Islam tidak membenarkan manusia membuat undang-undangnya sendiri (man made law)
kerana segalanya sudah termaktub, lengkap di dalam Al-Qur'an!
mengundi seorang wakil rakyat, bermakna telah memberi kebenaran kepadanya untuk membuat hukum, sekaligus menggantikan Allah sebagai satu-satunya yang layak membuat hukum!
Na'udzubillah...
Sedangkan Amerika menjaja Demokrasi ke tanah Iraq dan Afghanistan
sehingga darah-darah saudara kita mengalir!sumber bahan galian dirompak!
Hairan sekali, Umat islam di Malaysia masih sibuk memperjuangkan Demokrasi
Demokrasi telah menunjukkan kerosakannya selama lebih dari 50 tahun lamanya bertapak di Malaysia
segala kerosakan sosial
buang bayi
rogol
anak luar nikah
kemiskinan yang masih tak selesai, malah menjadi-jadi
adalah akibat dari penerapan demokrasi
pastinya penguasa tidak akan pernah mengambil berat soal rakyat
kerana sibuk mengenyangkan nafsu buas mereka!
Demokrasi telah menjayakan segala impian mereka!
Juga Demokrasi telah menunjukkan kerosakannnya di belahan dunia umat Islam yang lain
seperti di Turki dan Algeria
apa yang telah terjadi???
umat Islam Algeria habis dibunuh oleh tentera Algeria dengan bantuan Tentera Perancis
walaupun parti Islam telah memenangi pilihan raya pada tahun 90-an
umat Islam di Turki pada hari ini dipimpin oleh sebuah Parti Islam
tetapi apa yang terjadi pada Turki hari ini?
Adakah Syariah diterapkan???
Kemiskinan begitu parah sekali
Pengangguran yang begitu dahsyat...mencecah 3 angka juta pengangguran!
Turki sehingga kini masih bergembira melakukan latihan jet tentera bersama tentera Amerika dan Israel
Di kala umat Islam Palestin dibunuh, Presiden Turki daripada Parti Islam AKP masih berjabat tangan dengan presiden Israel La'natullah 'alaih...
Di kala Umat Islam di Iraq diperangi Amerika
Turki juga sibuk membantu membunuh saudara Islam berbangsa Kurdish....
Presiden Turki begitu senang melihat isterinya memakai Tudung
tetapi, para pelajar muslimah di universiti dan sekolah tidak dibenarkan langsung memakai mahkota kemuliaan meraka!
bagaikan hidup di kandang neraka!
mereka hanya diberi dua pilihan!
samada berhenti belajar, ataupun belajar tanpa Tudung!
Inikah Parti Islam yang didambakan memperjuang syariah???
Inilah akibatnya memperjuangkan syariah didalam bingkai Demokrasi.....
walaupun dah dapat kuasa, masih tak boleh nak terapkan syariah....
Apakah hukum syara' yang dah diterapkan oleh PAS di Kelantan???
Kedah???
Terengganu (masa dia menang dulu) ???
Perak (masa dia menang dulu) ???
Keadaan akan tetap berterusan macam ini, umat Islam akan dihinakan dengan demokrasi....
PAS menang dengan Demokrasi...tetapi dijatuhkan dengan begitu mudah oleh Demokrasi....
Jadi, tidak pernah ada orang yang berjaya menerapkan hukum syara' menggunakan jalan demokrasi!
Ternyata, eksperimen bahan uji kaji, demokrasi telah gagal!
hanya seorang sahaja yang pernah berjaya menerapkan Syraiah!
iaitu, Rasulullah saw!
hanya dengan menggunakan cara unik yang ditunjukkan oleh Rasulullah, iaitu jalan yang dipimpin oleh wahyu, akan memberikan kemenangan pada umat Islam...
Rasulullah saw telah berusaha meruntuhkan pemikiran jahiliyah
dan memperjuangkan pemikiran Islam yang mencerahkan
menyeleamatkan manusia dari kegelapan
dari kesengsaraan
pemikiran inilah yang menjadi asas kepada sistem Islam
ideologi Islam ini benar-benar dahsyat!
benar-benar mengagumkan!
ideologi ini telah membakar jiwa-jiwa seperti Singa Al-Faruq Umar Al-Khattab!
Hartawan Abdur Rahman bin Auf!
Tokoh Masyarakat Abu Baqar As Siddiq!
para pemuda berjiwa sekukuh besi!
Saidina Ali Karamallahu wajhah!
Saidina Mus'ab bin Umair!
Saidina Ja'afar bin Abi Talib!
Saidina Arqam bin Abi Arqam!
pengaruh Islam semakin meluas
dengan tersebarnya ideologi ini
idelogi ini telah membuatkan para pendukungnya berani mati kerananya!
ideologi ini benar-benar telah menggerakkan para pendukungnya
Sehinggalah umat bangkit kerananya!
dan umat yang pertama-tama bangkit ialah kaum Aus dan Khazraj!
sehingga Daulah Islam yang pertama berjaya ditegakkan!
tanpa kompromi!
tanpa power sharing!
tanpa kekerasan!
tanpa peperangan!
tanpa pertumpahan darah!
walaupun setitis!
tapi ia telah ditegakkan dengan senjata yang begitu unik sekali
iaitu PEMIKIRAN ISLAM
yang didasari dengan Aqidah Islam
Ayuh, bergerak wahai pemuda!
Nasib Agama ini berada di tangan Pemuda!
Hidup Matinya Deen ini, tergantung penuh pada para Pemuda!
0 Responses