Alhamdulillah baru-baru ini UIAM telah melancarkan kempen aurah untuk berdakwah kepada student-student supaya sedar akan kewajipan mereka untuk menunaikan perintah Allah iaitu menutup aurat. Penulisan Jundu Asy-syabab kali ini adalahrtujuan untuk menambah lagi kesedaran kepada pembaca tentang keperluan suatu kuasa untuk ‘mengarahkan’ manusia ntuk tunduk kepada perintah Allah bukan sahaja dalam tuntutn k menutup aurat tetapi dalam segala aspek kehidupan. Alhamdulillah baru-baru ini UIAM telah melancarkan kempen aurah untuk berdakwah kepada student-student supaya sedar akan kewajipan mereka untuk menunaikan perintah Allah iaitu menutup aurat. Penulisan Jundu Asy-syabab kali ini adalah bertujuan untuk menambah lagi kesedaran kepada pembaca tentang keperluan suatu kuasa untuk ‘mengarahkan’ manusia untuk tunduk kepada perintah Allah bukan sahaja dalam tuntutan untuk menutup aurat tetapi dalam segala aspek kehidupan. Pembaca yang mulia, Tidakkah kita berfikir betapa peliknya negara yang kita diami ini yang diakui ‘Negara Islam’ oleh sesetengah pihak kerana dalam negara yang diakui ‘Islam’ ini gerakan-gerakan bukan kerajaan terpaksa bertungkus lumus mengadakan pelbagai kempen untuk mengajak umat kepada kehidupan yang Islami seperti kempen Aurat. Adakah Islam telah gagal mengatur umatnya dalam hidup bernegara sehingga terlalu banyak maksiat dan terlalu banyak perintah Allah dilanggar. Adakah Islam tidak mengajar umatnya hidup bernegara? Pastinya TIDAK! Islam itu sempurna mencakupi segala aspek kehidupan manusia termasuk dalam bernegara. Sesungguhnya Allah SWT berfirman;
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” [QS 5:3]
Wahai anak-anak muda kaum Muslimin, Lihatlah realiti ini dengan jelas. Betapa teruknya sistem kehidupan yang dilaksanakan di negara ini (dan juga di negara kaum muslimin yang lain) sehingga kemaksiatan bermaharajalela, coupling seolah-seolah telah dihalalkan oleh masyarakat, kemiskinan masih lagi tidak dapat dibasmi dan masih lagi ada anak-anak miskin yang tidak mampu ke sekolah sedangkan menuntut ilmu itu adalah wajib. Adakah dengan kehidupan yang teruk sebegini anda gelar negara ini negara Islam? Berapa ramai student UIAM yang tidak memakai baju mengikut hukum syara’? Kenapa universiti Islam ini pun gagal mentarbiyah pelajarnya memiliki syakhsiah yang Islami? Kerana akar sistem kehidupan ini yang sememangnya rosak telah dijadikan asas pembangunan negara. Idea-idea sekularism liberalism telah menjadi pegangan majoriti umat sehingga bentuk pendidikan yang Islami dengan tidak pun tidak dapat dibezakan oleh pelajar, apatah lagi umat. Tidakkah anda sebagai golongan pelajar yang mengaku Allah adalah tuhanmu dan Muhammad adalah rasulmu ini berfikir apakah Islam tidak mampu menyelesaikan semua ini? Buat pengetahuan anda, semua gejala maksiat dan kegagalan hidup yang terjadi hari ini telahpun diberi penyelesaiannya 1400 tahun dahulu! Tahukah anda semua bahawa tujuan utama Islam itu diturunkan adalah untuk mengatur kehidupan manusia? Tahukah anda kegagalan sistem kehidupan yang kita jalani ini adalah kerana sistem ini buatan akal manusia yang dangkal? Kenapa kita masih mahu hidup dalam sistem hidup yang gagal ini? Kenapa anda tidak mahu hidup dalam sistem yang menyediakan perubatan yang percuma, pendidikan yang percuma, yang tiada kemiskinan di dalamnya, yang manusia sangat takut untuk melakukan sebarang bentuk maksiat, yang menjanjikan kejayaan bagi kaum Muslimin untuk semua manusia tunduk di bawah tapak kaki mereka? Dan yang paling penting sekali mendapat redha Allah yang tidak putus-putus? Tahukah anda bahawa sistem itu adalah sistem khilafah?
Wahai para pelajar, Kami tidak ingin katakan “bantulah perjuangan kami”, “hulurkan bantuan anda”. Tapi kami ingin anda semua bergerak untuk mengubah sistem kehidupan ini bersama-sama kami kepada sistem khilafah yang menjanjikan kejayaan kita semua di dunia dan akhirat, yang tidak akan pernah menghampakan kaum muslimin kerana ini adalah sistem dari sang Pencipta manusia yang mengetahui kelemahan manusia. Ganjarannya adalah hak Allah untuk anda semua tuntut di akhirat kelak. Untuk mengetahui perkembangan perjuangan Islam secara global dan berita-berita mengenai dunia Islam, layari www.jundusyabab.blogspot.com dan www.mykhilafah.com.
Wallahua’lam.

0 Responses