Ibarat menakung bocoran di siling, airnya penuh, tukar bekas lain, tapi siling yang bocor tidak diganti-ganti. Begitulah analogi yang layak diberikan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM yang mengambil tindakan yang sangat sekular dalam membasmi gejala pembuangan anak haram. Pokoknya, perkara yang paling asas sekali iaitu masalah zina tidaklah dipandang bagaimana untuk diselesaikan, tetapi masalah pembuangan anak merata-rata itu yang diberi tumpuan. Kata mereka, jika tidak mahu jaga pun, sekurang-kurangnya beri kepada pihak yang mahu menjaga anak haram itu. Lama-kelamaan bukan sahaja masalah lambakan anak haram di pusat penjagaan anak haram oleh JKM pulak yang akan berlaku, tetapi masalah penzinaan pula semakin galak kerana apa nak dimalukan lagi dengan anak haram, sudah ada pihak yang sudi jaga! Tindakan JKM ini tidak ubah seperti apa yang diwar-warkan oleh kerajaan dahulu iaitu untuk memberi kondom dan jarum suntikan percuma untuk memastikan semua orang boleh berzina dan menyalahgunakan dadah secara ‘baik’ tanpa menyebarkan HIV.
Islam datang menyelesaikan segala masalah umat bermula dari akarnya, bukan hanya menyelesaikan simptom saja. Sebagai contoh, dalam masalah zina, Allah SWT berfirman dalam surah al-Isra’, “wa laa taqrabu az-zinaa..” (dan janganlah kamu menghampiri zina..). Allah menegah kita untuk menghampiri zina, bukan melakukan zina, bermaksud apa-apa muqaddimah yang menuju zina itu semua diharamkan, bukan saja perbuatan zina itu. Dan juga ayat dariapada surah an-Nur, “Qul lilmukminina yaghuddu min abshorihm wa yahfadzu furujahum..” (Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang mukmin supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka..”). Betapa cantiknya penyelesaian yang Allah berikan, tapi manusia sering berpaling dari penyelesaian mutlak ini. Dan juga Allah telah menetapkan melalui rasulNya bahawa hukum rejam hingga mati bagi penzina yang muhson dan di dalam surah an-Nur ada dinyatakan sebat 100 kali bagi penzina (bukan muhson). Penyelesaian yang diberi bukan saja sebelum zina itu terjadi, malahan selepas zina terjadi pun Allah telah memberi petunjuk bagaimana untuk menghukum para penzina ini.
Namun yang pasti sebanyak mana pun penerangan yang diberi bagaimana Islam mengatur kehidupan manusia, semua itu tidak akan berguna kerana hanya menjadi teori semata. Untuk melaksanakannya, haruslah kewajipan itu digalas oleh negara yakni sang khalifah. Amatlah mustahil untuk kita meletakkan harapan agar pemimpin sekuler yang sedia ada ini untuk menerapkan syariah, jadi hendaklah kita bersama membantu perjuangan menegakkan khilafah melalui thoriqoh Utusan Allah agar sang khalifah segera muncul untuk melaksanakan hukum Allah dan menyebarkan rahmat ke seluruh alam. Bagaimana? Layari mykhilafah.com untuk keterangan lanjut.

0 Responses