalamnya.
Aku bertanya : Wahai Rasulullah, berikan ciri-ciri mereka kepadaku.
Beliau bersabda : Mereka mempunyai kulit seperti kita dan berbahasa dengan bahasa kita.
Beliau bersabda : Mereka mempunyai kulit seperti kita dan berbahasa dengan bahasa kita.
Aku bertanya : Apa yang engkau perintahkan kepadaku jika aku menemuinya ?.
Beliau bersabda :Berpegang teguhlah pada Jama’ah Muslimin dan imamnya.
Aku bertanya : Bagaimana jika tidak ada jama’ah maupun imamnya ?
Beliau bersabda : Hindarilah semua firqah itu, walaupun dengan menggigit pokok pohon hingga maut menjemputmu sedangkan engkau dalam keadaan seperti itu”.
dari hadits ini.. bisa kita lihat kecocokannya dgn kondisi kita saat ini.. yaitu telah muncul fenomena du’atun ila abwabi jahannam atau para da’i yang menyeru kepada neraka jahanam.
Beliau bersabda :Berpegang teguhlah pada Jama’ah Muslimin dan imamnya.
Aku bertanya : Bagaimana jika tidak ada jama’ah maupun imamnya ?
Beliau bersabda : Hindarilah semua firqah itu, walaupun dengan menggigit pokok pohon hingga maut menjemputmu sedangkan engkau dalam keadaan seperti itu”.
dari hadits ini.. bisa kita lihat kecocokannya dgn kondisi kita saat ini.. yaitu telah muncul fenomena du’atun ila abwabi jahannam atau para da’i yang menyeru kepada neraka jahanam.
Apakah ciri-ciri mereka (du'atun ila abwabi jahannam) dalam bentuk yang lebih jelas:
- Mereka memeluk dien (agama) kita, akan tetapi batinnya menyelisihi.
- Mereka juga menyeru kepada umat untuk mahu melazimi suatu perkara yang mengajak serta menghasung manusia untuk menerimanya, dimana sebenarnya mereka mengetahui bahwa perkara2 tersebut tidak sesuai dengan syariat Islam. Contohnya mengharamkan poligami,
- menjadikan keadaan sebagai methode perubahan hokum tanpa lagi memerhatikan cara-cara pengistibathan termasuk caranya merukhsahkan hokum. Kerana dalam islam hanya darurat (hidup dan mati) sahaja diterima sebagai jalan merubah hokum, dari yang haram kepada halal. Itupun ada yang memberi pandangan rukhsah hokum akibat darurat hanya sepantas digunakan dalam aspek pemakanan. Seperti mana kita ketahui berkenaan menghalalkan babi kerana darurat tetapi itu sahaja bukan perkara yang mudah perincihannya sangat panjang. Namun pada hari ini, rukhsah itu bagaikan ingin digunakan pada setiap hokum tuhan, contohnya dalam persoalan pemakaian jilbab, nas dari quran dan sunnah terlalu banyak membuktikan hokum pemakaian wanita ini adalah wajib untuk berjilbab. Dan lebih menyayat hati pakaian ini bisa di taati dan dipakai dizaman lampau sewaktu islam terterap tanpa ada masalah, namun kerana kedengkelan akal mereka sanggup ingkari khitab syarie ini hanya kerana alasan keadaan tidak bersesuiaan.
- Dan banyak lagi, perkara yang haram dihalalkan, termasuk berhukum kepada thaghut.
- Kedaulatan di tangan rakyat
- Perjuangan menegak islam hanya sebatas negeri bukan untuk seluruh dunia, terbatas kerana asobiyah
- Sanggup mengadakan pesta yang menggadaikan aqidah, contohnya berkongsi raya, tidakkah antum pernah renungkan bertapa Rasulullah amat melarang akan hal ini, membawa keratan taurat sahaja sudah berdosa, apatahlagi merayakan bersama hari raya dalam 2 aqidah yang berbeza,
- Dan lainnya yang kesemua mencanggahi langsung nas atau dalil hanya bertuhankan kepada akal, mengungkapkan khitab syarie adalah zalim dan melanngaari hak manusia, namun sebat yang berat dikenakan itu terbaik.
Dengan ciri-ciri yang dinyatakan di atas tindakan mereka ini bisa masuk dalam kategori hadits tersebut, yakni para dai yang mengajak (umat) ke pintu-pintu neraka jahannam.. Na'udzu billahi min dzalik.
Syeikh Umar Bakri Muhammad mengungkapkan bahwa terdapat orang-orang Islam tetapi mempropagandakan idea-idea bukan Islam.. sifat dan perbuatan jahat orang-orang tersebut sudah tidak terhitung lagi banyaknya, bahkan mereka adalah ancaman paling berbahaya bagi keberadaan kaum muslimin dan kemunculan kembali khilafah, karena mereka adalah “ancaman” yang tidak terlihat (munafik). Menggadaikan nas, menggadaikan aqidah, walaupun telah di beritahukan.
Isyarat Nabawiyah yang paling signifikan tentang kemunculan ‘Para Penyeru ke Pintu-Pintu Neraka Jahannam’ (du’atun ala abwabi jahannam) sebagaimana diriwayatkan oleh Ath-Thabrani dari hadits Mauraq Al Ajali dari Ibnu ‘Umar , Ia berkata, Aku mendengar Rosulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya akan ada pada umatku tujuh puluh lebih da’i (para penyeru) semuanya mengajak ke Neraka, jika aku mau akan kukabarkan kepada kalian nama-nama dan suku-suku mereka"
Disebutkan pula dalam As-Sunnah ad-Daarimin pada Bab “Umar bin Al-Khattab”, bahwa Umar bin Khattab berkata:
“Ikatan Islam akan lepas satu demi satu pada diri seseorang muslim jika ia tidak mampu memahami apa itu jahiliah (apa-apa yang tidak diajarkan Islam/kebodohan/kesesatan).” Dengan demikian, seorang muslim selain perlu mengetahui tanda-tanda kemurtadan (Alaamatu Ar-Riddah) sehingga dia terhindar darinya, juga perlu mengetahui siapa-siapa yang menyeru kepada pintu-pintu neraka jahannam, agar dia tidak ikut terjerumus ke dalamnya.
Daripada penjelasan yang jelas dan rincih di seminar tersebut kami perolehi feedback yang sangat menarik daripada para tamu, contohnya kata-kata haji samsuddin;
"semua ngo perlu bekerjasama untuk memberitakan kepada ummat bahawa kerosakan dan kekuranghajaran sister in islam dalam merosakkan aqidah ummat"
Benar haji. kami amat bersetuju dengan pernyataan anda, namun yang ingin kami timbulkan disini tidak perlulah nanti kan ngo lainnya, mana pergi peranan ulama di Malaysia, mana pergi suara orang-orang alim. contohnya dalam soal hukum sebatan ke atas kartika, ada orang dari puak2 Tuan Guru Najib Tun Razak ada menyatakan kepada kita bahawasanya di Malaysia tiada orang yang berpengetahuan untuk melaksanakan hukum syariat terhadap kartika, ingin kami tanya kepada para alim ulama, kepada ustaz2, mufti-mufti yang dibayar gaji ribuan ringgit yang pulang mengaji dari Al Azhar, dari Kuwait, dari Syria, di mana suara antum, dimana ilmu yang antum pelajari dalam bidang syariah, masakan tidak antum pelajari bagaimana cara untuk melaksanakan hukum Allah. kalau begitu sia-sia sahajalah puluhan ribu yang antum keluarkan belajar di kejauhan dalam bidang tersebut. bukankah lebih baik antum pergi ke united kingdom pelajari ilmu robotik dan automasi daripada menuntu di Azhar tetapi tidak aplikasikan apa yang antum pelajari. kalau apa yang antum pelajari itu hanya sekadar untuk diamkan diri. kalau sekadar ilmu yang antum tidak ketahui haram hukumnya berdiam. lebih baik antum tidak menjawat jawatan sebagai mufti, sebagai ilmuan islam.
Sedarlah wahai orang-orang alim, para ilmuan islam, para mufti, antum adalah harapan ummat untuk menegakkan syiar islam. ummat telah meletakkan kepercayaan kepada antum. tetapi dalam isu ini manakah pergi suara antum? mana perginya kebijakan dan kecerdasan antum. adakah antum tidak takut akan hukuman dari sang pembuat hukum (Allah) kelak.
note: pertanyaan ini amat membuku dalam hati ana yang tidak ada kena mengena dengan Hizbut Tahrir atau mana-mana persatuan yang ada.
Bukan bermaksud untuk ana mengaibkan antum, tapi fikirlah apakah tujuan antum diciptakan di bumi, dan apakah tujuan antum di gerakkan Allah untuk mempelajari islam. kerana apa yang antum ada tidak di miliki oleh ummat pada hari ini. lantas untuk apa antum berdiam? janganlah menjadi seperti du'atun ila abwabi jahannam ini....
Dan kepada SIS yang pulang lebih awal sewaktu seminar, sedarilah bahawa mereka Hizbut Tahrir bukan ingin bermusuhan dengan antum, tetapi hanya bertujuan mengajak antum kembali kepada islam. janganlah merosakkan aqidah ummat. sedarilah antum adalah hamba Allah, janganlah antum berjuang lagi di atas jalan dakwah yang menuju ke neraka jahannam ini, seksaan ALlah amatlah berat bagi orang yang dimurkainya....
Sesungguhnya untuk pengetahuan antum, walaupun kalian buat laporan polis, walaupun kalian melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan syarak untuk menakot-nakotkan kami, kami para pejuang khilafah dan syariah, yang ada di seluruh dunia, bukan sahaja di Malaysia, tidak pernah takut akan segala ancaman. kerana apa yang kami bawakan hanyalah Islam agama kami tercinta, bukan kemungkaran, yang kami yakin jalan ini sahajalah solusi untuk memartabatkan kembali ummat islam sebagai ummat yang terbaik, menjadikan islam kembali sebagai rahmat kepada keseluruh alam.
Dan kami telah bersumpah dengan nama ALlah, kami akan terus berjuang walau mati menjemput kami di jalan dakwah yang dicontohkan daripada teladan kami Rasulullah yang kami amat cintai ini.
Kami para pejuang khilafah dan syariah menyeru kepada antum SIS, dan gerakan islam Moderate lainnya. kembalilah kepada islam agama tercinta, kembalilah saudaraku memegang aqidah islam yang benar, kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara. bukankah antum ketahui bahawa kematian tidak pernah menunggu masa, usia, tempat, dan jantina. sekiranya antum sedar akan hal ini kembalilah kepada islam yang kaffah, dan perjuangkanlah dengan sebenar-benarnya agar kelak kita bisa pulang dengan hati yang puas lagi diredhainya. amiin!!!
wallahua'alam..
0 Responses