Musim haji ketika zaman khilafah adalah berbeza dengan musim haji sekarang. Haji pada zaman sekarang tidak ubah seperti anda pergi ke Mekah hanya untuk ibadah nafsi-nafsi, lalu pulang begitu saja. Lalu yang dihidangkan kepada umat setiap tahun hanyalah keajaiban-keajaiban yang berlaku di tanah haram tersebut dan lama-kelamaan lenyap begitu saja. Tak kurang juga ada yang berlaku syirik di sana mahupun selepas pulang menunaikan haji dengan mencari toyol atau membawa apa-apa yang dijumpai (contoh batu ke serpihan kain kaabah ke) di sana lalu percaya benda-benda sebegitu menyembuhkan penyakit, memberi jodoh malahan dijadikan pelaris perniagaan. Inilah hakikat umat yang semakin jauh daripada kehidupan Islam.
Ketika umat Islam masih mempunyai khalifah, musim haji merupakan musim yang dinantikan kerana umat berpeluang berjumpa dengan khalifah secara langsung. Ketika inilah umat akan mengadu tentang kezaliman atau kecuaian qadhi dalam melaksanakan tanggungjawab, perihal tidak cukup makan dan sebagainya secara terus kepada khalifah. Musim haji juga khalifah akan mengisytiharkan cuti umum untuk daulah dan khalifah sendiri akan mengiringi jemaah sehingga ke Mekah. Selepas tamat ibadah haji, umat akan berhimpun untuk berjumpa dengan khalifah, bertukar pandangan dan memberi laporan. Boleh dikatakan musim haji ini tidak ubah seperti AGM (Annual Grand Meeting) kerana ketika inilah khalifah akan meminta segala laporan dari gabenor atau qadhi dari seluruh daulah.
Selain berperanan sebagai AGM, musim haji juga ialah musim di mana umat akan merapatkan ukhuwwah sesama mereka kerana saat inilah umat dari seluruh pelosok dunia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dari pelbagai keturunan, kaya dan miskin datang berkumpul. Allah berfirman;
"Wahai manusia! sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal". (al-Hujurat:13).
Ikhwanul kareem rahimakumullah,
Ya ummatan wahidah,
saatnya anda untuk melihat umat ini berubah ada di tangan anda. Allah berfirman;
Musim haji juga ketika zaman khilafah, umat berpeluang untuk berjalan dan berziarah ke kawasan-kawasan bersejarah bagi umat Islam seperti kawasan di mana Bilal bin Rabah diseksa dengan cara dijemur di tengah panas, kawasan di mana nabi mula mendirikan kutlah siyasah untuk perjuangan Islam yakni rumah al Arqam ibn Al-arqam, gua di mana baginda beruzlah, rumah para sahabat, jabal uhud dan pelbagai lagi tempat-tempat bersejarah yang melambangkan keagungan syiar Islam. Malangnya ketika ini umat tidak lagi dibenarkan ke tempat-tempat sedemikian atas alasan untuk mengelakkan perbuatan syirik. Lihatlah betapa liciknya kerajaan saudi selaku anjing kepada kuffar barat ini menghalang umat daripada bangkit untuk menghayati perjuangan baginda dan para sahabat dahulu. Bukan sahaja dihalang, malahan sebahagian lambang syiar Islam ini dihancurkan atas alasan pembangunan. Betapa kejinya perbuatan mereka!
Ikhwanul kareem rahimakumullah,
lihatlah bahawa umat hari ini memandang haji itu hanya sebagai ibadah ruhiyyah semata. Tidak lagi menjadi pertanyaan di hati mereka di manakah ketua mereka tatkala mereka berkumpul di sana, malahan majoriti daripada mereka pergi dan pulang membawa semangat assobiyah yang sama dan mungkin lebih menebal apabila pulang ke tanah air masing-masing. Lebih teruk lagi bila masa yang terluang selepas tamatnya ibadah haji dimanfaatkan dengan membeli belah!
Ya ummatan wahidah,
saatnya anda untuk melihat umat ini berubah ada di tangan anda. Allah berfirman;
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu berusaha untuk mengubah apa yang ada pada diri mereka"
Mari kita berusaha untuk mengubah kaum@umat ini kembali kepada kemuliaannya seperti dahulu. Mari kita berusaha untuk menjadikan umat ini wahidah seperti dahulu. Usahalah apa yang kita termampu dan sentiasa berusaha dengan usaha yang lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa yang kita lakukan diperkira oleh al-Khaliq sebagai amal soleh di sisi-Nya.
0 Responses