Apabila Kaum Muslimin membincangkan Islam tidak berdasarkan konteks

    Antara punca umat Islam hari ini masih lagi mundur dan tidak bergerak-gerak ke arah kejayaan yang dijanjikan Allah adalah kerana mereka tidak memahami konteks mereka, atau dengan kata lain mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan, atau boleh juga dikatakan mereka tidak tahu apa yang Islam perintahkan untuk mereka menghadapi satu-satu keadaan yang tertentu. Perkara sebegini amat jelas berlaku dalam kehidupan masyarakat kaum Muslimin dan keadaan ini diterukkan lagi dengan ulama’-ulama’ yang mendiamkan diri mereka kerana takut ‘periuk nasi’ mereka menjadi periuk kera dan ustaz-ustaz yang asyik membawa perbincangan-perbincangan yang tak berkaitan dengan konteks umat Islam sekarang.

    Antara contoh yang boleh diberi ialah ketika sekarang masalah pembuangan anak haram semakin berleluasa, kaum muslimin masih lagi sibuk membincangkan perkara-perkara mandub yang nabi lakukan seperti hikmah kehidupan nabi mengembala kambing dan sebagainya. Adakah dengan mempraktikkan aktiviti gembala kambing yang nabi lakukan dahulu boleh membanteras kegiatan zina dan pembuangan anak haram yang berleluasa ini? Adapun perbincangan tentang isu semasa sangatlah sedikit yang dan penjelasan yang diberi masih lagi kabur. Antara contoh lain yan boleh diberi ialah masalah tanah umat Islam yang masih lagi belum dibebaskan daripada penjajahan kaum kuffar dan saudara mara kita dibunuh sesuka hati, kaum muslimin sibuk memikirkan dan membincangkan jihad ekonomi, jihad pelajaran, jihad itu dan jihad ini yang ternyata tidak membawa kepada jihad qital, menjadikan kaum muslimin ini buta dan terkapai-kapai dalam mencari penyelesaian yang tuntas, sedangkan Allah SWT berfirman;

    “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya. [QS 8: 60]

    “Dan berpengan teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu becerai-berai” [QS 3: 103]

    Dalam hal ini, para ulama’ memainkan peranan yang penting kerana suara mereka akan didengar oleh umat. Namun apakan daya, ulama’ sekarang tidak se’gah’ dan seberani ulama’-ulama’ dahulu seperti imam ahmad bin hanbal dan lain-lain lagi yang sanggup menyatakan kebenaran tanpa perlu takut kepada apa-apa pun melainkan Allah. Oleh itu, tugas para da’i sekarang ialah terjun ke dalam umat dan sampaikan kepada mereka penyelesaian bagi setiap masalah kaum muslimin dan penyelesaian tersebut haruslah konkrit dan cemerlang. Islam menyelesaikan masalah manusia secara terus ke titik permasalahan yang berlaku, bukan secara berkias-kias atau berbunga-bunga. Sebagai contoh, dalam menangani masalah ekonomi dunia yang berasaskan riba, Allah telah menjelaskan keharaman riba secara terus di dalam surah al-baqarah akan tetapi malangnya umat Islam masih lagi berdalih malahan cuba menghalalkan riba dengan alasan tidak berlipat ganda.

    “Allah membolehkan (menghalalkan) jual beli dan melarang (mengharamkan) riba” [QS 2: 275]

    Namun penulisan ini bukan bermakna untuk menafikan segala bentuk perbincangan asas-asas agama seperti perbincangan Rukun Islam, Rukun Iman, dan hal-hal munakahat. Cuma janganlah menjadikan perbincangan ini saja yang dibincangkan di masjid-masjid, tapi jadikanlah permasalahan umat Islam keseluruhannya sebagai perbincangan yang utama dan janganlah cuba berdalih atau menyembunyikan kebenaran dalam memberikan penyelesaian bagi umat. Dan sekarang yang pastinya umat tidak berhukum dengan hukum Allah maka penyelesaiannya ialah penerapan hukum syariat yang kaffah melalui kuasa besar sang khalifah. Umat Islam dibunuh hukumnya jihad (dalam hal jihad ada perbincangan khusus, bukan bom sana-sini membabi buta). Sistem sosial berdasarkan Islam (anzhimah al-mujtama’) juga harus diterapkan. Namun hal ini tidak akan berlaku selagi mana khilafah tidak ditegakkan.

    Jadi, sudahkan anda berfikir dan buat keputusan?

    0 Responses

Blog Widget by LinkWithin