Persoalan Fundamental

    Artikel copy.jpg

    Persoalan kepada kaum Muslimin

    Jika kita membawa perbincangan tentang kejatuhan, kemungkaran dan kehinaan yang dialami oleh kaum muslimin saat ini, sudah tentu pelbagai pandangan yang akan dilontarkan mengikut pendapat masing-masing, antaranya;

    1) Masalah aqidah yang rapuh

    2) Kurangnya perhatian ibu bapa

    3) Tidak mendapat pendidikan tentang Islam

    Mari kita menganalisa jawapan-jawapan yang diberi, apakah sebenarnya masih ada jawapan yang konkrit yang lebih tepat daripada jawapan-jawapan di atas.

    Aqidah rapuh – tak dinafikan, aqidah yang tidak kukuh membawa kepada permasalahan umat dalam memahami Islam seterusnya menjauhi perkara-perkara mungkar. Akan tetapi, persoalan yang seterusnya ialah kenapa aqidah umat semakin merapuh? Kenapa perkara sebegini tidak terjadi di zaman Islam menguasai dunia? Ramai akan memberi solusi bahawa ditekankan lagi dakwah dan tarbiyah aqidah. Jawapan ini benar, tetapi persoalan seterusnya ialah apakah mampu pihak-pihak tertentu saja atau NGO saja atau gerakan-gerakan dakwah saja yang melakukan kerja kerja dakwah dan tarbiyah ini? Apakah mampu gerakan-gerakan ini saja untuk mentarbiyah seluruh kaum muslimin yang mempunyai masalah aqidah ini? Apakah gerakan-gerakan ini terdaya untuk mentarbiyah semua sekali? Dan persoalan seterusnya, apakah pasti orang yang sudah ditarbiyah itu terjamin untuk tidak akan tersasar ke jalan kemungkaran sekali lagi? Lagi persoalannya, apakah semua orang hendak menerima tarbiyah yang gerakan-gerakan ini bawa? Sedangkan ahli keluarga Rasulullah sendiri pun baginda tidak berkuasa mengajak semua sekali untuk beriman kepada Allah, apatah lagi kita manusia biasa yang tidak mempunyai mukjizat? Hal ini yang berlaku pada saat ini di mana gerakan-gerakan dakwah muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan dan dakwah juga semakin galak, tetapi masih ramai lagi umat Islam minum arak, coupling, zina malahan kemungkaran seperti ini berlaku di kalangan budak sekolah rendah dan semakin bertambah juga seiring dengan gerakan dakwah. Kenapa gerakan dakwah semakin bertambah, kemungkaran juga semakin bertambah?

    Cuba fikirkan sejenak, di manakah anak-anak muda banyak meluangkan masa mereka di kala usia dari 6-25 tahun? Mereka akan berada di pusat pendidikan pelbagai tahap. Jadi di sini juga mereka akan menerima pelbagai bentuk pemikiran baru yang akan membentuk mereka di masa hadapan. Di sini kita dapat membuat kesimpulan awal bahawa manusia yang rosak akhlaknya dilahirkan dari proses tarbiyah yang bermasalah. Hal ini bermakna, sistem pendidikan yang kita lalui ini tidak membentuk personaliti atau syakhsiah yang Islami. Kerana apa? Kerana sistem pendidikan yang SEKULAR. Walaupun adanya sekolah-sekolah agama yang mendakwa mereka tidak sekular, tetapi sekolah sekular lebih banyak daripada sekolah yang tidak sekular dan akhirnya budak sekolah agama juga terjebak dengan gejala yang dibawa oleh budak sekolah sekular seperti coupling, zina, khalwat, bunuh dan pelbagai lagi. Persoalan seterusnya, siapa yang bertanggungjawab atas pendidikan sekular yang diguna pakai yang menghasilkan umat yang rosak ini? Siapa lagi kalau bukan penguasa yang berkuasa menetapkan sistem pendidikan. Jadi kita selaku umat yang tidak berkuasa, apa yang kita mampu lakukan? Adakah hanya dengan membangkang semata-mata tanpa dalil-dalil atau nas yang kukuh? Kita suarakan menggunakan majoriti suara umat supaya penguasa dengar suara kita. Berlandaskan apakah suara kita itu dan apa perubahan yang kita inginkan? Suara kita mestilah berlandaskan aqidah Islam dan perubahan yang kita inginkan bukan sekadar pada sistem pendidikan, malahan sistem pemerintahan secara keseluruhan mencakupi bidang ekonomi, hukuman, sosial, dasar luar negara dan dalam negara. Apakah sistem yang kita inginkan itu? Itulah sistem yang diajar oleh Allah dan Rasul-Nya, iaitu sistem khilafah. Dengan sistem inilah baru akan terhasilnya manusia-manusia seperti Ibn Sina, Ibn Haytham, Algebra, Imam 4 mazhab dan pelbagai lagi tokoh-tokoh dan ulama’ kaum Muslimin. Bila kaum Muslimin dapat disatukan keseluruhannya di bawah sistem khilafah ini, barulah impian kita iaitu membebaskan Palestin, Iraq, Afghanistan dan seluruh tanah kaum muslimin yang terjajah dapat dicapai. Jangan tahu berangan saja nak bebaskan Palestin tapi langkah-langkah yang tepat dan teratur tidak diambil. Sudahkah anda berfikir? Lakukan analisa anda sendiri bagi jawapan-jawapan yang lain di atas. Wallahua’lam.



    Taip bahagian pos selebihnya di sini

    0 Responses

Blog Widget by LinkWithin