Ancaman Dakyah Kristian Memurtadkan Umat Islam!


    Kemunculan agama Kristian boleh dilihat pada orang Nestoria dan para pedagang di Melaka sebelum penaklukan Portugis pada 1511. Kemudian Melaka dijajah Belanda sejak tahun 1641.British pula  merampas Pulau Pinang pada tahun 1786.  Misi ke puak asli Sengoi bermula pada 1932. Malayan Christian Council (MCC), ditubuhkan pada 1948. Kes-kes Melayu murtad lebih banyak terjadi di Johor kerana adanya MCC di Singapura. Manakala Sejak 1983 National Evangelical Christian Fellowship (NECF) telah memberikan suatu fokus untuk jemaah evangelical berdikari. Kini gerakan Evangelical merupakan gerakan yang paling agresif menjalankan usaha pemurtadan di Malaysia. 
    Menurut jurucakap Persatuan Peguambela Muslim, mahkamah syariah Negeri Sembilan telah mengesahkan 16 kes murtad. Kita sedar bahawa kelemahan dalam mengamalkan agama adalah salah satu punca perkara ini berlaku.
    Tidak ada sebarang gereja yang telah sedia wujud ditutup oleh kerajaan maupun jemaah Kristian yang sudah mantap kedudukannya dibubarkan. Walaubagaimanapun kita banyak mendengar kes masjid yang ditutup kerana kononnya ada kaitan dengan politik. Khutbah-khutbah paderi di geraja tidak pernah ditapis mahupun dikawal secara aktif oleh kerajaan. Walaubagaimanapun, kerajaan mengadakan pengawasan yang begitu ketat terhadap khutbah di masjid-masjid. Gereja biasanya didirikan di kedai-kedai di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Tanggungan Kristian pada pendidikan telah menjadi kuat melalui sekolah Anglican, Katolik dan Methodist, sekarangnya sebahagian sistem pendidikan kerajaan.
    Bible Iban yang dipanggil "Bup Kudus" pada satu ketika dilarang dari menggunakan istilah "Allah Taala" untuk Tuhan. Penjelasan dibuat kepada pihak kerajaan bahawa tidak ada istilah yang lebih tepat di dalam bahasa Ibani. Pengharaman itu tidak dikuatkuasakan mahupun dimansuhkan secara rasmi. Larangan itu akhirnya ditarik balik berikutan tunjuk perasaan oleh ketua-ketua Kristian. Lihatlah betapa lembutnya sikap pemerintah Malaysia terhadap kaum kafir ini.
    Walaupun penganut kristian dilarang menjual dan menyebarkan bible terjemahan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, mereka menggunakan cara lain dengan cara menyebarkan akhbar edaran dalaman Gereja Katolik dan isu mengimport bahan-bahan agama daripada Indonesia oleh Sidang Injil Borneo Sabah untuk penggunaan gereja. Hal ini telah melahirkan perasaan gusar masyarakat Islam. Penggunaan istilah-istilah yang mempunyai kaitan rapat dengan agama Islam dan Kristian, dalam penerbitan dalaman dan bahan-bahan keagamaan khususnya dalam Bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda, telah melahirkan kerisauan oleh Kementerian Dalam Negeri tentang impaknya kepada masyarakat. Walaubagaimanapun ‘kerisauan’ tersebut hanya berlalu begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan yang jelas. Walaupun penerbitan bible berbahasa Melayu dilarang, Petaling Jaya merupakan pusat gerakan Kristian yang giat mengeluarkan risalah Kristian berbahasa Melayu termasuk juga penerbitan Injil dalam Bahasa Melayu sebagai bahagian dari program kristianisasi.
    Kini, Gerakan Kristian telah menyebar dan mengkristiankan begitu ramai rakyat Malaysia melebihi 26 jenis etnik yang jarang sekali menjadi perhatian pendakwah Islam seperti; Abai Sungai, Bajau, Bukit, Kagayan, Kenyah, Bakong, Melanau, Kayan , Kenyah, Punan, Kelabit, Beketan, Tetau, Lahanan, Sekapan, Lumbawang, Orang Asli, Iban, Bidayuh, Dusun, Kadazan, Murut, Rungus, Sungai, Lundayeh, Bisaya, dan lain-lain.
    Filem Propaganda Kristian
    Filem arahan Mel Gibson, The Passion of The Christ dihadkan tayangannya pada 2004.
    Filem itu hanya dipertontonkan secara rasmi kepada penganut agama Kristian. Bilangan penonton juga terhad disebabkan tiket-tiket tidak dijual di kaunter-kaunter tiket biasa. Kumpulan Kristian seperti National Evangelical Christian Fellowship membuat penempahan blok tiket dan mengedarkannya ke pelbagai gereja. Tempoh tayangan filem tersebut dipanjangkan dari tempoh dua bulan yang diperuntukkan pada awalnya. Ini mungkin bererti bukan penganut-penganut agama Kristian sahaja yang menontonnya.
    Krismas Menjadi Sarana Dakyah
    Aktivis-aktivis Kristian akan mengambil peluang ini untuk membeli ruang iklan di akhbar-akhbar pada hari Krismas atau Easter. Ini biasanya hanya boleh dilakukan di akhbar-akhbar berbahasa Inggeris dan tidak pada setiap tahun. Rencana pengarang biasanya membuat ucapan meraikan Krismas dan pesanan-pesanan dakyah mereka. Hal ini merupakan salah satu usaha mereka mensyiarkan agama kristian di tengah-tengah masyarakat Malaysia. Sayangnya, kerajaan Malaysia begitu mudah membiarkan mereka menjalankan aktiviti mereka.
    Pada 2004, pihak kerajaan mengatur majlis sambutan Hari Krismas pada peringkat nasional. Upacara itu ditaja bersama oleh Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Malaysia, Kerajaan Negeri Selangor dan Persekutuan Kristian Malaysia CFM. Sultan Selangor(telah mangkat) dan Raja Perempuan Selangor mencemar duli menghadiri upacara yang ditayangkan di segenap pelosok negara majoriti Islam Malaysia bersama Perdana Menteri dan beberapa ahli kabinet kerajaan. Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Malaysia, YB Dr Rais Yatim menyatakan bahawa, "tidak ada salahnya menyanyikan lagu-lagu seperti Silent Night dan Merry Christmas" yang merupakan "lagu-lagu ceria untuk perayaan tersebut"


    Strategi yang digunakan gereja mempengaruhi umat Islam
    •Mengadakan aktiviti memberi makanan kepada keluarga-keluarga Melayu Islam yang dikenali miskin.
    •Mengedar risalah agama di shopping mall.
    •Memberi wang dan buku tentang "Isa" secara percuma kepada pelajar. Sebenarnya buku itu merupakan buku yang mengatakan Isa sebagai Tuhan.
    •Membuat tuisyen Bahasa Inggeris secara percuma untuk pelajar sekolah, kemudian diselitkan dengan dakyah Kristian.
    •Menggunakan jejaka-jejaka kristian yang tampan untuk memikat gadis-gadis Melayu Islam sehingga berupaya memurtadkan mereka.


    Penyelesaian Islam untuk masalah Murtad
    Kita akan terus mendengar kisah-kisah sedih mengenai seorang yang berasal dari keluarga Islam, dibesarkan dalam suasana dan pendidikan Islam yang akhirnya murtad selagimana kita tidak mempunyai undang-undang yang benar-benar menangani persoalan ini dengan tegas.
    Adakah kita mahu berharap kepada Undang-Undang Perlembagaan Malaysia? Artikel 11(4) misalnya melarang melarang dakwah agama-agama lain terhadap umat Islam. Persoalannya, apakah undang-undang ini benar-benar diterapkan? Mengapakah kita mendengar kes-kes seperti Paderi Melayu pertama pada tahun 1984, iaitu Father Joshua@Jamaludin Othman, kes Aishah Bukhari, kes Siti Fatimah Tan, dan banyak lagi? Apa yang kita lihat ialah semakin ramai umat Islam yang terpengaruh dengan ajaran-ajaran sesat dan akhirnya dimurtadkan. Islam sudah menyelesaikan persoalan ini dengan cara menegakkan hukum Uqubat Hudud ke atas pelaku murtad.
    Nabi saw bersabda, Dari Ibn Abbas ra, "Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia." (HR alJama'ah= 7 Imam hadis yg muktabar: Bukhari,Muslim,Ahmad,Abu Daud,Ibn Majah,An-Nasa'iy,Tirmidzi)
    Inilah satu-satunya cara untuk menjaga dan melindungi Aqidah Umat Islam. Islam bukan sahaja merupakan sebuah agama ritual semata-mata tetapi lebih dari itu, Islam juga merupakan sebuah ideologi yang mengatur cara hidup dan sistem aturan kehidupan umatnya. Sesebuah ideologi itu pasti tidak dapat lari daripada sifat mahu menyebarkan dan mengembangkan ideologinya dan juga suatu ideologi itu pasti mempunyai cara bagaimana untuk melindungi ideologi tersebut daripada hancur dan lenyap. Sistem Uqubat yang diwahyukan inilah merupakan cara untuk menyelesaikan masalah yang dialami umat Islam pada hari ini. Allah itu Maha Adil, Dia-lah yang memberikan kepada kita agama ini, pasti Dia mempunyai cara yang paling terbaik untuk mempertahankan agama-Nya. Selagi kita tidak mengikut aturan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah, selagi kita masih berpegang teguh mempertahankan Perlembagaan Malaysia ciptaan penjajah ini, selagi itulah anak-anak umat ini akan terdedah kepada bahaya Murtad. Jangan sampai saudara-mara kita terjebak dalam masalah ini! Apa ditunggu lagi? Tegakkan Negara Khilafah Islam! Hanya dengan cara itu hudud dapat diterapkan.

    Baca Seterusnya......

    Antara Nafsu, Aqidah, dan Khilafah.....

    Baca Seterusnya......

    PTPTN Menyengsarakan Mahasiswa

    Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mula beroperasi pada 1 November 1997. Pada asalnya, pelajar yang telah menamatkan pengajian harus membayar balik kesemua wang yang telah dipinjamkan termasuk 4% daripada jumlah yang dipinjamkan sebagai ‘kos pentadbiran’. Pada 1 Januari 2004 kadar ‘kos pentadbiran’ itu telah diturunkan kepada 3% setahun. Terbaru, PTPTN telah memperkenalkan pilihan baru kepada para peminjam, iaitu skim ujrah. Di dalam skim pilihan ini, kadar 3% diturunkan kepada 1%. Maka, sekiranya pelajar membuat pinjaman sebanyak RM24000, maka kadar ujrah adalah 1% setahun di dalam masa 5 tahun, dan ia harus membayar balik sebanyak:
    RM24000 x 1% x 5 (tahun) = RM1200.
    Jika dicampurkan dengan jumlah asal pinjaman, maka jumlah yang perlu dibayar balik oleh peminjam adalah = RM24000 + RM 1200 = RM25,200.
    Kaedah bayaran ujrah ini pula kononnya adalah berdasarkan prinsip Syariah Islam. Jawatankuasa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 28 Julai 2008 telah meluluskan kaedah pilihan tersebut.
    PTPTN MENINDAS?
    Kos pentadbiran yang dikenakan jelas tidak  mematuhi syariat Islam. Samada ianya 4%, 3% atau 1%, ia tetap menindas menurut syara’. Persoalannya, Jika proses pinjaman tersebut memerlukan kos pentadbiran, mengapa harus dikenakan di dalam bentuk peratusan? Adakah kos pentadbiran berbeza untuk jumlah pinjaman yang berbeza? Apakah yang menyebabkan mereka berbeza? Walhal, jumlah borang yang digunakan dan tenaga kakitangan yang menguruskan proses pinjaman adalah sama tanpa mengira jumlah wang yang dipinjamkan. Lebih pelik lagi adalah kos pentadbiran menguruskan itu dikenakan pada setiap tahun selagi terdapat baki pinjaman. Lalu, bagaimana sekiranya pelajar gagal membayar setiap tahun? Sudah tentu terdapat pertambahan kepada jumlah sepatutnya dibayar. Contohnya:  jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos pentadbiran (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600 = RM27600. Pertambahan RM3600, tidakkah itu menambah beban pelajar kerana di samping terpaksa menanggung hutang sebanyak RM24000, mereka juga terpaksa membayar ‘bunga’ atau riba sebanyak RM3600! Apatah lagi jika 4% dikenakan.
    RIBA BERTOPENGKAN UJRAH
    Hanya setelah mendapat kritikan hebat daripada umat Islam, barulah PTPTN memperkenalkan skim pilihan baru, iaitu pembayaran balik melalui kaedah ujrah. Ujrah adalah dikatakan berbeza kerana hanya 1% dikenakan kepada baki pinjaman dan kemudian daripada jumlah itu, maka ia akan dibahagi dengan bilangan bulan yang tinggal dan peminjam harus membayarnya setiap bulan melalui pemotongan gaji, jadi tidak timbul isu gagal membayar tepat masa.
    Ujrah adalah istilah arab yang membawa maksud “upah”. Ianya diberikan kepada seseorang pekerja yang telah menyelesaikan pekerjaannya yang sebelumnya telah melakukan ‘aqad ijarah’ dengan majikannya. Ujrah atau upah juga boleh diberikan kepada pihak yang telah memberikan sesuatu perkhidmatan contohnya bayaran untuk teksi, pemandu pelancong, dsb. Ujrah biasanya merujuk kepada upah yang diberikan setelah sesuatu pekerjaan atau perkhidmatan yang diberikan. Jadi di dalam kes ini, PTPN dianggap pihak yang telah memberikan perkhidmatan dan mereka mendakwa berhak mendapatkan bayaran. Ini sebenarnya tidak pernah berlaku di dalam amalan para sahabat dan ahlus salaf bahkan bertentangan dengan syariah. Ini adalah kerana memberikan pinjaman itu tidak dianggap suatu perkhidmatan yang justeru tidak berhak mendapatkan bayaran.
    Konsep ujrah yang diperkenalkan oleh PTPTN itu hanyalah helah untuk membenarkan mengambil lebihan bayaran daripada pinjaman yang diberikan. Di dalam sistem kapitalis, ‘pinjaman’ merupakan satu busines/perniagaan. Inilah pandangan hidup kapitalis yang jelas tentang permasalahan ini. Namun bila ada pihak cuba untuk menghalalkan perniagaan ini dengan nama Islam, mereka terpaksa mereka-reka dan mencipta helah untuk mengambil keuntungan (atau ‘berniaga’ dengan hutang). Di sinilah mereka terkial-kial mencipta perkara baru dan fatwa baru supaya sistem kapitalis tetap berjalan dengan disaluti oleh fatwa dari Islam.
    Sedangkan Islam mengharamkan helah, berasaskan dalil,
    Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya sebahagian dari Umatku menghalalkan arak dengan cara menamakannya dengan namanya tersendiri”. [HR Ahmad]
    Penjenamaan Caj Perkhidmatan, ujrah dan lain-lain nama adalah salah satu cara untuk menjenamakan semula Riba yang diharamkan oleh Syarak.
    Haramnya Mengambil Lebihan Bayaran Dari Hutang
    Islam melarang pembayaran balik hutang yang melebihi kuantiti asalnya, iaitu sekiranya kita berhutang dengan RM10,000 maka kita wajib membayarnya dengan RM10,000. Haram berlaku penambahan walau 1 sen pun kerana ianya adalah riba Nasi’ah. Keharaman ini dapat dilihat dari hadis,
    Nabi Salallahu alaihi wa Sallam beliau bersabda:
     “Jika seseorang memberi pinjaman, maka janganlah dia mengambil hadiah." [HR Bukhari].
    “Setiap pinjaman yang menarik manfaat adalah salah satu bentuk riba.” [HR Imam Baihaqi]
    Keharaman riba adalah ma’lum min ad-deen bi adh-dharurah (perkara yang tidak boleh uzur untuk tidak diketahui hukumnya di dalam agama). Al-Quran dan Sunnah dengan begitu sarih (jelas) menerangkan keharaman riba dalam pelbagai bentuknya, baik sedikit mahupun banyak jumlahnya. Allah SWT berfirman,
    “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), ‘Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan), dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya” [TMQ al-Baqarah (2):275].
    FirmanNya lagi,
    “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu tidak mengerjakan (tidak meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu. Kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya” [TMQ al-Baqarah (2):279].
    Ibn Abbas juga menuturkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,
    Satu dirham riba (dosanya) kepada Allah lebih berat daripada 36 kali berzina dengan pelacur’ (Ibn Abbas seterusnya berkata) dan baginda bersabda, ‘Siapa saja yang dagingnya tumbuh dari (hasil) yang haram maka neraka lebih layak untuknya” [HR al-Baihaqi & at-Thabrani].
    Abu Hurairah ra. menuturkan bahawa Nabi SAW bersabda,
    Riba itu (ada) 70 dosa. Yang paling ringan adalah (seperti) seorang lelaki yang menikahi (menzinai) ibunya sendiri” [HR Ibn Majah, al-Baihaqi, Ibn Abi Syaibah & Ibn Abi Dunya].
    Pendidikan di dalam Islam adalah Percuma
    Berdasarkan apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, baginda telah mengarahkan tawanan Perang Badar untuk mengajar membaca dan menulis sepuluh anak kaum Muslimin sebagai syarat penebusan mereka. Dengan tindakan ini, yakni membebaskan para tawanan dengan cara menyuruh mereka mengajar anak-anak kaum Muslimin, bererti Rasulullah telah menjadikan biaya pendidikan setara dengan barang tebusan. Maksudnya, Rasulullah (seperti) telah memberi upah kepada para pengajar itu dengan harta benda yang seharusnya menjadi milik Baitul Mal.
    Rasulullah juga bersabda,
    “Seorang imam (pemimpin) itu adalah penggembala (pemelihara) dan dia bertanggungjawab di atas pemeliharaannya...” [HR Ahmad]
    terdapat kesepakatan (Ijma’) sahabat tentang pemberian gaji kepada para guru yang dananya diambil dari Baitul Mal, dan anak-anak kaum Muslimin tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk belajar. Wadhiyah bin Atha meriwayatkan: ”Di Madinah terdapat tiga orang guru yang mengajar anak-anak. Khalifah Umar memberikan nafkah kepada tiap-tiap mereka lima belas dinar setiap bulan.” (satu dinar = 4.25 gram emas).
    Setiap warganegara berhak memperolehi pendidikan percuma di semua peringkat pendidikan. Segala kos tidak boleh dikenakan, bukan hanya yuran, tetapi juga termasuk perbelanjaan buku, peralatan dan lain-lain. Semua bayaran pendidikan, termasuk gaji pendidik (guru), tenaga bukan akademik, infrastruktur sekolah, alat bantuan belajar dan mengajar, alat-alat sokongan lain yang diperlukan (seperti asrama pelajar, klinik kesihatan, pejabat pentadbiran dan lain-lain) semuanya wajib disediakan oleh negara secara percuma.
    Sejarah Sistem Pendidikan di zaman Khilafah
    Di antara sekolah-sekolah tinggi yang penting dan terkenal ialah Madrasah Nizhamiyah dan Madrasah al-Mustanshiriyah di Baghdad, Madrasah al-Nuriyah di Damsyik serta Madrasah an-Nashiyah di Kaherah. Di antara madrasah-madrasah ini, yang terbaik ialah Madrasah Nizhamiyah yang mana ia dijadikan asas ukuran bagi madrasah di daerah lain di Iraq, Khurasan (Iran) dan tempat-tempat lain. Madrasah al-Mustanshiriyah di Baghdad didirikan oleh Khalifah al-Mustanshir pada abad ke-6H. Ia memiliki sebuah auditorium dan perpustakaan yang dipenuhi pelbagai jenis kitab yang cukup untuk keperluan proses pembelajaran. Selain itu, madrasah ini juga dilengkapi dengan kamar mandi dan klinik yang doktornya sentiasa tersedia. Madrasah lain yang juga cukup terkenal adalah Madrasah Darul Hikmah di Kaherah yang didirikan oleh Khalifah al-Hakim bi-amrillah pada tahun 395H. Madrasah ini adalah sebuah institut pendidikan yang dilengkapi dengan perpustakaan yang dipenuhi dengan ruang ulangkaji dan pelbagai kemudahan pendidikan lainnya. Perpustakaannya dibuka untuk orang-ramai.
    Semua orang juga dibenarkan mendengar kuliah, ceramah ilmiah, simposium, aktiviti kesusasteraan dan pengajaran agama. Di Madrasah al-Mustanshiriyah yang didirikan oleh Khalifah al-Mustanshir di kota Baghdad, setiap mahasiswa menerima biasiswa berupa wang emas dari negara. Kehidupan seharian mereka juga ditanggung. Makanan berupa roti dan daging disediakan tanpa bayaran sedikit pun. Kemudahan madrasah tersedia lengkap seperti perpustakaan yang dipenuhi dengan buku-buku, klinik dan kamar mandi. Begitu juga dengan Madrasah an-Nuriah di Damsyik yang didirikan pada abad ke-6H oleh Nuruddin Muhammad Zengi. Di sekolah ini terdapat kemudahan seperti asrama, perumahan staf pengajar, tempat istirehat serta dewan ceramah yang luas.
    Kesimpulan
    Jika dikaji dengan akal yang jernih, kita akan mendapati bahawa PTPTN ini hanyalah untuk menyokong bisnis IPTS yang kebanyakkannya dimiliki oleh para pemodal dan konglomerat-konglomerat besar. Justeru mereka mengaut keuntungan daripada bisnis ini.

    Baca Seterusnya......

    Lagi-lagi Pendidikan Percuma!

    Pendidikan percuma adalah suatu perkara yang tidak relevan?

    Pendidikan percuma bukanlah satu agenda atau perkara yang baru diada-adakan, malahan dalam konteks sistem kapitalisme, sebahagian negara barat yang mengisytiharkan mereka sebagai ‘negara kebajikan’ (welfare state) telah pun mengaplikasikan sistem pendidikan, rawatan kesihatan dan perumahan secara percuma. Nasyrah Jundu asy-Syabab kali ini tidak akan membincangkan apa itu negara kebajikan dan konsepnya yang bertentangan dengan Islam, namun hanya ingin mengupas sedikit realiti tentang sistem pendidikan percuma dan menerangkan kewajipan penyediaan pendidikan percuma oleh negara dalam Islam.

    Mengapa pendidikan wajib percuma?

    Pendidikan adalah percuma kerana disandarkan pada beberapa dalil yakni;

    Rasulullah SAW telah mengarahkan tawanan Perang Badar untuk mengajar membaca dan menulis sepuluh anak kaum Muslimin sebagai syarat penebusan mereka. Dengan tindakan ini, yakni membebaskan para tawanan dengan cara menyuruh mereka mengajar anak-anak kaum Muslimin, bererti Rasulullah telah menjadikan biaya pendidikan setara dengan barang tebusan. Maksudnya, Rasulullah (seperti) telah memberi upah kepada para pengajar itu dengan harta benda yang seharusnya menjadi milik Baitul Mal. Rasulullah juga bersabda,

    “Seorang imam (pemimpin) itu adalah penggembala (pemelihara) dan dia bertanggungjawab di atas pemeliharaannya...” [HR Ahmad, Syaikhan, Tirmidzi, Abu Daud dari Ibnu Umar].

    Hadis ini dengan jelas meletakkan tanggungjawab pemeliharaan atau penjagaan ke atas bahu para pemimpin. Justeru, di dalam bidang pendidikan, memberi pendidikan dan menyediakan segala kemudahan yang berkaitan dengannya adalah wajib ke atas setiap pemimpin dan semuanya mesti disediakan secara percuma kepada rakyat.

    Selain hadis-hadis di atas, terdapat kesepakatan (Ijma’) sahabat tentang pemberian gaji kepada para guru yang dananya diambil dari Baitul Mal, dan anak-anak kaum Muslimin tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk belajar. Wadhiyah bin Atha meriwayatkan: “Di Madinah terdapat tiga orang guru yang mengajar anak-anak. Khalifah Umar memberikan nafkah kepada tiap-tiap mereka lima belas dinar setiap bulan.” (satu dinar = 4.25 gram emas). Mungkin ada yang menyatakan hal ini hanyalah ijtihad saidina umar sahaja, bukan terpakai sebagai hukum syarak yang mesti dilakukan oleh setiap pemimpin kaum muslimin. Namun hal ini nyata bercanggah dengan fakta. Yang pertama ialah perbuatan saidina umar ini jelas menjadi ijma' di kalangan para sahabat kerana saidina umar merupakan khalifah dan sangatlah mustahil jika apa-apa perkara besar sebegini yang dilakukan oleh khalifah tidak sampai kepada pengetahuan para sahabat yang lain. Kedua, khalifah umar melaksanakan perbuatan tersebut dalam konteks beliau sebagai amirul mukminin. Dan ketiga ialah beliau menggunakan wang baitul mal, bukan wang beliau sendiri.

    Tidak bersyukur

    Ada sesetengah pihak seringkali memainkan isu ‘tidak bersyukur’ sekiranya para pejuang agama Allah menuntut supaya kerajaan melaksanakan hukum syarak (salah satunya ialah pendidikan percuma). Mereka ialah orang-orang yang telah terkeliru dengan agama sendiri dan tidak memahami definisi bersyukur mengikut hukum syarak, malahan secara tidak langsung cuba memesongkan umat Islam dengan menggalakkan umat Islam turut sama-sama berdosa dengan tidak menjalankan kegiatan memuhasabah para penguasa. Allah memerintahkan sekurang-kurangnya wujud satu kelompok daripada kalangan umat Islam yang menjalankan amar ma’ruf nahi munkar termasuk dalam memuhasabah para penguasa. Hal ini didasarkan kepada dalil daripada surah ali Imran;

    “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

    Sedangkan Rasulullah SAW telah memberi peringatan yang keras dalam sebuah hadith;

    “Barangsiapa melihat penguasa yang zalim, melanggar janji Allah, menghalalkan yang Allah haramkan, berperilaku dosa dan melakukan permusuhan terhadap hamba-hamba Allah, lalu (yang menyaksikan) itu tidak melakukan perubahan, baik dengan ucapan mahupun perbuatan, maka Allah berhak memasukkannya ke dalam neraka”

    Sabda Rasulullah SAW yang lain;

    “Nanti akan muncul di antara kalian berbagai tingkah laku penguasa. (tindakan mereka) ada yang kalian anggap baik dan ada yang kalian pandang salah. Siapa saja yang menolak tindakan salah mereka (minimal dalam hati) maka dia bebas (dari dosa). Siapa saja yang ingkar, dia juga selamat (dari dosa). Tetapi siapa saja yang di antara kalian yang merasa rela, bahkan mengikuti (perbuatan-perbuatan yang salah itu), maka dia telah berdosa..”

    Penguasa yang zalim ialah penguasa yang tidak menjalankan keadilan yakni hukum Allah. Apakah dengan menyahut seruan Allah dan RasulNya ini adalah ciri-ciri orang yang tidak bersyukur? Adakah mendiamkan diri daripada kemaksiatan dan kezaliman pemerintah itu dikatakan bersyukur? Adakah mereka memahami definisi bersyukur itu daripada kaca mata Barrack Obama, Bush, Tony Blair, Housni Mubarak, Islam Karimov dan sekutu-sekutu mereka yang lain? Sungguh, sesiapa sahaja yang mendiamkan kemaksiatan pemerintah dan menyuruh orang lain untuk diam bersama-sama mereka adalah orang yang zalim.

    “..dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” [QS 5: 45]

    Sekilas bukti pelaksanaan hukum syarak dalam pendidikan zaman kekhilafahan

    Di masa kejayaan Islam, sejak abad ke-4H, telah dibangun banyak sekolah Islam. Sebelum wujudnya sekolah di dalam bentuk formal, pendidikan ketika itu biasanya dilakukan di masjid-masjid, majlis-majlis ta’lim dan beberapa tempat pendidikan yang tidak formal lainnya. Muhammad Athiyah al-Abrasi, di dalam buku Dasar- Dasar Pendidikan Islam memaparkan usaha-usaha para khalifah untuk membangun sekolah-sekolah tersebut. Dalam perkembangannya, setiap Khalifah berlumba-lumba membina sekolah tinggi Islam dan berusaha memperlengkapkannya dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan. Setiap sekolah tinggi dilengkapi dengan auditorium, dewan mesyuarat, asrama mahasiswa, perumahan pensyarah dan ulama. Selain itu, sekolah tinggi tersebut juga dilengkapi dengan bilik mandi, dapur dan dewan makan, malah terdapat juga taman rekreasi. 

    Di antara sekolah-sekolah tinggi yang penting dan terkenal ialah Madrasah Nizhamiyah dan Madrasah al- Mustanshiriyah di Baghdad, Madrasah al-Nuriyah di Damsyik serta Madrasah an-Nashiyah di Kaherah. Di antara madrasah-madrasah ini, yang terbaik ialah Madrasah Nizhamiyah yang mana ia dijadikan asas ukuran bagi madrasah di daerah lain di Iraq, Khurasan (Iran) dan tempat-tempat lain. Madrasah al- Mustanshiriyah di Baghdad didirikan oleh Khalifah al- Mustanshir pada abad ke-6H. Ia memiliki sebuah auditorium dan perpustakaan yang dipenuhi pelbagai jenis kitab yang cukup untuk keperluan proses pembelajaran. Selain itu, madrasah ini juga dilengkapi dengan kamar mandi dan klinik yang doktornya sentiasa tersedia. Madrasah lain yang juga cukup terkenal adalah Madrasah Darul Hikmah di Kaherah yang didirikan oleh Khalifah al-Hakim bi-amrillah pada tahun 395H. Madrasah ini adalah sebuah institut pendidikan yang dilengkapi dengan perpustakaan yang dipenuhi dengan ruang ulangkaji dan pelbagai kemudahan pendidikan lainnya. Perpustakaannya dibuka untuk orang-ramai. Semua orang juga dibenarkan mendengar kuliah, ceramah ilmiah, simposium, aktiviti kesusasteraan dan pengajaran agama. Di Madrasah al-Mustanshiriyah yang didirikan oleh Khalifah al-Mustanshir di kota Baghdad, setiap mahasiswa menerima biasiswa berupa wang emas dari negara. Kehidupan seharian mereka juga ditanggung. Makanan berupa roti dan daging disediakan tanpa bayaran sedikit pun. Kemudahan madrasah tersedia lengkap seperti perpustakaan yang dipenuhi dengan buku-buku, klinik dan kamar mandi. 

    begitulah Islam satu ketika dahulu, di mana para pemimpin mereka dari satu generasi ke satu generasi tidak pernah meninggalkan hukum-hukum Allah sehingga umat ini menguasai 2/3 dunia. Namun kerana runtuhnya institusi pelindung dan penerap hukum-hukum Allah yakni sang khilafah, maka hari ini umat Islam hidup dalam kegelapan walaupun di sisi mereka terdapat cahaya.



    Baca Seterusnya......

    "Analisis Politik Revolusi di Dunia Arab"

    Alhamdulillah, sebuah cetusan kebangkitan telah dimulakan di bumi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) apabila anak-anak muda mula bertindak untuk mengajak masyarakat kampus berfikir dengan lebih jauh tentang masalah yang umat Islam alami saat ini, iaitu Revolusi di Tunisia, Mesir, Libya, dan di tanah Arab yang lain!  Inilah program pertama di UIA yang menjelaskan mengenai isu Revolusi Arab!

    Pada hari Selasa, 8 Mac 2011, sebuah diskusi ilmiah telah diadakan di Mini Auditorium UIA bermula pada jam 9 malam. Seramai 300 mahasiswa dari Arab, Sudan, Albania, Bosnia, Indonesia dan juga Malaysia memenuhi dewan untuk mengetahui apakah penyelesaian ke atas revolusi yang berlaku saat ini. Para hadirin yang datang seawal jam 8.45 malam telah diajak untuk menonton sebuah video bertajuk "Sampai Bila?" yang mengisahkan tragedi yang berlaku kepada umat Islam di seluruh dunia setelah kehancuran kekuatan Umat Islam iaitu Khilafah.


    Program tersebut telah diisi oleh Ustaz Taifunisyam yang merupakan seorang pensyarah dan juga penganalisis politik. Beliau juga pernah memberi komentar politik di rancangan Astro Awani. Ustaz Taifunisyam telah memulakan pengisian beliau dengan menceritakan tentang apakah sebenarnya "trigger" yang telah mencetus revolusi di tanah Arab pada hari ini iaitu peristiwa pembakaran diri oleh Muhammad Bouazizi. Beliau meneruskan dengan menceritakan sejarah Tunisia, Mesir, dan Libya yang pada asalnya merupakan bahagian daripada Daulah Khilafah Utsmaniyah yang kemudiannya dipecah-pecahkan kesatuannya oleh British, Perancis, dan Libya. Beliau juga menceritakan mengenai bagaimana Mustafa Kamal La'natullah 'alaih menjadi hero rakyat Turki dan seterusnya menjadi agen British yang menghancurkan Daulah Khilafah pada tanggal 3 Mac 1924. 

    Beliau menyatakan bahawa permasalahan yang terjadi di Tunisia, Mesir, dan Libya adalah persoalan 'patung boneka' dan 'tuan'nya. Beliau juga melontarkan persoalan tentang apakah tentera Mesir menyebelahi rakyat atau Hosni Mubarak? Sekiranya benarlah tentera Mesir menyebelahi Mubarak, mengapakah Mubarak tidak diheret oleh tentera ke muka pengadilan?


    Setelah itu majlis memberi ruang untuk hadirin berehat dengan menayangkan video temuramah diantara jurubicara Hizbut Tahrir Britain, Taji Mustafa dan Press TV mengenai analisis politik revolusi Libya. Taji Mustafa menjelaskan bahawa keinginan paling mendalam rakyat Libya adalah agar Islam kembali ditegakkan, mereka tidak menginginkan demokrasi sepertimana yang didengungkan oleh media massa barat. Mereka tidak menginginkan kebebasan untuk membuka kain tudung kemuliaan muslimah, mereka juga tidak menginginkan kerosakan demokrasi. Taji Mustafa juga menyatakan bahawa barat harus bersedia untuk menghadapi sebuah Negara Khilafah Islam yang akan berdiri tidak lama lagi yang akan membebaskan umat Islam dari penderitaan.

    Ustaz Taifunisyam kemudiannya meneruskan majlis dengan menerangkan bahawa perubahan seperti apakah yang seharusnya dilakukan? Apakah melalui Revolusi atau Reformasi? Apakah sekadar menampal lubang-lubang kelemahan sistem demokrasi yang akhirnya akan menimbulkan masalah yang lebih besar lagi? Atau mengubah sistem dan mencabut dari punca akarnya? 


    Beliau juga menegaskan bahawa tidak akan ada perubahan yang hakiki sekiranya pemimpin Mesir digantikan dengan agen lain sementara sistemnya tetap sistem demokrasi yang sekular. Beliau kemudiannya membuka pemikiran hadirin dengan menunjukkan perpecahan dunia umat Islam ini wajib disatukan dibawah naungan Khilafah yang akan menghapuskan segala sempadan-sempadan yang dicipta penjajah. Beliau juga menunjukkan kekuatan umat Islam yang tidak terhingga sekiranya ia bersatu. Ini dapat dilihat dari statistik minyak dan uranium yang didominasi oleh Umat Islam, begitu juga laluan strategik Terusan Suez, Selat Bosphorus, dan Laluan Sutera yang dikuasai Umat Islam. InsyaALLAH, Khilafah pasti akan menjadi sebuah kuasa besar yang menggugat Amerika dan sekutunya.


    Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab dan diakhiri pada jam 10.50 malam.










    Baca Seterusnya......

    DEMOKRASI = TUNDUK KEPADA PENJAJAH AMERIKA

    Seringkali kita mendengar persoalan bahawa "sekiranya kita tidak menggunakan demokrasi, maka apakah jalan yang seharusnya kita gunakan untuk meraih pemerintahan???"  

    Jawapannya adalah "Da'wah Rasulullah saw". Rasulullah saw tidak pernah membawa demokrasi untuk meraih pemerintahan walaupun demokrasi yang kuno itu telah wujud ratusan tahun dahulu di yunani, Rasulullah saw tidak memasuki parlimen (Darun Nadwah) Quraisy untuk meraih pemerintahan, Rasulullah saw tidak pernah berkompromi dengan kaum kuffar walaupun ditawarkan untuk memerintah dengan syarat meninggalkan da'wah... berbeza dengan Ikhwanul Muslimin di Mesir, kerana menuntut penegakan demokrasi yang tulen, mereka terpaksa berkompromi dengan rakyat sekular dengan menolak gagasan negara agama... begitu juga PAS, setelah menerima demokrasi, mereka terpaksa berkompromi dengan kuffar DAP yang menolak Negara Islam sehingga mereka tidak menyebut lagi soal Negara Islam...Malah bertukar menjadi slogan 'Negara Berkebajikan' dan 'Negara Adil'.....  

    Rasulullah saw memulakan da'wah dengan cara membentuk parti politik dan mengukuhkan keimanan dan tsaqafah para sahabat sehingga mereka menjadi teguh dan berani bersemuka untuk memuhasabah pemimpin zalim seperti Abu Jahal.

    Setelah itu Rasulullah saw dan para sahabat melancarkan peperangan pemikiran ke atas pemikiran jahiliyah yang ada ketika itu seperti menipu dalam timbangan, menanam anak perempuan hidup-hidup, meletakkan maruah wanita ibarat binatang, memakan harta anak yatim, menyembah berhala dll. Rasulullah saw dan para sahabat membuat masyarakat berfikir mengenai betapa buruknya aturan dan sistem jahiliyah yang ada ketika itu dan memberikan penyelesaian Islam yang murni.

    Rasulullah saw dan para sahabat juga memuhasabah pemimpin zalim ketika itu seperti Abu Lahab sehingga turunnya surah Al-Lahab mengutuk Abu Lahab yang menghalang da'wah Rasulullah saw dan para sahabat. Pertarungan pemikiran yang dilakukan oleh Rasulullah saw bertujuan untuk membentuk pemikiran umum di kalangan masyarakat tentang Islam sehingga mereka mendukung Islam. Perlawanan antara Rasulullah saw dan pemimpin-pemimpin quraisy dilakukan dalam rangka memutuskan kepercayaan rakyat terhadap pemerintah yang rosak sehingga masyarakat melihat parti politik Rasulullah saw-lah yang paling layak untuk memimpin masyarakat.

    Setelah melalui proses-proses tersebut, Rasulullah saw menjalankan aktiviti "Thalabun Nusrah", iaitu meraih pertolongan ketenteraan dalam rangka untuk membina negara Islam yang kuat yang mampu berhadapan dengan kafir quraisy dan kuasa besar seperti Rom serta Parsi. Diriwayatkan di dalam Sirah Ibnu hisyam bahawa Rasulullah saw bertemu dengan lebih dari 40 buah kabilah termasuk bani tsaqif di Tha'if. Permintaan Rasulullah saw ditolak oleh kabilah di Tha'if sehingga kasut Rasulullah saw dipenuhi dengan darah akibat lemparan batu dari mereka.

    Akhirnya, pemikiran Islam yang diserukan itu telah mendapat sokongan padu dari kaum 'Aus dan Khazraj dan mereka ini merupakan kaum yang sentiasa berperang. Kaum 'Aus dan Khazraj-lah yang memberikan bantuan ketenteraan kepada parti politik Rasulullah saw sehingga berjaya didirikan Negara Islam di Madinah tanpa pertumpahan darah setitik pun! Kenapa? Kerana masyarakat dan pemimpin 'Aus dan Khazraj telah memberikan sokongan penuh terhadap pemikiran Islam!

    Apabila diaplikasikan di dalam kehidupan kita di Malaysia ini, kita juga harus bergerak di dalam sebuah parti politik islam yang tidak berkompromi dengan pemikiran barat seperti nasionalisme dan demokrasi, dan membongkarkan kerosakan sistem demokrasi, kerosakan kehidupan sosial masyarakat malaysia yang liar dan bebas, kerosakan undang-undang malaysia yang diceduk 100% dari penjajah kafir Britain, kerosakan sistem ekonomi kapitalis yang menindas rakyat, menghasilkan kemiskinan, pengangguran, pemaksaan cukai yang haram, kerosakan sistem pendidikan yang sekular, serta pendidikan yang menjadi tanggungjawab negara telah dijadikan perniagaan yang membebankan rakyat untuk membayarnya.

    Kita juga harus membongkarkan penipuan yang dilakukan oleh Najib serta kaitannya Najib sebagai agen kepada Amerika yang menyebabkan dia menjadi 'puppet' yang hanya menjalankan perintah 'tuan'nya untuk merosakkan rakyat Islam Malaysia serta mencuri kekayaan Malaysia. Kita juga harus membongkarkan kaitan Anwar yang begitu rapat dengan Amerika yang selama ini menjadi agennya...

    Setelah kita membongkar pemikiran jahiliyah yang rosak itu, tawarkanlah penyelesaian solid keatas semua itu iaitu dengan menerapkan Syariah Hukum Allah secara menyeluruh, dan hukum Allah itu tidak akan dapat ditegakkan kecuali dengan menegakkan Negara Khilafah Islamiyah!

    Kita juga harus melakukan da'wah kepada rakan-rakan kita serta saudara-mara kita yang berada di dalam tentera agar gagasan penegakan Syariah ini disokong oleh mereka 100%. Dengan itu, InsyaALLAH Khilafah akan berdiri melawan kuasa besar Amerika serta menyelematkan umat Islam di Palestin, malah mengajar paderi Amerika yang membakar Al-Qur'an serta menghina Rasulullah saw yang kita cintai! Semua ini tidak memerlukan demokrasi!

    Demokrasi bukan sekadar undi pilihanraya, demokrasi adalah sebuah sistem pemerintahan yang mempunyai dasar kepercayaan Aqidah Sekularisme Kufur yang memisahkan antara agama dan kehidupan. Demokrasi sekularisme tidak mengiktiraf peranan Allah dalam bidang pemerintahan, kerana itulah demokrasi meletakkan hukum Allah di tempat yang hina, iaitu dibawah telapak kaki manusia! Kerana itulah demokrasi memberikan hak kepada manusia untuk membuat hukum sendiri menggunakan aqal yang sangat terbatas di dalam parlimen sekaligus seolah-olah mengambil hak tuhan sebagai pembuat hukum. Sedangkan di dalam islam, hanya Allah-lah yang layak sebagai pembuat hukum kerana kedaulatan itu berada di tangan Syara'. Namun berbeza dengan demokrasi yang meletakkan kedaulatan berada di tangan manusia atau rakyat.

    Kerana sifat demokrasi yang sekular itulah menyebabkan demokrasi menghalalkan kebebasan berkeyakinan iaitu sekaligus membenarkan penghinaan ke atas Islam iaitu membenarkan pemurtadan. Demokrasi juga membenarkan kebebasan bersuara termasuk membenarkan kumpulan liberal Sisters in Islam menghina hukum Allah seperti poligami dan mengeluarkan fatwa rosak iaitu kain tudung tidak wajib! Kerana kebebasan bersuara demokrasi-lah ajaran Rasul Melayu berterusan dan banyak lagi ajaran sesat lainnya. Kerana kebebasan demokrasi-lah Rasulullah saw dibenarkan untuk dihina....

    Baca Seterusnya......

    Sistem Pendidikan Percuma Daulah Khilafah

    Islam merupakan sebuah sistem yang memberikan penyelesaian terhadap berbagai masalah yang dihadapi manusia. Setiap penyelesaian yang disajikan Islam secara pasti selaras dengan fitrah manusia. Dalam konteks pendidikan, Islam telah menentukan bahwa negaralah yang berkewajiban untuk mengatur segala aspek yang berkenaan dengan sistem pendidikan yang diterapkan dan
    mengupayakan agar pendidikan dapat diperoleh rakyat secara mudah. Rasulullah saw. bersabda:

    “Imam (Khalifah) adalah pengurus rakyat dan ia akan dimintai pertanggungjawaban atas urusan rakyatnya.”(HR Al-Bukhari dan Muslim ).


    Perhatian Rasulullah saw. terhadap dunia pendidikan tampak ketika beliau menetapkan para tawanan Perang Badar dapat bebas jika mereka mengajar sepuluh orang anak kaum muslimin Madinah sehingga pandai membaca dan menulis. Hal ini merupakan tebusan. Dalam pandangan Islam, barang tebusan itu merupakan hak Baitul Mal . Tebusan ini sama nilainya dengan
    pembebasan tawanan Perang Badar. Ertinya, Rasulullah saw. telah menjadikan biaya pendidikan itu setara nilainya dengan barang tebusan yang seharusnya milik Baitul Mal. Dengan kata lain, beliau memberikan upah kepada para pengajar (yang tawanan perang itu) dengan harta benda yang seharusnya menjadi milik Baitul Mal. Kebijakan polisi beliau ini bermakna bahawa ketua negara bertanggungjawab penuh atas setiap keperluan rakyatnya, termasuk pendidikan.
    Imam Ibnu Hazm, dalam kitabnya, Al-Ihkâm, menjelaskan bahawa ketua negara (khalifah) berkewajiban untuk memenuhi sarana pendidikan, sistemnya, dan orang-orang yang digaji untuk mendidik masyarakat. Jika kita melihat sejarah Kekhalifahan Islam, kita akan melihat begitu besarnya perhatian para khalifah terhadap pendidikan rakyatnya. Demikian pula perhatiannya terhadap nasib para pendidiknya.

    Imam ad-Damsyiqi telah menceritakan sebuah riwayat darial-Wadliyah bin Atha’ yang menyatakan, bahwa di kota Madinah pernah ada tiga orang guru yang mengajar kanak-kanak. Khalifah Umar bin al-Khaththab memberikan gaji kepada mereka masing-masing sebesar 15 dinar (1 dinar = 4.25 gram emas). Jika harga 1 gram emas = RM650 maka gaji seorang pendidik yang diberikan oleh Daulah Khilafah sejak 13 abad yang lalu jumlahnya mencapai RM9,750! (subhanallah), sungguh merupakan angka yang sangat mengamgumkan, apalagi jika dibandingkan dengan keadaan saat ini dimana berlangsungnya sistem ekonomi kapitalisme telah nyata sangat tidak menghargai peranan pendidik, contohnya upah yang didapatkan seorang guru hanya berkisar RM2000-RM3000 untuk setiap bulan. Sistem pendidikan bebas biaya tersebut didasarkan pada Ijma’ Sahabat yang memberikan gaji kepada para pendidik dari Baitul Mal dengan jumlah tertentu.

    Contoh praktikal lainnya adalah Madrasah al-Muntashiriah yang didirikan Khalifah al-Muntahsir Billah di kota Baghdad ketika zaman kekhilafahan Abbasiyah. Madrasah ini memiliki sebuah auditorium megah. Perpustakaannya sungguh besar, yang memuat ribuan koleksi buku untuk belajar dan mengajar. Dilengkapi dengan hospital beserta dokter yang bersiaga 24 jam. Tempat Permandian pun tersedia. Semuanya percuma. Sudah begitu, setiap siswa menerima tunjangan pendidikan berupa emas 4.25 gram atau senilai 1 dinar (setara RM650) setiap bulan. Dengan fasiliti yang lebih dari cukup, para siswa hanya tinggal belajar, beribadah, dan mencapai prestasi setinggi mungkin.

    Perhatian para khalifah tidak hanya tertuju pada gaji pendidik dan sekolah, tetapi juga sarana pendidikan seperti perpustakaan, auditorium, observatorium, dll. Pada masa Kekhilafahan Islam, di antara perpustakaan yang terkenal adalah perpustakaan Mosul didirikan oleh Ja‘far bin Muhammad (w. 940 M). Perpustakaan ini sering dikunjungi para ulama, baik untuk membaca atau menyalin. Pengunjung perpustakaan ini mendapatkan segala alat yang diperlukan secara percuma, seperti pena, dakwat, kertas, dll. Bahkan para mahasiswa yang secara rutin belajar di perpustakaan itu diberi pinjaman buku secara teratur. Seorang ulama Yaqut ar-Rumi memuji para pengawas perpustakaan di kota Mer Khurasa kerana mereka mengizinkan peminjaman sebanyak 200 buku tanpa jaminan apapun untuk setiap orang. Ini terjadi pada masa Kekhalifahan Islam abad 10 M. Bahkan para khalifah memberikan penghargaan yang sangat besar terhadap para penulis buku, iaitu memberikan imbalan emas seberat buku yang ditulisnya.

    Baca Seterusnya......

    HIJRAH: PERJUANGAN DI ZAMAN BAGINDA vs ZAMAN HARI INI


    Pejam celik, pejam celik ibadah haji dah berlalu, ummi, walid, sanak saudara dan jiran tetangga kita yang menunaikan fardhu haji telah ada yang selamat sampai ke tanah air, begitu cepat dan pantasnya masa berlalu meninggalkan kita semua. Sehinggakan langsung tak terasa, 1 Hijrah 1432 pula yang akan datang menjemput kita hari nih. Bermulalah lagu-lagu muharam berkumandang di stesyen radio dan televesyen, “satu muharram detik permulaan dot dot.....”

    Tapi persoalannya apakah hijrah itu hanya ditandai dengan perarakan, dengan doa awal tahun juga akhir tahun yang mensyahdukan, dengan wujudnya tokoh-tokoh hijrah yang di lantik khas pada setiap tahun, juga dendangan-dendangan lagu peringatan?

    Berita harian 3.Disember.2010 ada mengeluarkan artikel berkenaan Hijrah, namun penulis amat tertarik sekali untuk mengeluarkan 3 perenggan terakhir artikel tersebut

    “1. Peristiwa hijrah yang menjadi asas kepada takwim Islam perlu dikaji dan direnungi umat manusia dewasa ini kerana dalam membina dan menyusun umat manusia dengan berpaksikan nilai Ilahi yang berteraskan kebenaran melalui roh keadilan, halangan yang besar sudah pasti menjadi lumrah.

    2. Peristiwa hijrah mengajar kita erti pengorbanan. Kejayaan umat Islam Makkah (muhajirin) yang terpaksa berhijrah demi untuk menegak keadilan Ilahi dan seterusnya usaha muafakat membangun Islam dengan kaum Ansar di Madinah menjadi satu pengajaran yang penuh erti.

    3. Peristiwa hijrah adalah tindakan strategik untuk membangun Islam secara komprehensif. Bagi Islam, setiap masa berlalu perlu untuk menilai kepada usaha silam dan mengatur langkah menempuh masa depan.”(Ketua Pengarah institute Kefahaman Islam)

    Itulah nilai-nilai hijrah dan pengajaran-pengajaran yang boleh kita ambil dari sebuah peristiwa bersejarah tersebut. Namun apakah hijrah hanya dimaknai dengan nilai-nilai tersebut. Mari kita bahaskan dengan lebih lanjut.

    Permasalahan yang timbul.

    Walaupun pada setiap tahun, kita di negeri (wilayah) ini sentiasa mengambil nilai-nilai dan pengajaran-pengajaran daripada peristiwa hijrah seperti di atas, namun mengapakah masih ada lagi kerosakan berlaku di mana-mana.

    Ingin sekali penulis berkongsikan sebuah persamaan fakta peradaban sebelum peristiwa Hijrah baginda berlangsung dan kerosakan-kerosakan peradaban saat hari ini. Di mana masyarakat Arab sebelum Rasulullah saw. hijrah dikenali dengan masyarakat Jahiliah. Hal ini kita boleh lihat dari sebahagian aspek seperti di bawah

    Perkara

    Zaman sebelum Hijrah

    Zaman hari ini

    Akidah

    Akidah masyarakat Arab saat itu penuh dengan kemusyrikan. Memang, kebanyakan orang-orang Arab saat itu berkeyakinan bahwa Allah adalah Pencipta segala sesuatu, sebagaimana hal itu digambarkan al-Quran surah al Luqman. Namun, yang menyedihkan, mereka secara amalinya membuat berbagai perantara untuk menyembah Allah. Seperti mana kita ketahui, mereka namakan perantara-perantara tersebut dengan al latta, al uzza, hubal dan pelbagai lagi.

    Akidah ummat islam hari ini, juga berkeyakinan bahawa Allah adalah pencipta segala sesuatu. Namun sayangnya dipaterikan pula dengan pemikiran-pemikiran berbentuk khurafat, bid’ah, berhukum dengan hukum thaghut, malah sanggup menyamatarafkan diri dengan kehebatan juga keagungan Allah, dengan membuat hukum @ menjadi musyari’e. Sedangkan hak membuat hukum hanya Allah, ketakutan kepada hamba (duit, masa, manusia, bos, arahan atasan) lebih tinggi daripada ketakutan pada Allah.

    Sosial

    Kehidupan sosial Makkah saat itu dicirikan dengan kehancuran moral yang sangat luar biasa. Rata-rata dari mereka adalah peminum arak, tukang mabuk. Pelacuran dan perzinaan di Jazirah Arab saat itu adalah hal biasa. Pencurian, kekejaman dan kebiadaban bangsa Arab saat itu bahkan sampai melampau batas kemanusiaan. Anak-anak perempuan yang baru lahir dibenamkan hidup-hidup ke dalam tanah, sebagaimana hal ini pun digambarkan dalam al-Quran (Lihat: QS at-Takwir: 8-9).

    Kehidupan social saat hari ini pula lebih teruk keruntuhan moral yang lebih luar biasa. Para pemuda dan pemudi islam tanpa segan silu minum arak ditempat terbuka mahupun tertutup, mereka yang menghadirkan diri ke kelab-kelab malam lebih ramai muslim dari non-muslim. Pergaulan bebas, penizaan dan pelacuran boleh didapatkan di mana-mana. Baik di sekolah rendah mahupun diperingkat dewasa. Ditambah lagi dengan kemudahan prasarana seperti ‘sekolah harapan’,‘baby hatch’ dan berbagai lagi. Pencurian perompakan pembunuhan berlaku tanpa mengira tempat dan manusia. Bukan sahaja ana perempuan di bunuh, malah anak-anak lelaki juga menjadi mangsa pembuangan bayi. Dan pelbagai lagi kerosakan melanda.

    Ekonomi

    Di bidang ekonomi bangsa Arab sebelum Rasulullah saw. adalah kebanyakan berdagang/berniaga. Bisnes yang mereka lakukan saat itu sangat kental dengan riba. Bahkan pinjaman dengan cara riba yang berlipat ganda (riba fadl) telah menjadi tradisi mereka sehingga tidak ada seorang pun yang mengingkarinya

    Riba masih di amalkan, malah lebih menyedihkan perkhidmatan riba’ ini di tukar namanya dengan perkhidmatan yang lebih mulia, seperti, kos perkhidmatan, dan nama-nama lain. Perniagaan yang menjalankan aktiviti komisyen atas komisyen. Aktiviti pelaburan yang mengilirukan akad. Orang kaya bertambah kaya, orang miskin bertambah-tambah. Dan pelbagai lagi.

    Kerana itu sebagian ulama dan cendekiawan islam, menamakan hari ini sebagai sebuah zaman keterpurukan yang sangat jatuh daripada zaman keagungan islam mahupun zaman sebelum hijrah itu sendiri. Kerana peristiwa kerosakan hari ini jauh lebih teruk dan dahsyat daripada peristiwa yang berlangsung sebelum peristiwa Hijrah baginda Rasulullah s.a.w. Oleh kerana itu amat penting sekali kita memahami erti sebenar Hijrah dan meluruskan semula makna Hijrah untuk sebuah peradaban yang lebih baik di hari mendatang.

    Meluruskan makna Hijrah.

    Hijrah secara bahasa berasal dari kata hajara yang bererti berpindah dari suatu tempat ke tempat lain, dari suatu keadaan ke keadaan yang lain (Ash-Shihhah fi al-Lughah, II/243, Lisan al-‘Arab, V/250; Al-Qamus Al-Muhith, I/637). Para fukaha mendefinisikan hijrah sebagai: keluar dari darul kufur menuju Darul Islam (An-Nabhani, Asy-Syakhsiyyah al-Islâmiyyah, II/276). Darul Islam adalah suatu wilayah (negara) yang menerapkan syariah Islam secara total dalam segala aspek kehidupan dan keamanannya secara penuh berada di tangan kaum Muslim. Sebaliknya, darul kufur adalah wilayah (negara) yang tidak menerapkan syariah Islam dan keamanannya tidak di tangan kaum Muslim, sekalipun majoriti penduduknya beragama Islam. Definisi hijrah semacam ini diambil dari fakta hijrah Nabi saw. sendiri dari Makkah (yang saat itu merupakan darul kufur) ke Madinah (yang kemudian menjadi Darul Islam). Dalil dari firman Allah,


    “Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata, ‘Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?’ Mereka menjawab, ‘Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi’. Malaikat bertanya lagi, ‘Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?’ Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.” [TMQ an-Nisa’ (4):97-99].

    Tidak dapat di nafikan mungkin ada yang menyatakan kepada kita bahawa hokum hijrah itu telah pun tamat, maka penulis ingin sekali membawakan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Aisyah, apabila beliau ditanya mengenai hijrah, beliau berkata,

    “Hari ini tidak ada lagi hijrah. Orang Mukmin sememangnya pernah berhijrah untuk melindungi agamanya menuju kepada Allah dan RasulNya, kerana takutkan fitnah (ujian). Adapun ketika ini, Allah benar-benar telah memenangkan Islam, di mana orang mukmin boleh menyembah Tuhannya dengan senang hati.”


    Ini adalah antara hadis yang menerangkan bahawa hijrah orang Islam adalah (berlaku) sebelum terjadinya peristiwa pembebasan untuk menyelamatkan agamanya kerana takutkan fitnah, dan kemudiannya dinafikan (tidak adanya hijrah) setelah terjadinya peristiwa pembebasan tersebut, kerana orang Islam telah menjadi berkemampuan untuk menzahirkan agamanya dan melaksanakan hukum-hukum Islam. Oleh itu, ‘pembebasan’ (futhul) yang membawa akibat kepada semua perkara di atas tadi merupakan illat penafian hijrah, dan bukan hanya ‘pembebasan Mekah’ sahaja. Oleh yang demikian, yang dimaksudkan dengan hadis di atas adalah tidak ada hijrah setelah terjadinya pembebasan (yakni) tidak berlaku penghijrahan dari suatu negeri yang telah dibebaskan (dibuka).

    Adapun mengenai sabda Rasulullah SAW kepada Sufyan bahawa hijrah telah berakhir (hijrah dari Mekah selepas ia ditakluki), ia bermakud bahawa apabila sesebuah negeri telah dibebaskan (fath), maka negeri tersebut telah (bertukar) menjadi darul Islam, maka negeri kaum kuffar dan darul kufur tadi sudah tidak ada lagi. Oleh itu, tidak ada lagi hijrah. Demikianlah halnya dengan tiap-tiap negeri yang telah dibebaskan, maka tidak ada lagi hijrah dari sana kerana ia telah (bertukar) menjadi darul Islam. Ini dikuatkan lagi oleh hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad melalui Mu’awiyah, ia berkata,

    “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hijrah tidak akan berakhir selama taubat masih lagi diterima, dan taubat masih terus diterima sehingga matahari terbit dari Barat.”

    Ahmad juga telah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda,

    “Hijrah itu tidak akan berakhir, selama masih lagi ada jihad.”

    Dalam riwayat yang lain,

    “Hijrah itu tidak akan berakhir, selama orang kafir masih lagi wajib diperangi.”

    Kesemua hadis ini menunjukkan pengertian bahawa hijrah dari negeri kufur ke negeri Islam adalah kekal dan hukumnya masih lagi berjalan.


    Persoalannya

    Lalu bagaimana kita mengamalkan kembali hijrah pada saat ini?, sejak keruntuhan Daulah Islamiyah yang terakhir (Khilafah Utsmaniyah) pada 3 Mac tahun 1924 yang dikepalai oleh Mustafa Kemal at-taturk, saat ini tak ada satu pun negeri di seluruh dunia yang menerapkan sistem Islam atau menerapkan syariah Islam secara total dalam sebuah institusi bernegara. Dengan kata lain, saat ini tak ada Negara yang namanya Darul Islam, kerana seluruhnya adalah darul kufur, termasuk negeri-negeri Islam. Sebab, meski majoriti penduduk di negeri-negeri Islam adalah Muslim, negeri-negeri tersebut tidak menerapkan syariah Islam (kecuali sebagian kecil) dan kekuasaannya pun secara real tidak di tangan kaum Muslim. Ya tidak di nafikan, kita masih mempunyai nilai-nilai islam, yang bertebiaran namun tetap secara praktikalnya Islam tidak dapat dilaksanakan secara total dimanapun kita berpijak.

    Jika demikian, tentu menjadi kewajiban seluruh umat Islam untuk mewujudkan Darul Islam itu, iaini mewujud Daulah Islam atau Khilafah Islam. Hanya dengan mewujudkan kembali Daulah Islamiyah atau Khilafah Islamlah pengamalan kembali makna hijrah bisa dilaksanakan. Jika tidak, umat Islam, sebagaimana saat ini, tentu tak akan pernah dapat terlepas dari kungkungan ideologi dan sistem Jahiliah-yang saat ini dipersembahkan oleh Kapitalisma-sekular mahupun Sosialisma-komunis-yang justru wajib ditinggalkan, untuk segera menuju kehidupan masyarakat baru yang hanya diatur oleh ideologi dan sistem Islam. Itulah makna hijrah sebenar yang perlu kita sama-sama laksanakan dan perjuangkan.

    Penyelesaian hakiki

    Kerana itu, saat ini sebenarnya kaum Muslim, bahkan dunia, sangat-sangat memerlukan peradaban baru, iaini tatanan yang dibangun berdasarkan ideologi dan sistem Islam. Saat ini kita semua perlu membentuk kembali Daulah Islamiyah atau Khilafah Islam, yang akan mampu mewujudkan kembali masyarakat Islam, sebagaimana masyarakat yang dibangun Baginda Nabi saw. pasca Hijrah. Khilafah pula yang akan mengantarkan umat ini meraih kembali kemuliaan dan kejayaannya, sebagaimana pada masa lalu. Khilafah pula yang akan menjadikan dunia ini bisa hidup dalam keamanan, kedamaian, kemakmuran, keadailan, kesejahteraan dan keberkahan.

    Jelas, setelah ideologi Sosialisme-komunis runtuh, dan ideologi Kapitalisme yang mendominasi dunia saat ini terbukti rapuh-beberapa kali mengalami upacara tampal sulam akibat dari kegagalan mereka mengatur kehidupan, selain menciptakan berbagai malapetaka kemanusiaan dan gagal mewujudkan sebuah peradaban dunia yang agung dan mulia-maka selayaknya dunia berharap hanya pada ideologi dan sistem Islam, yang diterapkan oleh institusi Khilafah Islam. Khilafah Islamlah yang akan menerapkan syariah Islam secara total dalam seluruh aspek kehidupan sekaligus menyebarluaskan hidayah Islam ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad. Benarlah sabda Baginda Nabi saw. yang memberikan khabar gembira kepada kita hakikat ini:

    إِنَّ اللهَ زَوَى لِي الْأَرْضَ فَرَأَيْتُ مَشَارِقَهَا وَمَغَارِبَهَا وَإِنَّ أُمَّتِي سَيَبْلُغُ مُلْكُهَا مَا زُوِيَ لِي مِنْهَا

    Sungguh, Allah telah memperlihatkan kepadaku bumi ini, lalu aku melihat bagian timur dan baratnya. Sungguh, kerajaan umatku akan mencapai seluruh bagian bumi yang telah ditampakkan kepadaku itu (HR Muslim).

    Oleh itu, marilah kita segera berhijrah: dari sistem Jahiliah saat ini kepada sistem Islam. Caranya adalah dengan menegakkan kembali Daulah Islamiyah atau Khilafah Islam. Hanya dengan itulah makna hijrah secara hakiki bisa kita amalkan dan raih bersama. Dan dengannya pasti sebuah peradaban baru yang di janjikan oleh Allah dan Rasulnya, sebuah peradaban yang unggul yang sesuai dengan method kenabian untuk yang keduakalinya dapat kita sama-sama rasakan hidup di dalamnya dengan keharmonian, kedaulatan, juga keberkahan. Insya’allah hanya faktor masa. Wallahu a’lam.

    Baca Seterusnya......
Blog Widget by LinkWithin