Buktikan Kewujudan ALLAH!


    Kita berasa sedih pada hari ini
    diatas ramainya umat Islam yang murtad
    ramai yang diperdaya missionaris paderi kristian
    Ayah Pin
    Rasul Kahar
    dan Ajaran2 sesat yg lain
    tidak sedikit yang jatuh rebah
    menggadaikan agamanya
    kerana tidak mampu memberikan
    hujah rasional
    serta argumen yang meyakinkan
    kerana ramai yg tidak memahami Islam
    mereka tak dapat nak buktikan bahawa Islam adalah agama yang paling benar
    Allah adalah satu2nya Tuhan bagi seluruh makhluk
    akhirnya,
    bila orang kafir datang berhujah dengan mereka,
    mereka tumbang

    "Buktikan bahawa Allah tu wujud!"

    tak boleh???

    perkara seperti ini banyak terjadi sebab mereka ni hanya mengambil Islam kerana ibu bapa mereka Islam, lahir2 dah Islam, Islam keturunan,
    mak bapak plak tak nak ajar kat diorang
    malah diorang sendiri pon tak tahu nak ajar kat anak2 diorang
    last2, serah 100% ustazah kat sekolah untuk ajar
    Ustazah pulak, bila ada student soal, tak boleh nak jawab!
    aduh!
    parah...

    pelik bila kita dengar orang atheis, komunis, free thinker kata
    Tuhan tak wujud!
    Alam ni terjadi dengan sendirinya!
    semua ni terjadi kerana kebetulan saja!
    apa semua ni???
    kita datang dari mana?
    mak bapak kita yang lahirkan kita
    mak bapak kita datang dari mana?
    datuk nenek kita
    datuk nenek moyang kita datang dari mana?
    Nabi Adam
    sebelum Nabi Adam?
    Big Bang

    Big Bang terhasil dari letupan atom yg menghasilkan langit dan bumi, air, planet2,
    maka semuanya jadi dengan sendiri....
    siapa yang buat big bang?
    terjadi dengan sendiri......
    semuanya akan ber'evolusi'
    bagi orang atheis
    manusia setelah mati akan berevolusi jadi kuman2, bakteria
    tumbuh2an
    haiwan
    semuanya berevolusi
    makanya, tidak akan ada penamat!
    Tidak ada awal dan tidak ada akhir!
    Tiada Pencipta yang menciptakan!
    Tiada Hari Akhirat!
    Inilah pandangan dangkal orang atheis
    pagan

    pelik bin hairan bin ajaib

    kalau macam tu, tiba2 boleh ada kerusi!
    tiba2 muncul kipas!
    secara kebetulan ada kereta!
    robot!
    kapal terbang!
    tak kan la semua ni terjadi dengan sendiri....

    sebuah bangunan
    yang tinggi
    pasti ada engineer,arkitek serta buruh2 yg membuatnya....
    apabila kita melihat KLCC yang tinggi,
    kita kagum
    hebatnya otak2 orang yang membuatnya
    makanya,
    adanya rumah2, robot2, membuktikan adanya penciptanya!
    inventornya!
    jadi,
    apabila kita melihat gunung-ganang,
    bukit-bukau,
    sungai2 yang mengalir, air terjun yg deras
    laut yg kebiru2an
    langit2 yang teguh tanpa ada tiang2 yang menyokong!
    tumbuh2an yang hijau!
    haiwan2 yang pelbagai
    manusia yang bermacam2 rupa
    semua ini memberi petunjuk bahawa pasti ada pencipta yang menciptakan semua ini
    pastinya Dialah yang Maha Menciptakan
    Maha Berkuasa
    Maha Tinggi
    Maha Besar
    kerana tidak ada manusia yang mampu membuat semua perkara tersebut
    maka selayaknyalah kita mengagungkan Dia
    menyucikan Dia
    kerana kita sangatlah kerdil disisi-Nya

    melihatkan kita sendiri
    membandingkan diri kita dengan rumah kita
    membandingkan diri kita dengan kawasan perumahan kita,
    dengan bandar kita
    dengan negeri kita
    dengan negara kita
    dengan benua asia
    dengan bumi
    dengan planet2
    cakerawala
    bintang2
    matahari
    bulan
    alangkah kerdilnya kita!!!
    alangkah luasnya alam ini!
    alangkah besarnya Tuhan!
    maka kenapa kita masih sombong???
    kenapa kita masih berasa bahawa kitalah yang paling besar???
    sedangkan lalat yang kecil pun kita tak mampu nak buat!
    bukankah kita berasal dari air mani yang hina???
    Maka dimanakah ruang yang membolehkan
    untuk meninggikan diri ini???
    alangkah lemahnya manusia...

    apabila kita melihat tapak kaki kucing diatas pasir
    melihatkan bentuk tapak tersebut
    kita pasti dapat mengagak
    kita akan berasa yakin bahawa
    ada seekor kucing yang melalui jalan tersebut
    walaupun kita tak nampak kucing itu!
    tapi kita tahu bahawa kucing itu ada!

    apabila kita melihat siang dan malam yang berubah, berganti2
    bulan yang mengelilingi bumi
    bumi yang mengelilingi matahari
    planet2 yang berputar pada kedudukannya yang tetap
    tak pernah terlebih
    tak pernah terkurang
    siang dan malam yang tetap 24 jam!
    tak lebih dan kurang walaupun sedetik!
    Subhanallah!!!

    tidakkah kita terfikir bahawa pasti ada pengatur yang mengatur semua ini!
    di sebalik semua ini, pasti ada pengatur yang Maha Besar yang mampu untuk menggerakkan segala planet2, bumi, bulan, matahari yang ada!
    bayangkan, sekiranya bumi tergelincir sedikit, berubah kedudukannya, mendekat dengan matahari,
    pasti akan terbakar seluruh yang ada dibumi ini, akan hilang segala hidupan yang ada, menjadi kering kontang
    andainya bumi menjauh sedikit sahaja dari matahari
    pastinya mati segala makhluk yang ada kerana teramat sejuknya

    bagaimana bumi boleh tetap berada pada kedudukannya???
    bagaimana planet2 boleh tetap berjalan pada kedudukannya?
    bagaimana siang dan malam boleh tetap berganti tanpa terlebih sedikit pon???
    Pastinya bumi, bulan, matahari, serta planet2 tersebut patuh, tunduk, dan menyerah, pada Penciptanya
    pada Pembuatnya
    pada Pengaturnya
    yang satu
    itulah Tuhan

    dan Tuhan itu tidak mungkin ada banyak
    seperti yang dikatakan oleh penganut agama Hindu
    Tuhan itu tidak mungkin ada 3
    seperti yang diclaim oleh org kristian

    kerana kalaulah Tuhan itu cuma ada dua
    pasti hancurlah alam ini
    kenapa?
    sedangkan raja2 dan presiden2 yang ada saja dah bergaduh
    dab berperang
    nak menunjukkan siapakah yang lebih kuat
    sehingga hancur bumi Afghanistan
    Iraq
    Palestin
    Bosnia
    Chechnya
    apakan lagi Tuhan
    yang Maha berkuasa
    pasti segala yang ada akan dihancurkan!
    Tuhan A nak satu hari 48 jam!
    Tuhan B nak 1 jam!
    Tuhan A nak Bumi pusing ikut arah jam
    Tuhan B nak bumi pusing lawan arah jam
    sudahnye?
    bertembung segala planet yang ada

    dan
    tak mungkin juga sekiranya Tuhan ada anak
    Tuhan ada isteri
    kerana itu akan menunjukkan kelemahan Tuhan
    kenapa manusia perlukan mak bapak, adik beradik, anak2?
    kerana manusia tak boleh hidup seorang diri
    manusia tak mampu nak berdiri, hidup dengan dirinya sendiri
    manusia perlukan kasih sayang
    sebab apa?
    sebab manusia ni lemah!
    lemah-selemahnya!
    apakah Tuhan itu lemah?
    Tuhan pastinya Maha Kuat
    Maha Perkasa
    tidak ada cacat celanya
    andai saja Tuhan ada anak
    maka siapakah Mak Bapak Tuhan???
    Siapakah datuk nenek Tuhan?
    Moyang?
    dan ia tak akan habis
    sedangkan Tuhan tidak mempunyai permualaan mahupun pengakhiran
    Tuhan itu adanya abadi, azali!

    semua hal ini sangat tak boleh diterima oleh akal kita yang waras
    dan pemikiran yang logik
    sekiranya dikatakan bahawa Tuhan tak wujud, Tuhan banyak, Tuhan ada anak
    hanya dengan menggunakan akal fikiran yang jernih
    dengan berfikir sejenak
    pasti kita akan menolak pemikiran2 yang pelik itu
    hanya mereka yang diselubungi hawa nafsu sahaja
    yang tidak mahu mengakui kebenaran itu!

    buktikan kewujudan angin!
    nampak tak angin?
    tak
    tapi angin ada tak?
    ada
    bergoyangnya pokok menunjukkan bukti adanya angin

    buktikan adanya nyawa!
    tak boleh jugak...
    tapi nyawa ada tak?
    ada
    nyawa itu letaknya di mana?
    tak tahu
    tetapi nyawa itu, adanya pasti
    kerana apabila seseorang itu hidup, kita dapat memastikan bahawa dia mempunyai nyawa
    apabila dia mati, maka kita kata bahawa dia telah hilang nyawanya
    Tuhan itu dapat kita buktikan kewujudannya walaupun kita tak nampak keberadaannya!
    dengan melihat tanda2 kekuasaannya...
    Gunakanlah akal ini untuk memahami..
    Mata ini untuk melihat..
    Telinga ini untu mendengar..
    Janganlah kita menjatuhkan darjat kita
    ke taraf binatang!

    Alangkah mudahnya orang Arab Badwi
    membuktikan keberadaan Allah
    "dengan melihat adanya tahi unta saja
    dapat aku pastikan bahawa
    unta itu ada!"
    keberadaan alam ini adalah bukti adanya ALLAH!

    Tuhan itu adalah Allah
    kerana ia diterangkan di dalam Al-Qur'an melalui utusan yang dihantar oleh Allah kepada manusia, iaitu Nabi Muhammad saw
    Allah tak perlu datang kepada kita untuk memberitahu bahawa dia ada, menunjukkan bentuk-Nya, tetapi Allah telah menghantar Rasul kepada kita untuk menyuruh kita menyembah-Nya
    ok?
    http://www.islam101.com/tauheed/provingGodExists.htm
    http://saheefah.org/2007/12/01/beautiful-proofs-for-the-existence-of-allah/
    http://www.netcomuk.co.uk/~magamiet/Royal_Holloway_khutbahs/Br_Khaled/proofs_of_allahs_existence.htm
    http://www.sunna.info/Lessons/islam_378.html
    http://yaallahoo.wordpress.com/category/islamic-proof-of-existence-of-allah/

    0 Responses

Blog Widget by LinkWithin