Setiap hari kita tidak pernah sunyi daripada berita-berita tentang kaum muslimin yang sentiasa dibantai dan dinoda oleh kaum kuffar dan juga kaum muslimin sendiri. Namun yang lebih menyayat hati lagi ialah pastinya kaum wanita (muslimah)yang mengalami penderitaan yang paling teruk tidak kira sama ada zahir mahupun batin. Inilah hakikat yang harus dilihat oleh semua kaum muslimin saat ini. Antara penderitaan yang dialami oleh golongan muslimah ialah;
Betapa teruk dan dahsyatnya nasib golongan muslimah hari ini di mana mereka sentiasa jadi mangsa dan mereka diserang dari semua penjuru tidak kira sama ada daripada kaum kuffar mahupun kaum muslimin sendiri yang sepatutnya melindungi mereka. Pernahkah anda berfikir, apa yang akan terjadi pula pada saudara-saudara perempuan anda? Pada anak cucu anda di masa hadapan? Lalu apakah penyelesaian bagi semua masalah ini?
Mungkin ada di kalangan anda yang berpendapat “kesedaran perlu ada, jadi setiap individu perlu diberi tarbiyah yang secukupnya tentang Islam”. Benar, setiap individu perlu ditarbiyah dengan Islam supaya mereka jelas tentang tujuan hidup mereka. TETAPI, bagaimanakah anda ingin mentarbiyah kesemua kaum muslimin? Melalui nasyrah? Melalui website dan blog? Kesemua uslub tersebut boleh dilaksanakan dan insyaAllah memberi kesan, tetapi bukan kepada seluruh kaum muslimin. Hanya segelintir atau sekelompok saja yang terkesan dengan penulisan atau bahan bacaan sebegini kerana faktanya memang itulah yang sedang berlaku. Bagaimana dengan orang yang tidak reti membaca? Bagaimana dengan orang yang tidak reti menggunakan komputer? Adakah anda mengharapkan gerakan-gerakan Islam untuk mentarbiyah kesemua sekali kaum muslimin? Pastinya akan berlaku perselisihan pendapat pula kerana wujudnya dalil yang berbeza-beza. Malahan mahukah umat menerima tarbiyah sesuatu gerakan itu jika hatinya sudah keras kepada prinsip liberal dan sekularisme? Terlalu banyak persoalan yang muncul yang membuktikan bahawa untuk mendidik masyarakat dengan Islam tidak boleh bergantung kepada gerakan-gerakan Islam sahaja kerana gerakan-gerakan Islam hanya mampu ‘cover’ sekelompok umat, bukan seluruh umat. Oleh itu, penyelesaian yang mutlak adalah melalui penerapan Islam oleh NEGARA. Apabila Islam telah menjadi batu asas kepada sistem negara, mahu tak mahu rakyat akan terpaksa ikut sama ada mahu atau tidak mahu. Lalu di sini selesailah masalah tarbiyah umat tadi, kerana Islam itu akan ditarbiyah kepada umat melalui sistem pendidikan Islam yang kaffah, bukan sistem pendidikan sekular yang diamalkan seperti sekarang. Malah cara pembelajaran juga akan turut berbeza kerana aktiviti kaum lelaki akan terpisah dengan kaum wanita dan mereka hanya akan bertemu dalam perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pemikiran umat akan dijaga daripada pemikiran-pemikiran kufur kaum kuffar. Ini semua adalah tanggungjawab negara dalam melaksanakannya.
Lalu timbul lagi persoalan, bagaimana mahu terapkan Islam melalui negara? Bagaimana untuk mendapatkan kekuasaan? Melalui perang? Penggulingan kuasa? Pemberontakan bersenjata? Melalui demokrasi? Untuk menjawab soalan-soalan ini hanya memerlukan sepotong ayat daripada surah ali-imran dan sepotong ayat dari surah al-ahzab di mana Allah telah pun memberi caranya untuk kita ikuti.
“Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."” [QS 3: 31]
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” [QS 33: 21]
Maka marilah kita bersama berusaha kepada tegaknya pelaksana hukum-hukum Allah, iaitu negara Khilafah dan tegakkanlah ia dengan mengikuti cara baginda kerana itulah jalan yang terbaik dan tidak berkompromi dengan kekufuran. Wallahua’lam.
- Pemikiran mereka menjadi mangsa kepada racun hedonism yang disebarkan kaum kuffar
- Tubuh mereka telah ditelanjangkan (sama ada menjadi seksi ataupun tanpa pakaian terus) dan menjadi tatapan sebagai hiburan dan pemuas nafsu. Lebih malang lagi perkara ini dilakukan dengan kerelaan hati.
- Mereka menjadi mangsa cabul, rogol dan bunuh bukan hanya dilakukan oleh kaum kuffar, malah kaum muslimin sendiri yang hati mereka tidak ubah seperti binatang.
- mereka dijadikan alat untuk melemahkan kaum muslimin.
- hak mereka untuk berpakaian secara Islami dinafikan
- Mereka menjadi ibu tunggal kerana ditinggalkan suami yang tidak bertanggungjawab

0 Responses