Hidup Untuk Masalah

    Suka atau tidak, pahit atau manis, adakah anda sedar bahawa kehidupan yang kita sering lalui hari ini penuh dengan pelbagai masalah yang seolah-olah tiada penyelesaiannya. Dari anak kecil hingga ke orang tua, semuanya terlibat dengan masalah yang ‘disengajakan’ dalam hidup kita. Malahan hampir kesemuanya terus mengikut arus perdana yang bermasalah ini tanpa pernah memikirkan apakah solusi mutlak kepada setiap permasalahan yang dilalui dan terus menjadi ‘buta di dalam cahaya’. Atau adakah anda sebenarnya tidak sedar bahawa anda sedang dilanda masalah?


    Masalah; Manusia atau Sistem?

    Kalau hendak disenaraikan setiap satu masalah yang dialami kaum muslimin hari ini, tidak cukup untuk dicoretkan dalam satu lembaran yang ringkas. Adakah anda sedar bahawa sistem pendidikan yang ada hari ini sangat bermasalah? Adakah anda sedar bahawa sistem ekonomi hari ini sangat bermasalah? Adakah anda sedar bahawa hak anda dalam kehidupan ini sebenarnya telah dirampas? Perompak, perogol, pencuri, penzina dan golongan murtad semakin bertambah, adakah ini tidak cukup lagis sehingga ditambah lagi dengan masalah kemiskinan dan pelbagai lagi? Dan permasalahan yang paling utama, adakah anda sedar bahawa kehidupan ISLAM sudah tidak ada lagi dalam hidup anda? Ya, anda solat 5 waktu, berpuasa, menghadiri majlis ilmu dan pelbagai lagi, tetapi adakah sekadar itu yang anda faham tentang ISLAM? Adakah ISLAM itu begitu sempit sehingga ramai di antara manusia terus bergelumang dengan masalah-masalah kehidupan? Jika anda tergolong dalam golongan orang yang sedar sekalipun, adakah anda pernah memberi solusi mutlak kepada permasalahan ini? Adakah anda tergolong dalam orang-orang yang bergerak mencari solusi? Atau leka dan seronok dengan duniawi si bongkok tiga ini?

    Mungkin antara kalian akan terus menyalahkan segelintir manusia atas segala macam permasalahan ini dan berpendapat dengan menukarkan segelintir manusia ini dengan manusia lain, maka masalah akan selesai. Jika anda berpendapat sebegitu, ternyata bahawa pemikiran anda masih lemah dan mundur. Jika berlaku kes zina, yang hanya akan disalahkan ialah pelaku zina tersebut. Jika berlaku kes kecurian, yang disalahkan hanya si pencuri tersebut. Pernahkah anda terfikir kenapa pasangan itu boleh berzina dan kenapa si pencuri itu mencuri? Manusia memang ada kecenderungan untuk melakukan maksiat seperti mana firman Allah SWT;

    “Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa” [QS 91: 8]

    Jadi siapa lagi yang boleh disalahkan sekiranya kemaksiatan dan permasalah lain terus meningkat tanpa henti? Masihkan relevan menyalahkan manusia saja? WAHAI PARA PELAJAR, tiba masanya anda lihat dan kaji dengan sedalam-dalamnya, bahawa masalah-masalah dan segala jenis kemaksiatan yang berleluasa ini adalah angkara SISTEM kehidupan yang diterapkan hari ini! Sistem ini menghasilkan para penzina, pencuri, perompak, perogol, pemberi rasuah, pengkhianat, murtad dan pelbagai lagi jawatan kemaksiatan. Inilah sistem DEMOKRASI KAPITALISME. Sistem ini yang diterapkan kepada anda dan mengenyangkan perut-perut buncit para kapitalis. Sistem ini melahirkan para perogol yang akan merogol dan membunuh saudara-saudara perempuan anda. Sistem ini akan menjadikan anda miskin. Sistem ini akan menghasilkan perompak yang akan datang merompak di rumah anda. Sistem ini yang membuatkan anda bersusah payah mencari wang untuk menyambung pelajaran di universiti dan terpaksa berhutang dengan pinjaman pelajaran yang berasaskan RIBA PTPTN!


    Jika sistemnya bermasalah, tunggu apa lagi?

    Jadi sekarang anda sudah tahu bahawa masalah-masalah ini datangnya dari sistem, bukan sekadar diukur dengan ketaqwaan individu, lalu tunggu apa lagi? Duduk diam dan masih mahu hidup dalam sistem yang hodoh lagi busuk ini? Adakah anda ingin keluar dari sistem ini? Adakah anda tahu bahawa alternatf bagi sistem yang ada ini ialah sistem Islam yang syumul lagi kamil? Firman Allah SWT;

    “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” [QS 5: 3]

    0 Responses

Blog Widget by LinkWithin