Banjir Darah Kaum Muslimin di Seluruh Dunia!

    Darah kaum muslimin menitis setiap masa, mereka dibantai tanpa belas kasihan, dirobek-robek kehormatan mereka, sedangkan Rasulullah saw sendiri mengumpamakan bahawa darah kaum muslimin itu jauh lebih bernilai jika dibandingkan dengan runtuhnya ka’bah. Bukankah umat Islam adalah umat yang terbaik? Bukankah Allah telah menjadikan kita sebagai umat yang terbaik mendahului seluruh umat manusia? Apabila dikatakan umat yang terbaik, seharusnya ia adalah nombor satu, bukanlah nombor dua, tiga, mahupun yang tercorot! Tapi fakta yang menunjukkan hari ini sangat berbeza, bahawa umat Islam dibantai, dibunuh, dirogol oleh kaum kafir dengan begitu dahsyat sekali!
    Sebenarnya masalah yang melanda kaum muslimin ini bukanlah masalah remeh-temeh yang boleh kita campakkan begitu sahaja. Masalah yang melanda pada umat Islam dibahagian dunia umat Islam yang lain juga merupakan masalah kita yang harus kita selesaikan bersama kerana kita adalah umat yang satu. Kita tidak terpecah oleh apa jua sempadan, malah kita disatukan dengan aqidah Islam sehingga ke hari akhirat. Sebaiknya kita benar-benar memahami fakta yang berlaku di dunia umat Islam sehingga berupaya untuk membuatkan mata kita terbuka, telinga kita mendengar, dan hati kita merenung akan besarnya masalah yang menimpa umat Islam pada hari ini.

    Umat Islam Myanmar

    Ramai yang tidak mengetahui, bahawa pada Tahun 1982, di bawah pemerintahan Junta Burma, nasib Muslim Rohingya sekitar 3.5 juta orang yang kebanyakannya tinggal di Rakhine (dulu Arakan) menjadi malang apabila diluluskan satu undang-undang bergelar “Burma Citizenship Law of 1982” yang bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi di mana Muslim Rohingya telah tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah mereka diisytiharkan sebagai ‘pendatang’. Maka keseluruhan hak mereka dinafikan dan kaum Muslimin ditangkap secara besar-besaran, dipukul, disiksa dan dijadikan buruh paksa manakala kaum Muslimah pula dirogol beramai-ramai dengan cara yang ganas. Kaum Muslimin tidak dibenarkan terlibat dalam apa-apa perniagaan. Bukan setakat itu, malah pihak junta telah menyebarkan propaganda jahat dan segala informasi yang salah demi untuk memburuk-burukkan kaum Muslimin bagi mendapatkan sokongan penganut Buddha.
    Anak-anak kaum Muslimin telah dinafikan hak pelajaran mereka di luar dari Arakan (perlu dijelaskan di sini bahawa semua institusi pembelajaran profesional adalah terletak di luar Arakan). Jadi, pelajar Muslim dari Arakan langsung tidak berpeluang melanjutkan pembelajaran mereka. Undang-undang zalim ini telah menyebabkan bukan sahaja mereka tidak dapat menyambung pelajaran, malah ada yang langsung tidak dapat belajar (kerana tekanan ekonomi, penangkapan, penyeksaan dan lain-lain lagi) menyebabkan sebahagian mereka adalah buta huruf. Muslimah pula tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai yang dipaksa bekerja di berek-berek dan mereka ini sering dirogol tanpa belas kasihan. Pemerintah junta juga seringkali merobohkan sekolah-sekolah dan masjid-masjid sesuka hati mereka. Kaum Muslimin turut dinafikan hak dari segi perubatan samada di hospital mahupun di klinik-klinik dan mereka dipaksa membayar dengan harga yang terlampau tinggi untuk setiap kos rawatan yang ingin mereka dapatkan. Mereka juga langsung tidak dibenarkan terlibat samada di dalam politik atau pertubuhan sosial, malah mana-mana pertubuhan atau badan-badan kebajikan langsung tidak dibenarkan memberikan sebarang bantuan kepada mereka. Tidak cukup dengan ini, kaum Muslimin juga tidak dibenarkan menunaikan haji ataupun menyembelih korban semasa raya, bahkan mereka sering dipaksa untuk menanggalkan nama Muslim mereka dan diganti dengan nama Buddha.

    Lebih kejam, melalui ‘Pelan 20-tahun Pembasmian Rohingya’ (the 20-year Rohingya Extermination Plan), Majlis Negeri Arakan (Arakan State Council) di bawah kawalan langsung Majlis Negara Burma (State Council of Burma) telah melancarkan ‘kod operasi’ yang dinamakan ‘Naga Min’ (King Dragon Operation). Ini merupakan operasi terbesar, terkejam pernah didokumentasikan pada tahun 1978. Operasi ini bermula pada 6 Februari 1978 di sebuah perkampungan Muslim terbesar, Sakkipara di Akyab telah mengalami penangkapan dan pembunuhan besar-besaran kaum Muslimin, lelaki dan wanita, muda dan tua, penyiksaan, pembunuhan dan rogol di Akyab ini telah meresahkan kaum Muslimin di Arakan Utara. Dalam bulan Mac 1978, operasi telah mencecah ke Buthidaung dan Maungdaw. Beratus-ratus Muslim lelaki dan wanita dihumban ke dalam penjara dan ramai lagi yang disiksa dan dibunuh. Kaum wanita pula telah dirogol semahu-mahunya di pusat tahanan. Ketakutan melihat kekejaman yang tidak berperikemanusiaan ini menjadikan sebahagian besar Muslim Rohingya lari meninggalkan kediaman masing-masing dengan merentas sempadan Burma-Bangladesh.

    Sekali lagi pada 18 Julai 1991, kempen pembasmian etnik (baca: Islam) dilancarkan dengan nama kod ‘Pyi Thaya’ dan menyaksikan pembunuhan dan pemerkosaan kejam ke atas kaum Muslimin Rohingya, pemusnahan tempat tinggal mereka, termasuklah masjid-masjid. Keadaan ini sekali lagi memaksa Muslim Rohingya lari beramai-ramai meninggalkan kampung halaman mereka mencari perlindungan di Bangladesh. Bagaimanapun, kerana adanya perjanjian Bangladesh-Myanmar, sebahagian mereka telah dikembalikan ke Arakan, manakala sebahagian lagi masih hidup dalam buangan dan ketakutan. Setakat tahun 1999 sahaja, dilaporkan tidak kurang dari 20 operasi besar telah dilancarkan terhadap Muslim Rohingya oleh pemerintah junta. Laporan juga menyebut bahawa antara tahun 1992 hingga 1995, lebih dari 1,500 Muslim (kebanyakannya pemuda) telah dibunuh, manakala ribuan lagi telah ditangkap dan disiksa. Muslimah pula senantiasa menjadi mangsa rogol dan hidup dalam ketakutan. Masjid-masjid yang dirobohkan diganti dengan tokong-tokong dan penempatan baru penganut Buddha. Yang lebih menyedihkan, semua tokong itu dibina dengan peluh dan keringat kaum Muslimin yang dipaksa bekerja keras dan disiksa untuk menyiapkannya. Dalam masa yang sama, pemerintah ‘mencipta’ satu keadaan kebuluran di kawasan tersebut yang memaksa Muslim Rohingya keluar dari situ dan ada yang mati kebuluran.

    Dalam tahun 2001, keganasan dicetuskan lagi di Arakan di mana ratusan masjid dirobohkan dan 10 Muslim serta 2 orang penganut Buddha dilaporkan terbunuh. Rusuhan ini meletus antara lain kerana pemusnahan patung Buddha yang dijumpai di Lembah Bamiyan, Afghanistan oleh Taliban dan juga kerana tersebarnya pamplet yang memfitnah kaum Muslimin yang dilakukan oleh penganut Buddha dan anggota-anggota ‘State Peace and Development Council (SPDC)’ pimpinan Than Shwe (Ketua Tertinggi Junta). SPDC sememangnya terkenal dengan gerakan ‘anti-Muslim’ yang sering mereka lancarkan di mana ulama dan guru-guru agama Muslim Rohingya sering menjadi mangsa kekejaman mereka, selain dari wanita dan pemuda-pemuda Muslim. Kebanyakan dari pemimpin Muslim Rohingya sekarang ini sedang menjalani tempoh penjara yang lama atas dakwaan-dakwaan palsu yang diada-adakan terutamanya berkaitan kewarganegaraan.

    Selain rusuhan dan pembunuhan, propaganda anti-Muslim merupakan satu perkara rutin yang dimainkan oleh media kerajaan Myanmar. Setakat 2003, buku-buku dan pita-pita rakaman yang menghina Islam dan kaum Muslimin boleh didapati dengan mudah di seluruh Burma, malah ada yang diagih-agihkan secara percuma. Pemerintah Burma percaya mereka akan dapat menguasai Arakan selamanya jika Arakan berjaya ditukar kepada negeri Buddha sepenuhnya. Hasilnya, rakyat Burma dan penganut Buddha di Arakan khususnya yang telah diracun pemikiran mereka ini terus-terusan berusaha menghapuskan Islam dan kaum Muslimin Arakan. Pada tahun 2004, Muslim Rohingya telah dipaksa untuk mengamalkan ajaran Buddha dan mengambil bahagian dalam pelbagai upacara Buddha yang diadakan. Mereka dipaksa menyumbang (wang) di dalam setiap acara Buddha yang sering dianjurkan. Kawasan ibadat kaum Muslimin juga sering dicemari dengan dijadikan tempat menanam mayat penganut Buddha, manakala kaum Muslimin pula dipaksa untuk membayar wang bagi menanam mayat saudara mereka yang meninggal. Arakan Utara pula telah dijadikan zon tentera dengan pelbagai kezaliman yang mereka lakukan ke atas kaum Muslimin. Muslim dieksploit menjadi buruh paksa untuk membina pangkalan tentera, jalan, jambatan, tambak, pagoda, gudang, kolam dan sebagainya tanpa apa-apa bayaran. Kaum wanita pula mengalami ketakutan dengan kejadian rogol yang sering berlaku di kawasan tersebut samada oleh tentera atau pihak kontraktor yang ada.
    Di Algeria antara 8 Mac 1945 hingga 1963, seramai 1.5 juta umat Islam dibunuh oleh tentera Perancis. Manakala pada tahun 1947 pula dilaporkan lebih 3000 Muslim diseksa hingga mati, di samping 70,000 nyawa lagi syahid (mati) dan beribu-ribu wanita dirogol dan 100,000 lainnya dipenjara tanpa perbicaraan di Kashmir. Sementara dalam tahun 1992, sebanyak 100 ribu kaum Muslimin dibunuh beramai-ramai di Chechnya oleh Russia dan dalam tahun 1995 pula, lebih 8000 umat Islam dibunuh oleh pengganas Serbia yang diketuai oleh Ratko Mladic di Srebrenica, Bosnia. Dalam tahun 2002, pengganas Hindu merogol dan membunuh ratusan Muslimah dan anak-anak perempuan di Gujerat, India. Tidak hanya itu, selepas tahun 2001 (hingga kini) Amerika Syarikat terus mengganas dengan membunuh dan mencederakan jutaan umat Islam di Afghanistan dan Iraq melalui pencerobohannya atas dalih serangan 11 September. Lebih dari 1.36 juta warga Irak tewas sejak Amerika Syarikat menceroboh negara itu pada tahun 2003. Angka ini sepuluh kali lebih besar dari angka yang diumumkan oleh media-media massa di Amerika. Misi pembunuhan umat Islam diteruskan pula di setiap wilayah umat Islam yang bergolak seperti di Somalia, Darfur, Pakistan, Xinjiang dan beberapa wilayah lain lagi. Mereka yang terkorban bukan sahaja di kalangan lelaki dewasa yang berperang, malah Amerika juga, tanpa belas kasihan turut membunuh orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak. Selain yang terbunuh, ramai lagi yang ditangkap dan diseksa tanpa perikemanusiaan, baik di penjara-penjara terbuka mahupun rahsia. Semua ini sebenarnya merupakan episod pilu bagi umat Islam, bahkan ia lebih memilukan dari kematian akibat gejala sosial, memandang dari segi jumlah dan keadaan kematian mereka!

    Wahai Kaum Muslimin! Wahai para pemuda Islam!

    Sesungguhnya ini hanya merupakan secebis dari episod penderitaan keum muslimin apabila saudaranya mula mengabaikan saudaranya yang lain. Bergeraklah untuk mempertahankan kemuliaan umat Islam! Sesungguhnya umat Islam pada saat ini sangat memerlukan bantuan dari kalian semua! Apakah kita masih bisa berdiam diri sedangkan saudara se-Aqidah dengan kita dicincang-cincang oleh musuh-musuh Allah???
    Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk mempertahankan umat Islam daripada terus dibantai? Adakah dengan cara berdoa sahaja? Adakah dengan cara menghantar bantuan duit, makanan, ubat-ubatan, dan pakaian kepada mereka? Apakah dengan cara memboikot barangan buatan Amerika dan Israel? Adakah dengan cara meminta bantuan daripada OIC yang hanya menunggu dan melihat? Apakah dengan cara meminta bantuan daripada PBB yang sememangnya direka untuk kepentingan Barat dan Yahudi? Apakah dengan cara menunggu Imam Mahdi dan Nabi Isa dating???

    Semua persoalan ini akan terjawab didalam “Program Meniti Kebangkitan Islam” yang dianjurkan oleh Gabungan Siswa Siswi Intelektual Muslim pada hujung minggu ini, sabtu, 1 Mei 2010 . Untuk keterangan lanjut, sila hubungi gmnegara@gmail.com

    0 Responses

Blog Widget by LinkWithin