Ketakutan Kaum Kuffar Terhadap Kaum Muslimin Semakin Terserlah

    Warga Switzerland mahu haramkan menara masjid

    GENEVA: Keputusan rasmi pungutan suara semalam menunjukkan, lebih 57 peratus penduduk Switzerland menyokong cadangan larangan menyeluruh terhadap pembinaan menara masjid di negara itu.

    Menurut agensi berita ATS, hanya empat daripada 26 daerah di negara itu menolak cadangan dikemukakan Parti Rakyat Switzerland (SVP) yang berhaluan kanan.

    Menurut SVP, menara masjid melambangkan ‘keinginan politik dan agama untuk berkuasa’.

    Pungutan suara itu dilakukan selepas SVP mendesaknya dengan mengemukakan 100,000 tandatangan selama 18 bulan.

    Kerajaan bertegas menolak gesaan itu kerana ia boleh ‘merosakkan imej Switzerland’. - AFP

    Komentar:

    Minaret atau menara masjid merupakan salah satu daripada lambang syiar Islam yang diterapkan sebagai salah satu elemen penting dalam pembinaan sebuah masjid. Betapa agungnya ciri-ciri syiar Islam ini sehingga kaum kuffar turut terasa 'aura' kemuliaan dan kekuasaannya sehingga mereka terpaksa membuat partition untuk mengharamkan pembinaan minaret bagi setiap masjid di Switzerland. Lihatlah wahai orang-orang yang berakal! Sekiranya kaum muslimin kembali menerapkan Islam yang kaffah (bukan setakat seni bina Islam), sudah pasti kegentaran mereka bertambah-tambah lagi sehingga mereka akan tunduk dengan membayar jizyah (InsyaAllah).

    0 Responses

Blog Widget by LinkWithin