DEMOKRASI = TUNDUK KEPADA PENJAJAH AMERIKA

    Seringkali kita mendengar persoalan bahawa "sekiranya kita tidak menggunakan demokrasi, maka apakah jalan yang seharusnya kita gunakan untuk meraih pemerintahan???"  

    Jawapannya adalah "Da'wah Rasulullah saw". Rasulullah saw tidak pernah membawa demokrasi untuk meraih pemerintahan walaupun demokrasi yang kuno itu telah wujud ratusan tahun dahulu di yunani, Rasulullah saw tidak memasuki parlimen (Darun Nadwah) Quraisy untuk meraih pemerintahan, Rasulullah saw tidak pernah berkompromi dengan kaum kuffar walaupun ditawarkan untuk memerintah dengan syarat meninggalkan da'wah... berbeza dengan Ikhwanul Muslimin di Mesir, kerana menuntut penegakan demokrasi yang tulen, mereka terpaksa berkompromi dengan rakyat sekular dengan menolak gagasan negara agama... begitu juga PAS, setelah menerima demokrasi, mereka terpaksa berkompromi dengan kuffar DAP yang menolak Negara Islam sehingga mereka tidak menyebut lagi soal Negara Islam...Malah bertukar menjadi slogan 'Negara Berkebajikan' dan 'Negara Adil'.....  

    Rasulullah saw memulakan da'wah dengan cara membentuk parti politik dan mengukuhkan keimanan dan tsaqafah para sahabat sehingga mereka menjadi teguh dan berani bersemuka untuk memuhasabah pemimpin zalim seperti Abu Jahal.

    Setelah itu Rasulullah saw dan para sahabat melancarkan peperangan pemikiran ke atas pemikiran jahiliyah yang ada ketika itu seperti menipu dalam timbangan, menanam anak perempuan hidup-hidup, meletakkan maruah wanita ibarat binatang, memakan harta anak yatim, menyembah berhala dll. Rasulullah saw dan para sahabat membuat masyarakat berfikir mengenai betapa buruknya aturan dan sistem jahiliyah yang ada ketika itu dan memberikan penyelesaian Islam yang murni.

    Rasulullah saw dan para sahabat juga memuhasabah pemimpin zalim ketika itu seperti Abu Lahab sehingga turunnya surah Al-Lahab mengutuk Abu Lahab yang menghalang da'wah Rasulullah saw dan para sahabat. Pertarungan pemikiran yang dilakukan oleh Rasulullah saw bertujuan untuk membentuk pemikiran umum di kalangan masyarakat tentang Islam sehingga mereka mendukung Islam. Perlawanan antara Rasulullah saw dan pemimpin-pemimpin quraisy dilakukan dalam rangka memutuskan kepercayaan rakyat terhadap pemerintah yang rosak sehingga masyarakat melihat parti politik Rasulullah saw-lah yang paling layak untuk memimpin masyarakat.

    Setelah melalui proses-proses tersebut, Rasulullah saw menjalankan aktiviti "Thalabun Nusrah", iaitu meraih pertolongan ketenteraan dalam rangka untuk membina negara Islam yang kuat yang mampu berhadapan dengan kafir quraisy dan kuasa besar seperti Rom serta Parsi. Diriwayatkan di dalam Sirah Ibnu hisyam bahawa Rasulullah saw bertemu dengan lebih dari 40 buah kabilah termasuk bani tsaqif di Tha'if. Permintaan Rasulullah saw ditolak oleh kabilah di Tha'if sehingga kasut Rasulullah saw dipenuhi dengan darah akibat lemparan batu dari mereka.

    Akhirnya, pemikiran Islam yang diserukan itu telah mendapat sokongan padu dari kaum 'Aus dan Khazraj dan mereka ini merupakan kaum yang sentiasa berperang. Kaum 'Aus dan Khazraj-lah yang memberikan bantuan ketenteraan kepada parti politik Rasulullah saw sehingga berjaya didirikan Negara Islam di Madinah tanpa pertumpahan darah setitik pun! Kenapa? Kerana masyarakat dan pemimpin 'Aus dan Khazraj telah memberikan sokongan penuh terhadap pemikiran Islam!

    Apabila diaplikasikan di dalam kehidupan kita di Malaysia ini, kita juga harus bergerak di dalam sebuah parti politik islam yang tidak berkompromi dengan pemikiran barat seperti nasionalisme dan demokrasi, dan membongkarkan kerosakan sistem demokrasi, kerosakan kehidupan sosial masyarakat malaysia yang liar dan bebas, kerosakan undang-undang malaysia yang diceduk 100% dari penjajah kafir Britain, kerosakan sistem ekonomi kapitalis yang menindas rakyat, menghasilkan kemiskinan, pengangguran, pemaksaan cukai yang haram, kerosakan sistem pendidikan yang sekular, serta pendidikan yang menjadi tanggungjawab negara telah dijadikan perniagaan yang membebankan rakyat untuk membayarnya.

    Kita juga harus membongkarkan penipuan yang dilakukan oleh Najib serta kaitannya Najib sebagai agen kepada Amerika yang menyebabkan dia menjadi 'puppet' yang hanya menjalankan perintah 'tuan'nya untuk merosakkan rakyat Islam Malaysia serta mencuri kekayaan Malaysia. Kita juga harus membongkarkan kaitan Anwar yang begitu rapat dengan Amerika yang selama ini menjadi agennya...

    Setelah kita membongkar pemikiran jahiliyah yang rosak itu, tawarkanlah penyelesaian solid keatas semua itu iaitu dengan menerapkan Syariah Hukum Allah secara menyeluruh, dan hukum Allah itu tidak akan dapat ditegakkan kecuali dengan menegakkan Negara Khilafah Islamiyah!

    Kita juga harus melakukan da'wah kepada rakan-rakan kita serta saudara-mara kita yang berada di dalam tentera agar gagasan penegakan Syariah ini disokong oleh mereka 100%. Dengan itu, InsyaALLAH Khilafah akan berdiri melawan kuasa besar Amerika serta menyelematkan umat Islam di Palestin, malah mengajar paderi Amerika yang membakar Al-Qur'an serta menghina Rasulullah saw yang kita cintai! Semua ini tidak memerlukan demokrasi!

    Demokrasi bukan sekadar undi pilihanraya, demokrasi adalah sebuah sistem pemerintahan yang mempunyai dasar kepercayaan Aqidah Sekularisme Kufur yang memisahkan antara agama dan kehidupan. Demokrasi sekularisme tidak mengiktiraf peranan Allah dalam bidang pemerintahan, kerana itulah demokrasi meletakkan hukum Allah di tempat yang hina, iaitu dibawah telapak kaki manusia! Kerana itulah demokrasi memberikan hak kepada manusia untuk membuat hukum sendiri menggunakan aqal yang sangat terbatas di dalam parlimen sekaligus seolah-olah mengambil hak tuhan sebagai pembuat hukum. Sedangkan di dalam islam, hanya Allah-lah yang layak sebagai pembuat hukum kerana kedaulatan itu berada di tangan Syara'. Namun berbeza dengan demokrasi yang meletakkan kedaulatan berada di tangan manusia atau rakyat.

    Kerana sifat demokrasi yang sekular itulah menyebabkan demokrasi menghalalkan kebebasan berkeyakinan iaitu sekaligus membenarkan penghinaan ke atas Islam iaitu membenarkan pemurtadan. Demokrasi juga membenarkan kebebasan bersuara termasuk membenarkan kumpulan liberal Sisters in Islam menghina hukum Allah seperti poligami dan mengeluarkan fatwa rosak iaitu kain tudung tidak wajib! Kerana kebebasan bersuara demokrasi-lah ajaran Rasul Melayu berterusan dan banyak lagi ajaran sesat lainnya. Kerana kebebasan demokrasi-lah Rasulullah saw dibenarkan untuk dihina....

    0 Responses

Blog Widget by LinkWithin