Perlukah Taat Kepada Kekufuran

    Assalamualaikum,

    Sekadar berkongsi pandangan dengan kapasiti diri yang jahil dan lemah. Moga Allah memberi kekuatan kepada para hambanya yang ikhlas dalam perjuangan untuk menzahirkan Islam sebagai mabda' yang teragung di atas segala mabda' lain di muka bumi ini, dengan itu, barulah kita layak mengaku sebagai umat Al-Quran, yang dimuliakan dengan penghulu segala nabi sebagai Rasul kita.

    Diriwayatkan dari Aus Bin Malik oleh Imam Muslim:
    Ditanyakan wahai Rasulullah, apakah tidak kita perangi sahaja mereka itu dengan pedang? Baginda menjawab, TIDAK selama mereka masih menunaikan solat....

    Dalam hadis lain:
    Daripada Ummu Salamah,beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda.."Sesungguhnya ramai pemimpin yang memerintah kamu maka ada yang kamu suka dan ada yang kamu ingkar.Maka sesiapa yang benci,sesungguhnya dia terlepas dan sesiapa yang ingkar sesungguhnya dia terselamat tetapi sesiapa yang reda dan ikut"sahabat bertanya"Adakah kami perangi mereka?"Rasullullah SAW menjawab:"tidak selagi mereka menunaikan solat"


    Mendirikan solat disini merupakan kinayah (makna implisit) dari perlaksanaan hukum Islam dan hadis ini berkait dengan cara meluruskan seorang penguasa muslim DI DALAM DAULAH ISLAM, iaitu KHALIFAH, dan bukan selainnya.

    Ada sesetengah pihak cuba mentafsirkan hadis ini dengan maksud agar kita sentiasa tunduk patuh kepada pemerintah sekalipun mereka itu berhukum dengan hukum buatan akal. Dengan beralasan "selemah-lemah" iman, ada juga di kalangan mereka menyatakan benci, tidak redha dengan segala kekufuran yang berlaku tetapi belepas diri dari menyertai usaha menegur dan mengubah realiti rosak ini dengan sandaran hadis di atas...

    Mereka "terlupa" peringatan Rasullah dari Ubadah Bin Shamit mengenai BI'AT:
    (dan) hendaklah kita tidak merampas kekuasaan dari yang berhak, kecuali kalian melihat kekufuran yang nyata, yang kalian memiliki bukti (tentang kekufuran itu) dari sisi Allah.

    Benarlah hadis Rasulullah SAW:
    Umatku di akhir zaman dikerumuni umat lain bagai orang lapar mengerumuni makanan. Para sahabat bertanya "apakah kerana bilangan kita ...sedkit pada waktu itu ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab "tidak, bahkan mereka sangat ramai. Mereka umpama buih dilautan, Allah akan menghilangkan perasaan takut dari hati musuh kalian dan mencampakkan penyakit WAHN ke dalam hati kalian, Sahabat bertanya: Apakah WAHN itu ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Cintakan dunia dan takutkan mati.... Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud

    Ya.... penyakit ini sungguh-sungguh merupakan realiti yang menjangkiti umat Islam di segenap penjuru dunia.... Sehinggakan muncul tafsiran-tafsiran baru ke atas perkataan JIHAD seperti Jihad ekonomi, jihad sosial, jihad IT, Jihad Sains, Jihad Penyiaran pun sudah kedengaran.... Alangkah teruknya umat ini dihinggapi penyakit ini sehinggakan dengan pelbagai alasan yang direkasaya membawa kepada tindakan-tindakan bodoh dalam menyelesaikan permasalahan kritikal umat Islam. Lihat sahaja setiap kali berlaku pembantaian ke atas umat Islam di mana-mana, para pemimpin umat Islam hanya menyalak dan bersidang menyatakan "PROTES" di dalam persidangan yang gilang gemilang, di dalam penghawa dingin yang nyaman dan mendapat "claim" pula dari "lawatan Kerja" mereka.... Dan mengeluarkan resolusi-resolusi sampah yang sememangnya mereka sendiri maklum tidak akan membawa apa2 kesan kepada para penyembelih umat Islam, dan umat Islam yang menjadi pengikut mereka pula menyanjung para pemimpin ini sebagai "Wira" kerana prihatin dengan nasib saudara se Islam yang lain.... Dan bila ada pula segelintir umat Islam yang cuba mengingatkan para pengkhianat ini, mereka dicop dengan pelbagai gelaran seperti TERORIOST, EKTRIMST, RADIKALS dan macam-macam lagi. Ada yang dihumban ke dalam penjara-penjara penyiksa malah tidak sedikit yang syahid kerana perjuangan ini. Di pihak para penyokong bagi pemerintah-pemerintah jahat ini, mereka mentafsirkan ayat-ayat Allah dan hadis2 dengan tafsiran yang menyedapkan telinga boss mereka, malah mereka turut sama membantai saudara mereka yang ikhlas, mengejek, menghina dan turut sama mempertahankan tindakan bodoh para pemimpin mereka. Ya Allah, Engkau muliakanlah para syuhada yang telah gugur demi agama Mu ini... Ya Allah, Engkau menangkanlah kami di atas segala halangan ini....


    Untuk para penyokong Taghut ini... Ingatlah Firman ALLAH ini:

    "Dan mereka semuanya (di padang mahsyar) akan berkumpul menghadap ke hadrat Allah, lalu berkatalah orang2 yang lemah (orang2 yang menjadi pengikut) kepada orang2 yang sombong (yang menjadi pemimpin), (sesungguhnya) kami dahulu (di dunia) adalah pengikut2 mu, maka dapatkah kamu menghindarkan kami sedikit dari azab Allah? Mereka (pemimpin) menjawab, kalaulah Allah memberi petunjuk kepada kami, nescaya kami dapat memberi petunjuk kepada kamu. (sekarang) sama sahaja bagi kita sama ada kita mengeluh atau bersabar, sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri (dari azab Allah) [TMQ Ibrahim 9(4):21]"

    "Dan seandainya orang2 yang melakukan kezaliman itu mengetahui ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat) bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat seksaNya, (nescaya mereka tidak akan melakukan kezaliman itu) (iaitu) ketika orang2 yang diikuti (ketua2) itu berlepas diri dari orang2 yang mengikutinya, dan mereka melihat azab dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali, dan berkatalah orang2 yang menjadi pengikut, seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka sebagimana mereka berlepas diri dari kami (pada hari ini), demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka menjadi penyesalan bagi mereka dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari azab neraka [TMQ Al Baqarah (2): 165-167]

    Saya menutup bicara ini dengan kalam Rasulullah SAW dari riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud dan At Tirmizi:
    Telah datang masa kenabian di tengah-tengah kalian sesuai dengan kehendak Allah, kemudian masa kenabian itu akan diangkat oleh Allah sehingga masa itu pun akan berlalu. Kemudian akan datang kehilafahan yang berjalan di atas minhaj kenabian, yang akan tetap ada selama Allah berkehendak, lalu masa itupun berlalu. Kemudian akan datang masa kekuasaan yang REPRESIF (Mulkan A'dhan) yang akan tetap ada selama Allah berkehendak, lalu masa itu pun berlalu. Kemudian akan datang masa kekuasaan DIKTATOR (Mulkan Jabariyah), {IAITU ZAMAN SEKARANG SECARA KESELURUHAN TANPA KECUALI} selama Allah berkehendak, lalu masa itu pun berlalu, bila Allah mengkehendaki, KEMUDIAN AKAN TIBA MASA KEHILAFAHAN DI ATAS MINHAJ KENABIAN.... Kemudian Rasulullah SAW diam......


    LALU APAKAH ADA LAGI METHOD LAIN SELAIN KENABIAN DALAM MENGEMBALIKAN SEMULA SISTEM ISLAM YANG TERUNGGUL INI?

    0 Responses

Blog Widget by LinkWithin