Ibu Oh Ibu!

    Sambutan Hari Ibu yang dikumandangkan ke seluruh dunia telah disambut oleh kebanyakan masyarakat pada hari ini tanpa menyedari bahawa ibu-ibu pada hari ini di dalam sistem demokrasi yang menjunjung tinggi demokrasi in diperlakukan bagai lampin pakai buang! Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 14hb Ogos 2001, melaporkan jumlah bilangan Ibu Tunggal di Malaysia dianggarkan telah meningkat seramai 895,000 orang berbanding hanya 444,000 orang pada tahun 1980 ( Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia ). Ini bermakna ia mencatatkan pertambahan dua kali ganda sejak 20 tahun yang lalu atau 63 orang wanita menjadi Ibu Tunggal setiap hari. Bagitu maraknya penceraian sehingga masyarakat terpaksa mendirikan persatuan-persatuan bagi ibu tunggal yang pada hakikatnya masih tidak dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Buktinya, ibu tunggal semakin bertambah-tambah setiap saat! Sebagai satu contoh, Pertubuhan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan & Selangor (PITI) mempunyai seramai seramai 1,246 orang ahli. Kebanyakan ahli Pertubuhan ini terdiri daripada wanita yang telah bercerai dan tidak mendapat nafkah anak dari bekas suami walaupun telah diputuskan oleh pihak Mahkamah. Mereka sebagai ketua keluarga terpaksa menanggung beban kewangan secara bersendirian untuk menyara persekolahan anak-anak, sewa rumah, perbelanjaan harian dan keperluan lainnya. Statistik kes keganasan terhadap rumah tangga menunjukkan bilangan sebanyak 3,897 kes yang dilaporkan sepanjang 2007 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Statistik oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menunjukkan secara purata empat wanita dirogol atau dicabul setiap hari. Tujuh wanita pula menjadi mangsa gangguan seksual manakala 100 kanak-kanak didera setiap hari. Statistik yang sama menunjukkan 52 peratus mangsa rogol berusia bawah 15 tahun dan lebih daripada 80 peratus mangsa rogol mengenali identiti perogol. Kementerian itu juga menyatakan bahawa kes rogol meningkat sekali ganda kepada 2,341 kes pada 2006 berbanding 1,217 kes pada 2001. Statistik Guttmacher Institute yang berbasis di New York, Amerika menunjukkan sedikitnya 70 ribu wanita yang menjalani pengguguran bayi mati setiap tahun. Guttmacher juga memperkirakan bahawa jumlah kes pengguguran bayi di seluruh dunia turun dari sekitar 45.5 juta di tahun 1995 menjadi 41.6 juta di tahun 2003.

    Kebebasan yang Merosakkan

    Banyak orang terbius oleh demokrasi. Mereka terlena oleh janji-janji muluk yang digembar-gemburkan oleh para pengusung demokrasi. Mereka mengira, sistem demokrasi akan membawa mereka kepada kehidupan yang lebih baik, lebih sejahtera dan lebih modern. Padahal sebenarnya segala kerosakan yang berlaku pada wanita pada hari ini adalah angkara idea kebebasan yang menjadi saudara kembar demokrasi itu sendiri. Demokrasi tidak bisa dilepaskan dari kebebasan, sebab kebebasan merupakan prasyarat agar rakyat dapat melaksanakan kedudukannya sebagai sumber kedaulatan dan sumber kekuasaan. Kebebasan harus diwujudkan bagi setiap individu rakyat. Dengan itu, mereka dapat melaksanakan kedaulatannya dan menjalankannya sendiri, serta melaksanakan haknya dengan sebebas-bebasnya tanpa ada tekanan atau paksaan.
    Sesungguhnya idea-idea kebebasan yang ditawarkan oleh demokrasi tidak membawa kebaikan dan kemuliaan sama sekali, malah membawa kerosakan dan kesengsaraan, terutama bagi perempuan. Kebebasan ini merupakan jenis kebebasan yang telah menimbulkan segala kebinasaan dan membolehkan segala sesuatu yang telah diharamkan. Kebebasan inilah yang telah menjerumuskan masyarakat Barat menjadi "masyarakat binatang" yang sangat memalukan dan membejatkan moral individu-individunya sampai ke darjat yang lebih hina daripada binatang ternak.
    Sekilas di zaman Kegemilangan Islam
    Antara peristiwa yang dilalui oleh Khalifah Umar dan berkaitan dengan permasalahan ibu tunggal ialah apabila beliau bertemu dengan seorang wanita bersama beberapa orang anaknya yang sedang menangis kelaparan.

    Disebabkan tidak ada sebarang bahan untuk dijadikan sebagai makanan sekalipun sebagai alas perut, maka ibu ini membuat helah untuk mententeramkan perasaan anak-anaknya dengan merebus batu. Dia memujuk anak-anaknya supaya bersabar kerana 'makanan' yang sedang disediakan belum masak lagi. Helahnya hanya bertujuan untuk menjadikan anak-anaknya supaya lena dan berakhirlah tangisan dan kelaparan buat sementara waktu. Keadaan yang ditemui oleh Khalifah Umar ini menyebabkan hati beliau sangat sebak dan rasa amat bersalah. Dengan segera beliau terus menuju ke Baitulmal untuk mengambil seguni gandum. Dipikulnya guni gandum itu sendirian dan beliau dengan keras menolak pelawaan pegawainya yang ingin menghulurkan bantuan.

    Beliau mengatakan kepada pegawainya bahawa sememangnya beliau boleh dibantu untuk meringankan beban yang digalas, akan tetapi apabila berada di akhirat kelak tidak ada seorangpun yang mampu membantunya untuk menjawab pelaksanaan tanggungjawabnya.
    Beliau menegaskan bahawa perkara tersebut merupakan dosa pahala dirinya sebagai seorang pemimpin yang culas dan lalai dalam menguruskan hal-ehwal rakyatnya sehingga kelaparan dan tergamak menipu anak-anak dengan merebus batu yang sampai bila tidak akan bertukar menjadi makanan yang boleh ditelan.

    Dengan perasaan sangat kesal, Khalifah Umar mengatakan bahawa tidak ada sebarang alasan untuknya mengelak daripada sikap lalainya. Bagi menebus rasa bersalah beliau, Khalifah Umar sendiri yang menyediakan makanan dan menyuapkan makanan tersebut ke dalam mulut anak-anak yang menangis kelaparan sehingga beliau yakin anak-anak tersebut telah kekenyangan. Maka dimanakah pemimpin yang kita dambakan selama ini untuk membela nasib umat ini? Dimanakah institusi yang akan menjaga kesejahteraan umat ini?

    Khatimah

    Empat belas abad yang lalu, tatkala rasul pilihan lahir dari rahim Aminah, harga setitis darah wanita lebih mulia dari langit bumi serta isinya. Kini, dalam peradaban yang serba kacau ini,tak kenal moral, tubuh dan jiwa wanita dicabul dimana-mana persis seperti tisu pengusap keringat. Dibeli dengan harga yang sangat murah, mudah didapat, mudah dibawa kemana-mana, dimana-mana, satu dua sen saja, mudah dipakai, satu dua usapan saja lantas dibuang dalam tong-tong sampah kehidupan menyatu dalam komuniti kuman dan kotoran. satu pertanyaan: Maka, berapakah harga wanita abad ini ? Apakah kita masih mahu mempertahankan sistem yang merosakkan ini?

    0 Responses

Blog Widget by LinkWithin