Nasionalisme/Patriotisme/Kebangsaan/Perkauman/Racist/Asobiyah dan semua yg seerti dgnnya adlh seruan kepada keharaman, sedangkan Allah dan Rasul telah menyatakan di dalam Al-Qur'an dan Hadith,
”Siapa sahaja yang berperang di bawah panji kejahilan, ia marah kerana assabiyyah atau menyeru kepada assabiyyah atau ikut menolong (membantu) demi assabiyyah, kemudian ia terbunuh, maka matinya adalah mati Jahiliyyah” [HR Muslim]
Seruan Asobiyah ini juga telah menjadikan manusia itu bangga dan takbur ke atas keturunannya dan bangsanya, barangkali berasal dari keturunan raja, bangsawan, pahlawan, ulama' , bangsa yang berperang, bangsa penakluk dan menjadikan mereka yang tidak berasal dari keturunan yang ternama, bangsa yang ditindas berasa rendah diri, sedangkan Islam telah menjelaskan dengan penjelasan yang benar-benar mencerahkan,
“...sesungguhnya yang paling mulia (di antara) kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa (di antara) kamu...” [TMQ Al-Hujurat:13]
Taip perenggan yang hendak dipamirkan di sini
Maka apakah kalian akan menjadi mulia hanya kerana kalian berasal dari Kaum Melayu? Apakah kalian menjadi hebat disebabkan kalian adalah Bangsa Malaysia? Apakah kalian akan maju dengan berpegang-teguh kepada jiwa seorang Melayu atau Malaysia??? Pemikiran apakah ini? Pemikiran perkauman dan kebangsaan ini telah lama menjadi racun yang memecah-belahkan umat Islam kerana umat Islam bersatu kerana Aqidah Islam dan Ukhuwah Islam. Aqidah Islam yang mengajarkan pengabdian diri kepada Tuhan yang satu, Allah swt, kecintaan kepada Nabi Muhammad saw yang memperjuangkan kebenaran yang Haq, Al-Qur'an Al-Karim yang memberikan cahaya kepada kita, kepercayaan kepada Malaikat yang mencatat perbuatan yang baik dan ma'siat, Malaikat yang akan mencabut nyawa, kepercayaan kepada Hari Kebangkitan kita di hadapan Pencipta dimana kita akan disoal tentang segala perbuatan didunia, keyakinan kita terhadap Syurga sebagai balasan bagi orang yang beriman manakala Neraka sebagai siksaan bagi mereka yang ingkar, kepercayaan kita Taqdir yang telah ditetapkan Allah, semua ini akan menjadikan seorang Muslim itu manusia yang bangkit dan maju. Kerana apa? Kerana mereka telah memahami bahawa mereka mempunyai tujuan dan misi yang jelas tentang kenapa mereka diciptakan didunia ini, semuanya adalah kerana satu: IBADAH.
Tapi pemikiran apakah yang ditawarkan oleh Nasionalisme??? Perasaan membanggakan datuk nenek moyang yang telah berjaya sedangkan mereka semua telah MATI! Kemudian menyalakan perasaan bencikan kaum dan bangsa lain yang tidak sama warna kulit dengan mereka. Maka muncullah perasaan bencikan orang Cina dan India, semua yang dilakukan oleh orang yang berasal dari Cina dan India pasti serba tak kena. Muncul pula perasaan merendah-rendahkan orang Bangladesh dan orang Indonesia, kesimpulannya siapa yang paling hebat? siapa yang paling gah? ya...tentulah bangsa Malaysia! Kaum Melayu! kerana apa? tidak ada alasan lain kecuali kerana mereka berasal dari Bangsa Malaysia, sedangkan yang lain bukan Malaysia. Alangkah ceteknya pemikiran Asobiyah ini.. Hanya menghasilkan Bangsa Pendengki, Bangsa Pemarah, Bangsa Penghasut, Bangsa Pembenci, Bangsa Penyombong dan banyak lagi! Lihat, tidak ada satu pun kebaikan yang ditawarkan oleh Nasionalisme!
“Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kalian adalah satu dan bapa kalian pun satu. Tidak ada keutamaan orang Arab atas orang a’jam (bukan Arab) dan tidak ada keutamaan orang a’jam atas orang Arab, tidak ada keutamaan orang berkulit hitam atas yang merah dan tidak ada keutamaan orang berkulit merah atas yang hitam, kecuali dengan taqwa” [HR Ahmad]
Islam telah lama membebaskan manusia dari belenggu perhambaan kepada perasaan Asobiyah yang merosakkan kepada cahaya Islam yang pasti membawa kebahagiaan,
”... dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa Jahiliyyah), lalu Allah menyatukan di antara hati-hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam) maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa Jahiliyyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam)....” [TMQ Ali Imran:103]
Rab’i bin Amir, Hudzaifah bin Mihshin, dan Mughirah bin Syu‘bah ketika ditanya oleh Jeneral Rustum (Parsi) secara bergantian pada hari yang berbeza pada Perang Qadisiyah, di mana Rustum bertanya,
“Apa yang menyebabkan kalian datang ke sini?”. Mereka menjawab, “Allah telah mengutus kami untuk membebaskan/memerdekakan siapa saja dari penghambaan kepada hamba (manusia) menuju penghambaan hanya kepada Allah semata, dari kesempitan dunia menuju keluasanNya, dan dari kezaliman agama-agama selain Islam menuju keadilan Islam...” [Tarikh at-Thabari, II/401].
Nasionalisme Ajaran Sesat atau bukan?
Nasionalisme adalah pemikiran menyeleweng yang telah lama ditanamkan oleh Yahudi dan Barat Penjajah untuk memecah-belahkan umat Islam sekaligus melemahkan umat Islam. Sayangnya, umat Islam tidak melihat bahawa Nasionalisme merupakan suatu hal yang menyesatkan kerana mereka masih menunaikan solat, puasa, dan ibadah-ibadah yang lain. Tetapi, mereka tidak sedar bahawa apa yang mereka perjuangkan itu secara jelas telah bertentangan dengan Islam. Apabila Islam menuntut seorang Muslim untuk memperjuangkan dan menyerukan kepada Aqidah Islam dan penyatuan umat Islam, pejuang nasionalis pula sebaliknya membangkitkan sentimen Bangsa dan penyatuan bangsanya sendiri sekaligus menghasilkan benteng penghalang kepada penyatuan umat Islam diseluruh dunia. Mereka menyerukan semangat kebangsaan sedangkan mereka bahawa perkara yang mereka serukan adalah hal yang dosa dan ditegah didalam Islam,
”Siapa sahaja yang berperang di bawah panji kejahilan, ia marah kerana assabiyyah atau menyeru kepada assabiyyah atau ikut menolong (membantu) demi assabiyyah, kemudian ia terbunuh, maka matinya adalah mati Jahiliyyah” [HR Muslim]
Takutlah kamu kepada balasan Allah wahai umat Islam!!!
Taip bahagian pos selebihnya di sini
Categories
- Anti-Demokrasi (2)
- Anti-Feminisme (2)
- Anti-PTPTN (1)
- Anti-Sekularisme (2)
- Aqidah (4)
- Ayat-Ayat Revolusi (7)
- Contra Culture (3)
- Khilafah (1)
- mahasiswa ideologis (4)
- Motivasi Dakwah (3)
- Musuh Islam (2)
- Nafsiyah Islamiyah (4)
- Opini Ideologis (4)
- Palestin dan Khilafah (1)
- Perwira Umat (1)
- Politik Kampus (4)
- Prolematika ummah (10)
- Puisi Revolusi (1)
- Seminar Ideologis (5)
- Sistem Pendidikan Khilafah (3)
- Wanita dan Khilafah (6)
0 Responses