Penghinaan ke atas Rasulullah saw
Perasaan dan sensitiviti umat Islam sekali lagi dicabar dengan kebiadaban yang telah dilakukan oleh akhbar terbesar Denmark Morgenavisen Jyllands-Posten menyiarkan sebanyak 12 karikatur imej Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam pada September 2005 yang lepas dan diulang cetak oleh sebuah majalah di Norway. Selepas akhbar Denmark, beberapa penerbitan yang berfahaman kanan di Eropah turut menerbitkan semula karikatur ini termasuklah El Pais (Sepanyol), France Soir (Perancis), Libero dan La Padania (Itali).
Kita juga mungkin masih tidak lupa dengan penulis The Satanic Verses, Salman Rushdi yang menggambarkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam sebagai seorang yang rosak moralnya dan kejam terhadap wanita dan hidupnya adalah dari hasil harta rompakan. Kita mungkin masih mengingati Farish A Noor yang menonjolkan kejahilannya dengan menghina Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam tulisannya yang pernah dikeluarkan oleh NST "...The fact that the Prophet had several wives and was known to have had sexual relations with 15 women, which included the concubine Rayhana who remained non-Muslim all her life is proof of the humanity of the Prophet." ["Let Islam Lead The Way With Its Progressive View On Sexuality" oleh Farish A. Noor, NST, 4 November 2000].
Pada Julai 1997, seorang wanita Yahudi Israel, Tatyana Suskin membuat dan menyebarkan 20 poster yang menghina Islam dan Nabi Muhammad. Pada tahun 2004, filem ‘dokumentari’ arahan produser filem yang berasal dari Belanda, Theo van Gogh, menghina Islam dan Nabi Muhammad. Dunia Islam sekali lagi digemparkan dengan sebuah penghinaan. se lepas seorang ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders telah menerbitkan sebuah filem pendeknya yang menghina Islam dengan tajuk Fitna. Filem itu, yang mula ditayangkan secara online pada 27 Mac 2008 memaparkan penghinaan kepada Rasulullah dan juga Al-Quran yang didakwa oleh sikafir Wilders ini sebagai penganjur keganasan.
Gejala Murtad dan Ajaran Sesat
Menurut laman web Malaysiakini.com bertarikh 8 Julai 2006, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria mendakwa seramai 250,000 orang Islam di Malaysia termasuk seorang yang bergelar 'ustazah' telah murtad. Menurut Mufti Perak ini lagi, beliau juga menerima sepucuk surat dari Persatuan Mubaligh Kristian Amerika yang menuduh Pejabat Agama Islam di sini bersifat zalim kerana tidak membenarkan 30,000 orang Islam Melayu untuk masuk Kristian. Pendedahan Harussani mengenai penyelewengan aqidah umat Islam di negara ini dilakukan selepas beliau mendakwa masyarakat Melayu membelanjakan RM1 bilion setahun untuk minum arak dan RM3 bilion lagi untuk berjudi. Lina Joy sehingga kini bebas murtad tanpa ada apa-apa halangan. Keluarganya hanya mampu menangis dan berdoa merintih nasib yang menimpa pada anak mereka. Malah lebih mengejutkan lagi, pada 9 Mei 2008 telah terpahat dalam lembaran sejarah kehakiman Negara Malaysia, apabila Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang meluluskan permohonan murtad oleh seorang wanita yang bernama Siti Fatimah, 39. MasyaALLAH, Mahkamah “Syariah” Malaysia begitu berani membenarkan manusia untuk melakukan kema’siatan yang tertinggi kepada Allah swt ! Apakah ini caranya menyelesaikan masalah murtad yang kian marak berlaku?? Nampaknya Malaysia benar-benar merupakan sebuah negara yang mengiktiraf kebebasan (freedom)!
Ayah Pin pernah mengisytiharkan dirinya seorang murtad pada 27 Jun 2001 setelah mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Besut bersabit kesalahan melanggar Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986. Pada 3hb Julai lalu, seramai 21 pengikut Ayah Pin ditahan dalam operasi khas Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAIT) di markas induk kumpulan terbabit. Bagaimanapun, Ayah Pin tidak termasuk dalam operasi tersebut dan dipercayai melarikan diri. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar berkata, ketua kumpulan ajaran sesat Ayah Pin boleh ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya ada justifikasi mengenainya. Persoalannya, dengan kecanggihan teknologi yang ada pada hari ini dan dengan ketangkasan para “special branch” yang ada di seluruh Malaysia, mengapakah si tua Ayah Pin ini masih belum Berjaya ditemui??
Gejala Sosial yang Membarah
Jabatan Siasatan Jenayah narkotik telah menangkap 43,093 orang di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana kesalahan mengedar, memiliki dan menggunakan dadah, berbanding 33,187 orang pada tahun 2004. Statistik PDRM menunjukkan bahawa ada 152 kes bunuh yang berlaku dalam suku tahun pertama 2006. Secara purata, pada setiap 14 jam 13 minit berlaku satu kes pembunuhan.
Menurut Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato' Azmi Khalid, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendaftarkan 70,430 anak luar nikah bagi tempoh lima tahun iaitu dari 1999 hingga 2003. Menjawab soalan Senator Ustaz Haji Hassan Shukri, beliau memberitahu Dewan Negara bahawa daripada jumlah tersebut, anak luar nikah orang Islam adalah yang paling ramai didaftarkan iaitu 30,978 orang [Soal Jawab Parlimen]. Jika data ini diproses secara purata tanpa mengira perubahan peratus tahunan, ia menunjukkan secara purata bahawa setiap hari, sejumlah 39 kes pendaftaran anak luar nikah dicatatkan (tanpa mengira agama) dan 17 kes adalah dari kalangan orang Islam. Ini bermakna setiap 37 minit akan berlaku satu kes perzinaan, dan dalam masa 1 jam 25 minit seorang bayi yang tidak berdosa (tidak sah nasab) dilahirkan hasil perzinaan ‘pasangan Muslim’.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika membuat kenyataan di dalam Dewan Rakyat, iaitu sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu. [Kosmo 30.10.2008] Ini bermakna setiap hari secara purata Jabatan Pendaftaran menerima 83 kes pendaftaran anak luar nikah. Pembuangan bayi juga semakin parah di mana sebanyak 228 kes buang bayi direkodkan di seluruh negara sepanjang 2004 hingga tahun 2006. Kes paling banyak dilaporkan di Selangor dengan 69 kes, 59 kes berlaku di Johor, seterusnya 29 kes bagi Sabah dan 25 kes berlaku di Sarawak. Apakah masalah membuang bayi ini mampu diselesaikan dengan cara membina sebuah pusat penempatan bayi luar nikah?? Inilah yang terjadi apabila manusia menjadikan aqal mereka sebagai tolok ukur bagi mereka untuk menyelesaikan masalah yang timbul di dalam kehidupan.
statistik PDRM yang menunjukkan bahawa dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2006 sahaja, terdapat 35 kes samun berkawan menggunakan senjata api, 662 kes samun berkawan tanpa senjata api, 85 kes samun bersenjata api, 4,554 kes samun tanpa senjata api, 436 kes pemerasan dan 1,615 kes ugutan jenayah. Kesemuanya berjumlah sebanyak 7,387 kes (tidak termasuk rogol 586 kes) yang mengganggu ketenteraman masyarakat. Ini bermakna setiap 16 minit berlaku satu kes penggunaan kekerasan yang mengancam masyarakat. Dengan semua statistik berangka besar seperti ini, apakah kita merasa masih selamat hidup di Negara 1 Malaysia ini??
Pembantaian ke atas Kaum Muslimin
“Kalian adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia....” (QS Ali Imran 110)
Darah kaum muslimin menitis setiap masa, mereka dibantai tanpa belas kasihan, dirobek-robek kehormatan mereka, sedangkan Rasulullah saw sendiri mengumpamakan bahawa darah kaum muslimin itu jauh lebih bernilai jika dibandingkan dengan runtuhnya ka’bah. Bukankah umat Islam adalah umat yang terbaik? Bukankah Allah telah menjadikan kita sebagai umat yang terbaik mendahului seluruh umat manusia? Apabila dikatakan umat yang terbaik, seharusnya ia adalah nombor satu, bukanlah nombor dua, tiga, mahupun yang tercorot! Tapi fakta yang menunjukkan hari ini sangat berbeza, bahawa umat Islam dibantai, dibunuh, dirogol oleh kaum kafir dengan begitu dahsyat sekali!
Sebenarnya masalah yang melanda kaum muslimin ini bukanlah masalah remeh-temeh yang boleh kita campakkan begitu sahaja. Masalah yang melanda pada umat Islam dibahagian dunia umat Islam yang lain juga merupakan masalah kita yang harus kita selesaikan bersama kerana kita adalah umat yang satu. Kita tidak terpecah oleh apa jua sempadan, malah kita disatukan dengan aqidah Islam sehingga ke hari akhirat. Sebaiknya kita benar-benar memahami fakta yang berlaku di dunia umat Islam sehingga berupaya untuk membuatkan mata kita terbuka, telinga kita mendengar, dan hati kita merenung akan besarnya masalah yang menimpa umat Islam pada hari ini.
Di Algeria antara 8 Mac 1945 hingga 1963, seramai 1.5 juta umat Islam dibunuh oleh tentera Perancis. Manakala pada tahun 1947 pula dilaporkan lebih 3000 Muslim diseksa hingga mati, di samping 70,000 nyawa lagi syahid (mati) dan beribu-ribu wanita dirogol dan 100,000 lainnya dipenjara tanpa perbicaraan di Kashmir. Sementara dalam tahun 1992, sebanyak 100 ribu kaum Muslimin dibunuh beramai-ramai di Chechnya oleh Russia dan dalam tahun 1995 pula, lebih 8000 umat Islam dibunuh oleh pengganas Serbia yang diketuai oleh Ratko Mladic di Srebrenica, Bosnia. Dalam tahun 2002, pengganas Hindu merogol dan membunuh ratusan Muslimah dan anak-anak perempuan di Gujerat, India. Tidak hanya itu, selepas tahun 2001 (hingga kini) Amerika Syarikat terus mengganas dengan membunuh dan mencederakan jutaan umat Islam di Afghanistan dan Iraq melalui pencerobohannya atas dalih serangan 11 September. Lebih dari 1.36 juta warga Iraq tewas sejak Amerika Syarikat menceroboh negara itu pada tahun 2003. Angka ini sepuluh kali lebih besar dari angka yang diumumkan oleh media-media massa di Amerika. Misi pembunuhan umat Islam diteruskan pula di setiap wilayah umat Islam yang bergolak seperti di Somalia, Darfur, Pakistan, Xinjiang dan beberapa wilayah lain lagi. Mereka yang terkorban bukan sahaja di kalangan lelaki dewasa yang berperang, malah Amerika juga, tanpa belas kasihan turut membunuh orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak. Selain yang terbunuh, ramai lagi yang ditangkap dan diseksa tanpa perikemanusiaan, baik di penjara-penjara terbuka mahupun rahsia. Semua ini sebenarnya merupakan episod pilu bagi umat Islam, bahkan ia lebih memilukan dari kematian akibat gejala sosial, memandang dari segi jumlah dan keadaan kematian mereka!
Sesungguhnya umat Islam pada saat ini sangat memerlukan bantuan dari kalian semua! Apakah kita masih bisa berdiam diri sedangkan saudara se-Aqidah dengan kita dicincang-cincang oleh musuh-musuh Allah???
Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk mempertahankan umat Islam daripada terus dibantai? Adakah dengan cara berdoa sahaja? Adakah dengan cara menghantar bantuan duit, makanan, ubat-ubatan, dan pakaian kepada mereka? Apakah dengan cara memboikot barangan buatan Amerika dan Israel? Adakah dengan cara meminta bantuan daripada OIC yang hanya menunggu dan melihat? Apakah dengan cara meminta bantuan daripada PBB yang sememangnya direka untuk kepentingan Barat dan Yahudi? Atau apakah dengan cara menunggu Imam Mahdi dan Nabi Isa datang??? Semua persoalan ini akan terjawab didalam “Program Meniti Kebangkitan Islam” yang dianjurkan oleh Gabungan Siswa Siswi Intelektual Muslim (GASIM) pada hujung minggu ini, sabtu, 1 Mei 2010 di Pusat Pengajian Bahasa Arab, Bangi. Bagi yang berminat, sila hubungi gmnegara@gmail.com
"Sesungguhnya di dalam (risalah ini) adalah seruan bagi kaum yang menyembah Allah" [TMQ Al-Anbiya':106]
Categories
- Anti-Demokrasi (2)
- Anti-Feminisme (2)
- Anti-PTPTN (1)
- Anti-Sekularisme (2)
- Aqidah (4)
- Ayat-Ayat Revolusi (7)
- Contra Culture (3)
- Khilafah (1)
- mahasiswa ideologis (4)
- Motivasi Dakwah (3)
- Musuh Islam (2)
- Nafsiyah Islamiyah (4)
- Opini Ideologis (4)
- Palestin dan Khilafah (1)
- Perwira Umat (1)
- Politik Kampus (4)
- Prolematika ummah (10)
- Puisi Revolusi (1)
- Seminar Ideologis (5)
- Sistem Pendidikan Khilafah (3)
- Wanita dan Khilafah (6)
0 Responses