Cabaran Membangkitkan Mahasiswa


    Sejak tahun 1971, Kerajaan Sekular Malaysia menghalang kewajipan berpolitik dengan menggubal undang-undang sekular AUKU dengan tangan-tangan mereka yang dilaknat itu!

    Menurut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971:

    “Tiada seorang pun pelajar Universiti, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap Mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar Malaysia.”

    Ketika ini, rata-rata golongan mahasiswa tidak mempunyai kepedulian politik dan isu semasa. Berbeza dengan mahasiswa Malaysia pada zaman 1960-an dan 1970-an, sememangnya mahasiswa pada hari ini Berjaya ditundukkan oleh pihak berkuasa sehingga ramai diantara mereka yang takut bersuara gara-gara undang-undang jahanam AUKU, pembodohan mahasiswa tersistematik. Mereka (penguasa) menganggap bahawa undang-undang yang mereka cipta ini akan menghentikan gerak langkah para pemuda. Namun, ternyata perbuatan mereka telah membuatkan anak-anak muda yang berdarah panas ini semakin bangkit. Bahawa air yang ditahan di muara sungai, sekiranya terkumpul dengan cukup banyak, pasti ianya akan merempuh dan meluncur dengan laju! Itulah hal yang dilakukan oleh pemerintah Malaysia pada hari ini. Sungguh, mereka telah melakukan suatu hal yang benar-benar akan membahayakan diri mereka kelak!

    Bangkitlah Mahasiswa

    Masalah sistem pendidikan sekular yang merosakkan akhlak generasi muda, masalah pengangguran, masalah ekonomi yang memberikan upah rendah kepada pekerja, kekurangan pemimpin muda yang berwibawa mewajibkan mahasiswa kini mula berfikir dan bertindak untuk mengubah keadaan yang semakin meruncing ini! Pemerintahan Demokrasi yang mencengkam dan bersifat autokratik ini telah menyebabkan ramai anak muda negara semakin sinis, malah kecewa dengan politik sekular. Maka saatnya para mahasiswa bangkit dengan ideologi Islam yang mampu mencorak politik Islami yang benar-benar akan mengubah nasib umat saat ini yang mundur gara-gara rejim demokrasi yang lahap mengaut harta rakyat! Wahai para pemuda harapan umat, sungguh, jangan kau perkecilkan potensi besar yang ada pada diri kalian. Suara kalian itu mampu menggoncang peradaban sekular yang semakin tenat ini. Suara kalian mampu menjatuhkan rejim kotor yang berkuasa saat ini!

    Sejarah Emas Mahasiswa Menentang Kezaliman

    Mahasiswa-mahasiswa Malaysia yang menyertai Demonstrasi Baling pada tahun 1974 telah Berjaya mengumpulkan ribuan mahasiswa berhimpun bagi menyertai demonstrasi tersebut.
    Telah menjadi sejarah, gerakan inilah merupakan gerakan terbesar dan perhimpunan ini dinamakan sebagai 'Perhimpunan Mahasiswa Raksasa'.

    Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telahpun dirangka lebih awal pada tahun 1971 tetapi peruntukan undang-undang dalam akta tersebut tidak mampu untuk mengekang gerakan mahasiswa pada ketika itu. Sejak dari peristiwa itu kerajaan telah mengubah-suai akta tersebut menjadi lebih kejam pada tahun 1975.

    Dalam sejarah Negara Indonesia pula, Mahasiswa telah mencatatkan sejarah dalam demonstrasi mendesak kepimpinan Presiden Soeharto untuk turun takhta. Demonstrasi demi demonstrasi yang dianjurkan oleh mahasiswa dan penawanan bangunan parlimen akhirnya berjaya menumbangkan rejim kuku besi Soeharto dan akhirnya pada 21 Mei 1998, Soeharto tunduk kepada kehendak rakyat dengan perletakan kuasa selepas memerintah Republik Indonesia selama 32 tahun.

    Di negara yang terkenal dengan produk-produk seperti LG, Hyundai, samsung dan drama romantis oleh rakyat di negara kita iaitu Korea Selatan, Mahasiswa di negara tersebut juga memainkan peranan mereka dalam peristiwa di Gwangju pada 30 tahun yang lalu. Ketika Jeneral Chun Doo Hwan merampas tampuk kuasa melalui dan mengamalkan pemerintahan diktator. Kira-kira 100 orang mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Chonnam berarak menuju ke pintu pagar universiti tersebut yang di kepung oleh tentera. Mereka membantah tindakan tentera mengambil alih universiti tersebut. Peristiwa kebangkitan Gwangju menjadi inspirasi kepada pergerakan rakyat di seluruh negara. Presiden Akhirnya Jeneral Chun Doo Hwan akhirnya terpaksa tunduk kepada Kebangkitan rakyat dan Presiden Roh Tae Woo mengambil alih tempat tersebut.

    Kebangkitan Mahasiswa: Sebuah Kepastian

    Dalam melihat hal ini, penulis suka untuk merujuk kepada sebuah buku lama yang diterbitkan pada 1969 oleh Prof Faeur dari Universiti Toronto dalam bukunya The Conflict of Genegration - The Character and Significant of the Student Movement, menyatakan bahawa protes dan bantahan yang ditunjukkan oleh mahasiswa adalah hasil daripada 'konflik generasi' atau Generational Conflict. Hal ini berpunca daripada perasaan benci atau menyampah 'Generasi Baru' kepada 'Generasi Lama', yang disifatkan tidak bermoral, peradaban yang rosak, lapuk, penyalahgunaan kuasa, tidak bertanggungjawab dan melakukan penindasan secara kotor.

    Namun, sebagai mahasiswa yang berideologikan Islam, perasaan kita menjadi marah, benci, dan muak dengan pemerintahan demokrasi yang ada pada hari ini adalah kerana hukum Syariah yang sewajibnya didaulatkan dan diletakkan di tempat yang tertinggi itu telah dicampak dengan sewenang-wenangnya oleh pemerintah sekular Malaysia pada hari ini! Buktinya? Sistem ekonomi berasaskan riba dan cukai yang mencekik rakyat, menjadikan yang kaya semakin merajalela dan melahirkan lebih ramai keturunan miskin! Disko-disko, rumah pelacuran, kedai menjual arak, kilang-kilang arak bersepah-sepah dimana-mana sahaja di tanah umat Islam yang mulia ini! Mahasiswa seharusnya berasa malu menjadi orang yang 'senyap', bersikap apologetik dengan hanya 'berdiam diri' dan 'berpeluk tubuh' melihat kecelakaan berlaku kepada umat. Ingatlah, bahawa kalian mempunyai amanah yang dianugerahkan oleh Allah dengan usia muda yang kalian miliki saat ini. Sungguh, kerajaan kotor Malaysia saat ini benar-benar takut akan pemuda-pemuda yang berani dan lantang bersuara menolak pemerintahan yang sekular. Kekuatan Umat adalah terletak ditangan generasi pemuda (mahasiswa). Jika Mahasiswa hari ini hanya bersifat 'Ayam Daging' yang bersedia disembelih pada bila-bila masa, pasti negara juga akan lebih bersedia melapah seenak mereka!

    0 Responses

Blog Widget by LinkWithin