Valentine's Day; Kenapa Pelik?


    Secara ringkasnya hari Valentine disambut oleh para kuffar kerana meraikan kejayaan paderi yang bernama saint Valentine atas jasanya kepada kaum kuffar dalam menjatuhkan pemerintahan kerajaan Islam di cordovan (Andalusia), tepatnya jatuh pada tarikh 14 februari setiap tahun. Walaupun umat Islam telah didedahkan dengan sejarah hari Valentine ini, namun yang menyambutnya masih lagi ramai anak-anak muda kaum muslimin. Dalam sistem kapitalis, hal ini tidaklah menjadi suatu perkara yang pelik seperti melihat anak kambing berkepala dua, akan tetapi yang sepatutnya menjadi perkara yang pelik lagi perlu dipersoalkan ialah kenapa sistem ini masih lagi ditatang sedangkan umat tahu dengan sistem yang ada ini kemaksiatan seperti hari Valentine ini tidak akan pernah berakhir dan tidak akan pernah menunjukkan tanda seakan-akan hendak berakhir.

    Pada tiap kali datangnya hari Valentine, pasti media-media tempatan akan mempromosikan paling tidak 1-2 muka surat tentang hari kufur ini. Dalam masa yang sama turut diselitkan juga sejarah hari Valentine di muka surat lain. Apa ini?? Lihat saja betapa bobroknya media umat Islam dalam kononnya hendak tunjuk baik memaparkan pandangan-pandangan segelintir golongan yang memberi pendapat Islami dalam masa yang sama turut memaparkan cara-cara untuk menyambut hari Valentine tersebut. KEJINYA! Inilah sistem kapitalis wahai umat sekalian. Perkara ini berlaku kerana mereka memandang manfaat yang mereka peroleh apabila memaparkan suatu berita (sambutan pembaca yang akan membeli), bukannya hendak mendidik umat.

    Belum lagi disentuh tentang pihak yang menguasai media. Apakah tindakan para pemegang tampuk kekuasaan? Apakah mereka bersungguh menghapuskan kemungkaran ini? Bila berlaku penzinaan dan khalwat, hanya pihak jabatan agama negeri saja yang turun padang dan ada sekali disertai pihak polis. Lebih kelakar lagi, ada pihak polis wanita yang tidak memakai tudung turun sama. Kenapa tidak ditangkap sekali polis wanita yang tidak memakai tudung itu? Hendak membantu mencegah kemungkaran, tapi dalam masa yang sama dia sekali melakukan kemungkaran terang-terangan dengan tidak memakai tudung? Pihak jabatan agama yang turun pula adakah telah melakukan muhasabah kepada anggota polis tersebut? Lihatlah umat betapa celarunya sistem yang diguna pakai untuk mengatur kehidupan hidup manusia sekarang. Perkataan 'maksiat' hanya diguna pakai untuk kes-kes tertentu seperti khalwat dan zina, tetapi tidak memakai tudung tidak dilihat sebagai perkara maksiat, tetapi sebagai perkara biasa dan hak kebebasan peribadi.

    Wahai umat Islam, sedarlah bahawa kemaksiatan semakin berleluasa, semakin menghancurkan manusia dan semakin hilanglah maruah diri umat Islam. Adakah dengan keadaan begini anda idamkan Palestin itu untuk dibebaskan? Adakah dengan sistem yang haprak ini anda mengharapkan kemaksiatan seperti hari Valentine ini akan berakhir? Adakah dengan sistem yang sekular jahanam ini anda mengharapkan orang yang memegang tampuk kepimpinan akan turun menghapuskan segala perkara yang bertentangan dengan Quran dan Sunnah ini? Lupakanlah sistem ini dan bergeraklah kita kepada sistem kitabullah dan sunnah Rasulullah, yakni sistem khilafah yang akan mengembalikan kehidupan yang diredhai Allah dan membawa rahmat ke seluruh alam.

    0 Responses

Blog Widget by LinkWithin